Showing posts with label petua. Show all posts
Showing posts with label petua. Show all posts

Monday, January 7, 2013

Redakan Sakit Gigi

Assalamualaikum...

Hai...sekarang nie saya tengah makan laksa sambil online depan PC. Waktu rehatkan minda dan fikiran. Hehe.

Hari nie saya nak kongsikan petua untuk meredakan sakit gigi. Sakit gigi memang tak boleh di elakkan. Semasa saya mengandung, selalu aje kena sakit gigi. Orang kata kurang kalsium. Yela tue. Lagipun saya memang kurang minum susu. Tambah susu tanpa rasa...tawar je.Huhu...sori ya!


Oklah...petuanya ialah ;

Ambik putik kapas dan celupkan ke dalam esen pisang.Kemudian, tekan atau sapukan pada gigi yang sakit.

Hah!Senangkan...



Sumber: Pa & Ma.

Pe@ce Munira :-)        

Wednesday, May 9, 2012

Petua Ibu Hamil

Assalamualaikum....

Entri kali ini saya nak share tentang petua khas untuk ibu hamil. Petua nie saya ambil dari majalah Pa & Ma untuk pengetahuan saya dan juga pembaca semua.:-)


Atasi rekahan kulit semasa hamil
Agar kulit sekita perut dan paha anda tidak merekah semasa hamil, sapukan dengan minyak zaitun setiap kali selepas mandi dan ketika hendak tidur.



Inginkan anak berkulit cerah
Ibu hamil disarankan agar banyak makan sayur-sayuran berwarna hijau terutamanya sayur bayam jika inginkan anak berkulit cerah.



Hilangkan rasa loya
Ambil segenggam daun kari, bersihkan dan kisar sehingga menjadi jus. Campurkan jus tersebut dengan perahan limau nipis dan satu sudu teh gula. Minumlah setiap pagi. Insya-Allah rasa loya akan hilang.



Kulit anak bersih
Semasa mengandung, amalkan meminum air kelapa agar kulit bayi dalam kandungan bersih dan halus serta terhindar daripada masalah ruam.

Semoga petua² di atas dapat membantu ibu² yang sedang hamil. :-)

SmiLe:-)

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers