Assalamualaikum...
Hari nie saya nak kongsi cerita tentang Mak saya yang sangat saya sayangi. Minggu lepas adik-beradik semua dah plan nak buat birthday party untuk Mak. So, dengan menu potluck masing² pun bawaklah masakan dari air tangan sendiri.Hehehe....bila lagi nak rasa kan. Bukan senang nak rasa masakan dari air tangan sendiri almaklumlah masing² bekerja dan susah nak berjumpa.
Jom tgk gambar nie....
Hah!Inilah antara menu² yang di bawak...
Ada yang ready made dan ada yang hand made...
Semuanya sedap² cuma saya tak larat nak pulun semua, so kena makan sikit² dulu tapi kerap....haha...
Hah kite tgk gambar nie pulak.....
Gambar nie pulak....gambar Mak dan cucunya dari umur 11tahun hinggalah yang paling kecik lebih kurang 7 bulan....Actually ada lagi cucu yang lain tapi mereka tak dapat datang....yang ini dah cukup meriah dan riuh :-)
Ok...Kek nie di sponsor oleh SAYA...hehehe...Kecik jer dan simple....
Saya suka bila buat perjumpaan macam nie sebab dapat merapatkan hubungan silaturahim antara adik beradik. Memang meriah dengan suara anak² buah semua.
Anyway, HAPPY BIRTHDAY, MAK!!!
WE All LOVE You Forever!!!
SMiLe:-)
Monday, April 23, 2012
Friday, April 20, 2012
32 Minggu...
Assalamualaikum...
Hari nie genap 32 minggu kandungan saya. Semakin hari semakin dekat menunggu saat kelahiran baby baru. Seronoknya....
Lagi 1 bulan lebih nak dekat tarikh bersalin. Saya selalu berdoa pada Allah supaya segalanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan. Perut dah semakin membesar, baju² pun dah mulai ketat sedikit. Bukan tak nak beli baju tapi saya fikir lagi sebulan nie pakai ajelah baju yang sama berulang. Rugi rasanya kalau beli baju lagi. Boleh jugak jimatkan belanja.
Barangan keperluan baby pun nak kena sediakan. Alhamdulillah setakat nie semuanya dah beli. Baju² baby pulak kebanyakannya saya dapat dari pemberian kakak ipar saya, baju anak² nya yang masih elok dan dah tak muat lagi. Saya ok je...at least boleh jadi baju basahan di rumah. Jadi, saya cuma kena beli baju baru untuk berjalan aje. Thanks kak ieta :-)
Doakan semoga saya selamat bersalin dan dapat baby yang sihat dan comel :-)
Insyallah!!
SmiLe:-)
Hari nie genap 32 minggu kandungan saya. Semakin hari semakin dekat menunggu saat kelahiran baby baru. Seronoknya....
Lagi 1 bulan lebih nak dekat tarikh bersalin. Saya selalu berdoa pada Allah supaya segalanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan. Perut dah semakin membesar, baju² pun dah mulai ketat sedikit. Bukan tak nak beli baju tapi saya fikir lagi sebulan nie pakai ajelah baju yang sama berulang. Rugi rasanya kalau beli baju lagi. Boleh jugak jimatkan belanja.
Barangan keperluan baby pun nak kena sediakan. Alhamdulillah setakat nie semuanya dah beli. Baju² baby pulak kebanyakannya saya dapat dari pemberian kakak ipar saya, baju anak² nya yang masih elok dan dah tak muat lagi. Saya ok je...at least boleh jadi baju basahan di rumah. Jadi, saya cuma kena beli baju baru untuk berjalan aje. Thanks kak ieta :-)
Doakan semoga saya selamat bersalin dan dapat baby yang sihat dan comel :-)
Insyallah!!
SmiLe:-)
Monday, April 16, 2012
Kasih dan Pengorbanan
Assalamualaikum...
Terdetik hati ini nak menulis tentang keluarga saya yang amat saya sayangi. Rumahtangga yang dibina telah hampir 11 tahun ini telah banyak mengajar saya tentang sebuah keluarga yang bahagia dan lengkap dengan kehadiran anak².
Bahagia rasanya bila bersama suami dan anak² tercinta. Tidak ada yang lebih penting dari keluarga sendiri. Segala kasih dan sayang serta pengorbanan seorang suami tiada nilainya. Hanya seorang isteri yang lebih tahu dan memahami setiap apa yang berlaku di dalam rumah tangga.
Apabila anak sudah meningkat remaja, segala tugasan kita akan lebih ringan dengan bantuan dari anak². Saya rasa sungguh bersyukur kerana suami dan anak² ringan tulang membantu saya dalam meguruskan rumahtangga. Dengan keadaan saya yang berbadan dua sekarang memang cepat terasa letih dan tidak larat membuat kerja² berat.
Alhamdulillah, suami saya seorang yang rajin membantu dari segi memasak dan mengemas rumah. Anak² pula rajin apabila saya meminta pertolongan. Itu yang saya harapkan dalan sebuah keluarga. Saya sentiasa berdoa selepas solat semoga Allah terangkan hati anak² dan jadi anak yang soleh.
Segala kasih dan pengorbanan mereka tidak ada nilainya dan sangat bermakna buat saya. Apa yang dapat saya lakukan ialah buat yang terbaik untuk suami dan anak² supaya mereka akan rasa gembira sentiasa.
Saya berharap keluarga saya akan berkekalan dan bahagia sehingga ke akhir hayat. Insyallah!
Thanks Allah....
SmiLe:-)
Friday, April 13, 2012
Hindari 6 perkara di akhir kehamilan
Semakin menghampiri saat bersalin, semakin banyak ketidakselesaan dirasai oleh ibu hamil. Faktor perut yang makin membesar dan cepat penat menyebabkan perkara ini berlaku.Sebagai langkah pencegahan ikuti panduan berikut :-
Terjatuh
- Sewaktu mahu mengambil barang yang terjatuh, jangan terus membongkok. Sebaliknya lipat sedikit kedua belah kaki dan berada dalam posisi mencangkuk. Cara ini anda dapat mengurangkan risiko membongkok dan terjatuh.
Pedih pada tubuh
- Keadaan pedih pada tubuh boleh dialami di bahagian bahu, pinggang dan punggung. Oleh itu, ketika bekerja pastikan postur tubuh berada di dalam keadaan yang betul. Ketika duduk, pastikan posisinya tepat dan anda berasa selesa dengan kedudukan itu. Pastikan juga tiada tekanan di bahagian punggung dan pinggang yang boleh menyebabkan anda berasa pedih dan nyilu.
Pedih ulu hati
- Tidak dinafikan wanita hamil akan mengalami keadaan pedih ulu hati. Jadi perhatikan posisi tubuh ketika duduk, menulis mahupun membaca. Jangan sampai memberi tekanan kepada bahagian ulu hati.Ikuti juga pola pemakanan yang sesuai dengan sistem pencernaan buat wanita hamil. Disiplin makanan yang mesra wanita hamil juga perlu dipraktikkan misalnya elakkan makanan pedas, tajam dan berangin yang boleh menganggu sistem pencernaan. Anda juga perlu makan dengan jumlah yang kecil tetapi kerap. Makanlah buah-buahan segar ketika di rumah dan boleh juga ambil biskut sewaktu di pejabat.
Sakit kepala
- Elakkan mengalami ketegangan sepanjang kehamilan. Apatah lagi sehingga ia menyebabkan anda hilang kawalan dan tumpuan sepanjang bekerja. Latih kemampuan untuk mengawal diri di saat sedang sibuk bekerja. Latihan kerehatan amat berguna untuk anda. Jika terlalu lama melayari komputer, kalihkan seketika pandangan anda di luar atau berjalan-jalan di sekitar ruang kerja anda.
Pengsan
- Sekiranya pekerjaan anda memerlukan anda berdiri atau menuruni tangga ketika hamil, tidak salah untuk mengajukan permohonan untuk berpindah seketika di bahagian lain yang lebih selesa untuk anda. Ia bagi menjaga kelancaran aliran darah pada kaki. Ketika berdiri yang terlalu memberi tumpuan pada sebelah kaki untuk tempoh yang lama. Sebaiknya gunakan kasut rendah. Anda juga perlu mengelakkan diri daripada diserang anemia. Justeru, ambil makanan seimbang yang kaya zat mineral.
Sesak nafas
- Elakkan keadaan ini dengan berehat seketika sewaktu anda bekerja. Tarik nafas panjang dan perlahan-lahan sambil membayangkan udara segar memenuhi seluruh sel tubuh anda sampailah ke janin, lalu hembuskan kembali sambil merehatkan seluruh otot. Lakukan senaman regangan yang ringan ketika duduk dan berdiri. Misalnya dengan memalingkan bahagian leher dan memusingkan bahu atau mengangkat kedua belah tangan ke atas dan menariknya ke bahagian sis badan.
Sumber: Mingguan Wanita
.
Thursday, April 5, 2012
9 Orang ‘Siti’ Yang Patut Di Jadikan Contoh
1) Siti Khadijah
- Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yang melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira’.
2) Siti Fatimah
- Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah b’kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.
3) Siti Aishah
- Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.
4) Siti Hajar
- Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).
5) Siti Mariam
- Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t utk mengandungkan Nabi Isa.
6) Siti Asiah
- Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun Laknatullah.
7) Siti Aminah
- Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.
8 ) Siti Muti’ah
- Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.
9 ) Siti Zubaidah
- Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.
Semoga kita mencontohi peribadi mereka dan mengambil pengajaran untuk mendidik isteri dan anak-anak perempuan kita. Jangan hanya nampak ‘Siti Nurhaliza’ sahaja sebagai ‘role model’ untuk anak-anak kita.
Sumber: http://www.hafizamri.com/
7 bulan : Carta pergerakan bayi sangat aktif!Syukur...
Assalamualaikum...
Syukur alhamdulillah! Syukur sangat² atas anugerah dari Allah s.w.t yang sangat berharga.
Bulan nie dah masuk 7 bulan kandungan saya. Semoga segalanya selamat dan sentiasa di dalam lindungan Allah s.w.t.
Oh...sangat teruja dengan kehamilan kali nie sebab dah lama tak rasa pergerakan bayi dlm rahim. Bila dah masuk 7 bulan kita dinasihatkan memantau pergerakan bayi sehinggalah hari menuggu kelahiran. Carta pergerakan bayi sungguh aktif dan terasa seronoknya :-)
Kejap gerak ke kanan...kejap gerak ke kiri....
Oh..beruntungnya seorang wanita apabila diberi kelebihan untuk merasai sendiri detik ini. :-)
SmilE:-)
Syukur alhamdulillah! Syukur sangat² atas anugerah dari Allah s.w.t yang sangat berharga.
Bulan nie dah masuk 7 bulan kandungan saya. Semoga segalanya selamat dan sentiasa di dalam lindungan Allah s.w.t.
Oh...sangat teruja dengan kehamilan kali nie sebab dah lama tak rasa pergerakan bayi dlm rahim. Bila dah masuk 7 bulan kita dinasihatkan memantau pergerakan bayi sehinggalah hari menuggu kelahiran. Carta pergerakan bayi sungguh aktif dan terasa seronoknya :-)
Kejap gerak ke kanan...kejap gerak ke kiri....
Oh..beruntungnya seorang wanita apabila diberi kelebihan untuk merasai sendiri detik ini. :-)
SmilE:-)
Wednesday, April 4, 2012
Comel tak??
Assalamualaikum....
Comel tak gambar tue? Nama baby nie Raziq Iman bin Hairulnizam.Hehe...
Yang sebelahnya tue pun anak buah saya jugak...anak abang...nama dia Ahmad Najmi bin Hazanan.
Baby nie anak buah saya...anak kepada adik bongsu saya. Suka betul saya tengok gambar nie sebab Raziq nie muka dia nampak cerdik dan pandai tengok kamera. Rasa macam nak cubit jer pipi dia. :-)
Gambar nie diambil masa kami sekeluarga pergi bercuti di Fraser Hill. Memang dah lama kut kami tak berjalan².Waktu nie cuti sekolah bulan Mac hari tue ;-)
Seronok sangat dpt jalan² walaupun sedang sarat mengandung 6 bulan.
Smile:-)
Subscribe to:
Posts (Atom)





