Monday, April 16, 2012
Kasih dan Pengorbanan
Assalamualaikum...
Terdetik hati ini nak menulis tentang keluarga saya yang amat saya sayangi. Rumahtangga yang dibina telah hampir 11 tahun ini telah banyak mengajar saya tentang sebuah keluarga yang bahagia dan lengkap dengan kehadiran anak².
Bahagia rasanya bila bersama suami dan anak² tercinta. Tidak ada yang lebih penting dari keluarga sendiri. Segala kasih dan sayang serta pengorbanan seorang suami tiada nilainya. Hanya seorang isteri yang lebih tahu dan memahami setiap apa yang berlaku di dalam rumah tangga.
Apabila anak sudah meningkat remaja, segala tugasan kita akan lebih ringan dengan bantuan dari anak². Saya rasa sungguh bersyukur kerana suami dan anak² ringan tulang membantu saya dalam meguruskan rumahtangga. Dengan keadaan saya yang berbadan dua sekarang memang cepat terasa letih dan tidak larat membuat kerja² berat.
Alhamdulillah, suami saya seorang yang rajin membantu dari segi memasak dan mengemas rumah. Anak² pula rajin apabila saya meminta pertolongan. Itu yang saya harapkan dalan sebuah keluarga. Saya sentiasa berdoa selepas solat semoga Allah terangkan hati anak² dan jadi anak yang soleh.
Segala kasih dan pengorbanan mereka tidak ada nilainya dan sangat bermakna buat saya. Apa yang dapat saya lakukan ialah buat yang terbaik untuk suami dan anak² supaya mereka akan rasa gembira sentiasa.
Saya berharap keluarga saya akan berkekalan dan bahagia sehingga ke akhir hayat. Insyallah!
Thanks Allah....
SmiLe:-)
Labels:
Famili
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment