Showing posts with label susu ibu. Show all posts
Showing posts with label susu ibu. Show all posts

Wednesday, August 15, 2012

Pentingnya Susu Ibu

Assalamualaikum...

Bila baca tajuk di atas semua ibu² pasti dah tahu khasiat dan kebaikan susu Ibu. 

Entri kali nie saya nak kongsi tentang baiknya bila bayi kita menghisap susu Ibu. Ini kerana saya sendiri telah mengalami pengalaman yang sangat teruja bila bayi saya menyusu badan. Saya rasa inilah kali pertama walaupun saya telah mempunyai 3 orang anak sebelum kelahiran yang ke-4 nie.

Memang sangat seronok dan gembira bila kita dah tahu teknik dan cara yang betul semasa menyusukan bayi.
Semasa kelahiran bayi yang ke-4 nie saya telah mengikuti kelas tentang Penyusuan Ibu. Dalam kelas tue nurse akan mengajar dan menunjukkan teknik bagaimana cara yang betul untuk menyusukan bayi dan juga pentingnya susu ibu kepada bayi.

Sejak mendengar ceramah tue saya terus excited nak menyusukan bayi saya dengan lebih lama dari anak² yang sebelum nie. Rupanya selama nie saya tak tahu langsung tentang teknik yang betul walaupun saya dah cuba bagi susu badan tapi tak lama dan susu tak banyak.

So kat sini saya nak share tentang kebaikan susu Ibu :-)


Kepentingan Penyusuan Susu Ibu Untuk Ibu
  • Mengecutkan rahim dan kurang risiko pendarahan
  • Kurang risiko kanser payudara dan ovari
  • Penyusuan ekslusif membantu menjarakkan kelahiran
  • Kurang tekanan perasaan selepas bersalin
  • Mengembalikan bentuk badan ibu kepada asal
  • Jalinan emosi yang erat "bonding" antaran ibu dan bayi
  • Mudah dan tidak memerlukan banyak persediaan
  • Menjimatkan masa dan wang
Kepentingan Penyusuan Susu Ibu Untuk Bayi
  • Perkembangan psikomotor, emosi & sosial yang lebih baik
  • Perkembangan daya intelek yang lebih baik (IQ tinggi)
  • Kurang risiko diabetes kanak-kanak (infantile diabetic), kanser, jangkitan telinga dan pneumonia
  • Antibodi tinggi untuk melawan penyakit
  • Kurang risiko Insiden Sindrom Kematian Mengejut ( Sudden Infant Death Syndrome)
  • Komposisi zat makanan yang mencukupi
  • Penghadaman yang mudah
 

Friday, May 18, 2012

12 hari je lagi....

Assalamualaikum....

Hmm...hari nie hari Jumaat...

Selamat menunaikan solat Jumaat untuk semua kaum Adam.


Hari Selasa lepas saya ada check up antenatal di Hospital Selayang. Masuk jer dalam Klinik Pakar terus beratur ambik no. pendaftaran. Lepas daftar kena pergi kaunter O & G untuk ambik no. giliran. Ohhh..no.44...lama lagi ler jawabnya.

Sementara tue nurse suruh check air kencing dulu. Pas tue duduk tunggu nama dipanggil untuk timbang berat & BP. Mula² check BP naik sikit katanya so nurse suruh tarik nafas then relaks check lagi sekali. Alhamdulillah result 117/63, berat plak masa tue dah 75kg (beratnyaaa saya...).Pas nie kenalah turunkan berat seperti asal.Huhuhu...

Hmm...nasib baik masa tunggu tue ada suami disisi...adalah tempat nak borak².Kalau tak memang boring....Yelah angka giliran pun baru no.12.Nak tunggu sampai no.44 lagi ler berjam.Huh!:(

Tak lama pastue nurse sorang lagi panggil suruh masuk dalam bilik kaca ada talk pasal Penyusuan Ibu.Hmm...bagus jugak!Suami pun digalakkan masuk dan dengar sekali. Tapi tak ramai suami yang dengar...adalah dalam 3 orang jer suami yang masuk (termasuk suami saya).

Talk nie memang sangat bagus.Saya pun baru 1st time dengar talk tentang nie. Walaupun saya dah tahu khasiat susu Ibu dan dah baca dalam buku atau majalah tapi tak sama dengan penerangan dari nurse sendiri.

Dari anak yang pertama hingga yang ke-3 memang saya tak bagi susu Ibu secara ekslusif (hingga 6 bulan). Paling lama pun sampai 2 bulan jer, itupun dah campur dengan susu formula. Disebabkan tiada galakan dan saya pula bekerja so susu ibu dah kurang dan tak de. Sebenarnya kita digalakkan perah susu atau bagi susu pada bayi kita sekerap yang mungkin supaya kilang susu Ibu sentiasa ada.

Dengan kehamilan kali nie saya nak cuba bagi susu pada bayi saya secara ekslusif..Insyallah. Dulu, susu saya memang amat sedikit...susah nak dapat banyak walaupun diperah.Insyallah kali nie saya akan makan makanan yang boleh menambahkan susu.:-)

Bila dah abis talk tue...saya tengok no. giliran dah no. 41..hehehe...happy ler skit sebab no. dah dekat.
Bila dah tiba giliran no. saya dengan gebaran saya dan suami jumpalah doktor.

Bila di scan, posisi bayi saya masih di 'breech position'...dalam keadaan melintang.Hmmm....minggu lepas kepala bayi di sebelah kiri saya...hari nie plak di bahagian kanan plak.Saya pun pelik...
Tak pelah (hati saya berkata..). Yang penting baby sihat dan berat baby pun dah 2.9kg masa tue.

So, doktor terus bagi tarikh untuk di c-sor....30/05/2012 saya masuk wad...31/05/2012 saya akan di c-sor. Ok..saya & suami setuju jer. Yelah...dah terpaksa operate nak buat macam mana kan. Cuma saya berdoa semoga saya dan baby selamat dan sihat. Doakan untuk saya ya kawan².:-)

Lagi 12 hari jer lagi nak masuk wad.Huhu...

Semoga semuanya selamat dan berjalan dengan lancar.

SmiLe:-)


Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers