Wednesday, May 9, 2012

Petua Ibu Hamil

Assalamualaikum....

Entri kali ini saya nak share tentang petua khas untuk ibu hamil. Petua nie saya ambil dari majalah Pa & Ma untuk pengetahuan saya dan juga pembaca semua.:-)


Atasi rekahan kulit semasa hamil
Agar kulit sekita perut dan paha anda tidak merekah semasa hamil, sapukan dengan minyak zaitun setiap kali selepas mandi dan ketika hendak tidur.



Inginkan anak berkulit cerah
Ibu hamil disarankan agar banyak makan sayur-sayuran berwarna hijau terutamanya sayur bayam jika inginkan anak berkulit cerah.



Hilangkan rasa loya
Ambil segenggam daun kari, bersihkan dan kisar sehingga menjadi jus. Campurkan jus tersebut dengan perahan limau nipis dan satu sudu teh gula. Minumlah setiap pagi. Insya-Allah rasa loya akan hilang.



Kulit anak bersih
Semasa mengandung, amalkan meminum air kelapa agar kulit bayi dalam kandungan bersih dan halus serta terhindar daripada masalah ruam.

Semoga petua² di atas dapat membantu ibu² yang sedang hamil. :-)

SmiLe:-)

No comments:

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers