Showing posts with label Puasa. Show all posts
Showing posts with label Puasa. Show all posts

Monday, January 21, 2013

Roti dan Nenas aje?

Assalamualaikum...

Dan Salam Sejahtera,

Menu tengahari nie Roti je...kalau tengok bungkusannya mesti semua tahu. Roti perasa pandan dan koko. Roti nie sangat famous masa zaman dulu-dulu. Zaman sekolah saya dulu. Selalu yang jual roti nie orang panggil bai roti @ mamak roti yang naik motor tue.


Pencuci mulut pula, buah nenas...hehe. Konon nak diet lah.Please support me! ^_^

Ok. Nie nak cerita pasal 1 kisah pagi tadi...kisah BERAT BADAN dalam radio SinarFm. Kisahnya macam nie, ada seorang pemanggil cerita... dulu masa dia(lelaki) kahwin berat isterinya 95kg. Dah banyak cara dia buat dah beli macam-macam ubat untuk kuruskan badan tapi tak berhasil. So, suatu hari dia (lelaki) terlibat dalam kemalangan..then, kena sakit belakang, selalu keluar masuk hospital sampai 2 minggu. Lepas tue, isteri dia pun bernazar kalau si suami dah tak masuk hospital dia akan berpuasa selama 3 bulan. Si isteri pun puasalah...yang bestnya berat dia lepas puasa tue dah turun ke 45kg. Fuyyooo...terkezut jugalah saya bila dengar...memang berjaya isteri dia nak kuruskan badan. Rupanya puasa aje...(kata suaminya).Hehehe...

Lepas dengar cerita tue...rasa bestnya..kan!Hehe...dapat berpuasa sunat isnin dan khamis pun oke,kan. Saya pun ceritalah dengan suami dan ajak suami buat puasa sunat. Badan hubby pun boleh tahan beratnya. Yang penting puasa kena IKHLAS.^_^

Ok! Happy reading!



Monday, July 4, 2011

Kelebihan Puasa Untuk Tubuh

Assalamualaikum...

Realitinya tidak, pada bulan mulia inilah perniagaan makanan sangat lumayan. Pasar Ramadan tumbuh di serata tempat dengan aneka juadah lauk pauk dan kuih muih yang sukar ditemui pada hari-hari biasa. Di restoran dan hotel, pelbagai hidangan istimewa disediakan untuk pelanggan merai keluarga, kawan atau rakan niaga berbuka puasa. Di masjid-masjid dan surau-surau juga macam-macam makanan disediakan ahli khariah.
Sungguhpun begitu, kita tidak harus lupa puasa di bulan Ramadan adalah ibadat yang diwajibkan, dan kewajipan ini mempunyai banyak manfaatnya dari sudut kesihatan. Malah kini berpuasa menjadi satu kaedah yang digunakan untuk mengurangkan berat badan dan menjaga kesihatan.

Berpuasa adalah satu cara untuk menyahtoksik yang banyak terkandung dalam makanan yang kita ambil saban hari. Tanpa kita sedari, di dalam tubuh terhimpun racun perosak, bahan pengawet, sisa-sisa dadah dan bahan kimia bahan pencuci serta seribu satu bahan kimia lain yang boleh memudaratkan kesihatan.

Lapisan usus mengandungi berbilion parasit, dan organ-organ dalaman juga mungkin terkumpul dengan toksin dan melalui puasa detoksifikasi organ berlaku. Berpuasa boleh membersihkan saluran darah daripada racun yang disebabkan oleh toksin. Sesetengah orang mengamalkan puasa dengan hanya mengambil jus buah-buahan sehingga sebulan kerana proses detoksifikasi sel-sel dalam tubuh mengambil masa yang lama.

Semasa berpuasa tubuh membuang lebihan selular; setiap hari berbilion sel dalam tubuh manusia digantikan dengan yang baru. Sel-sel yang mati perlu dinyahkan. Proses ini berlaku apabila seseorang berpuasa; tubuh akan membuang sel-sel mati, tisu-tisu yang telah rosak, lemak-lemak terkumpul, tumor dan sebagainya. Semua ini akan terbakar atau dinyahkan sebagai bahan buangan. Berpuasa akan 'melarut' sel-sel berpenyakit secara sistematik dan meninggalkan tisu-tisu yang sihat. Sebab itulah berpuasa boleh menambahkan proses penyembuhan.

Apa yang dibersihkan tubuh apabila berpuasa?
> Sel-sel mati, hampir mati atau yang berpenyakit.
> Tisu-tisu lemak yang tidak diperlukan.
> Asid-asid lemak trans.
> Lapisan mukus yang mengeras di dinding usus.
> Bahan buangan toksik dalam sistem lympha dan saluran darah.
> Toksin dalam limpa, hati dan buah pinggang.
> Toksin-toksin yang tertanam dalam fiber selular dan tisu-tisu organ.
> Deposit dalam tiub-tiub halus yang bertanggungjawab menyuburkan sel-sel otak.
> Kolesterol berlebihan.

Apa kesannya?:
> Kecergasan otak dapat dipertingkatkan.
> Berat badan dapat dikurangkan dengan selamat tanpa geleber.
> Sistem saraf diseimbangkan.
> Paras tenaga dipertingkatkan.
> Organ-organ dipertingkatkan kecergasannya.
> Biokimia selular diharmonikan.
> Kulit menjadi lebih halus, lembut dan sensitif.
> Lebih mudah bergerak.
> Pernafasan lebih penuh, bebas dan dalam.
> Sistem digestif direhatkan.

Sumber : www.sajionline.com.my

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers