Thursday, February 21, 2013

Baby Ariq - 8 bulan

Assalamualaikum...


Perkembangan baby Ariq pada usia 8 bulan amat memberangsangkan. *smile*

Pada usia 8 bulan baby Ariq dah pandai merayap, nak kata merangkak belum lagi. Sekali dapat merayap memang jauhlah baby Ariq pergi. Kalau boleh nak masuk bawah sofa tapi nasib baik tak boleh sebab sofa tue rendah kakinya. *lega*

Sepatutnya baby usia 8 bulan dah pandai duduk dan berdiri tapi baby Ariq belum lagi atau tak ikut step. Sebab abang²nya dulu pun lambat berjalan. Umur setahun sebulan baru boleh jalan.

Sekarang nie baby Ariq dah mula nak angkat punggung, mungkin nak merangkak.

Penglihatan pun dah semakin baik. Apa yang saya baca dalam babycenter, penglihatan baby usia ini hampir sama seperti orang dewasa dari kejelasan dan persepsi dalaman.Walaupun pernglihatan jarak dekatnya masih lebih sempurna dari jarak jauhnya, penglihatannya sudah cukup baik untuk mengenali orang dan objek merentasi bilik.

Jika bukan sekarang mungkin tidak lama lagi baby Ariq akan mula merangkak, duduk dan berdiri.

Happy reading!!








Wednesday, February 20, 2013

Semua Rezeki dari Allah

Assalamualaikum...


Salam hari Khamis.
Semoga hari ini Allah memberi rezeki pada kita.

InsyaAllah.

Tuesday, February 19, 2013

Musim baucar buku RM250

Assalamualaikum...

Masih dalam mood baucar buku. Dah tue kerjanya nak buat camnerkan! Hari-hari kena menghadap muka student UIA yang nak ambil baucar buku. Bestnya diorang...kita tengok je ler!

Dari 4hb lagi dah mula baucar buku di agihkan kepada pelajar. Saya pun terlibat sama sebab dah kerja kat unit pelajar bahagian kewangan...apalagi kenalah jalankan tanggungjawab yang telah diberikan.

Harap-harap mereka guna sebaik mungkin baucar yang diberikan. Bukan senang nak dapat bantuan macam nie. Dulu-dulu mana ada macam nie. Mak ayah kita pun cari duit sendiri nak beli buku sekolah kita. Terima kasih Abah, Mak!

Hari nie tetiba belakang badan rasa sakit pulak. Mungkin sebab terlalu banyak bongkok...hehe...malas nak duduk sebab kerja kena berjalan ke hulu ke hilir. Hah..kan dah sakit tulang belikat.

Baucar buku nie epired 31 May 2013. Harap Maklum ya kepada pelajar-pelajar yang masih belum ambil lagi.

Ok!

Happy Reading~

p/s: Kerja itu satu Ibadah.

Friday, February 15, 2013

Thursday, February 14, 2013

Bertukarlah ke LEXEE

Assalamualaikum...

90% WANITA Mengalami Masalah Awalan Berkaitan Sakit Puan.

Penyelesaiannya ....bertukarlah ke LEXEE Pad, pad yang berasaskan Kapas.

1 set Day, Night and Pantyliner - RM45.00 sahaja.

>>>>Adakah anda juga menghadapi masalah ini....

Masalah Sakit Puan :
~ Senggugut
~ Kekuningan 
~ Kitaran Haid tidak menentu
~ Sakit belakang ketika haid
~ Kegatalan faraj
~ Trichomoniasis
~ Ruam
~ Genital warys (Ketuat)
~ Discharge berlendir/berbau
~ Darah beku
~ Endometriosis

Demam, mual, kerap ingin kencing, sakit bila kencing, kekejangan serta kesakitan pada bahagian abdomen dan lesu juga merupakan simptom infeksi bakteria ketika haid yang boleh mendatangkan penyakit ginekologi yang lebih mengancam.

Kronologi masalah sakit puan
Sebelum tahun 1970, kurang kes sakit puan kerana wanita pada ketika itu menggunakan kain sebagai ganti tuala wanita pakai buang.
Selepas tahun 1970, apabila tuala wanita pakai buang diperkenalkan di Malaysia, kes-kes kanser/sakit puan meningkat secara mendadak.

Adakah anda tahu?
Setiap Wanita menggunakan 15,000 keping tuala wanita, purata selama 35 tahun atau lebih di sepanjang hayatnya. 
Maka, risiko terdedah terhadap Dioksin bersamaan 15,000 kali GANDA!

ADAKAH ANDA MUNGKIN SALAH SEORANG DIANTARANYA?

Apa itu DIOKSIN?
Dioksin adalah sejenis toksin yang terhasil daripada Proses Pelunturan Berklorin, penggunaan Agen Fluoresen dan Agen Pelembut yang digunakan dalam proses pengilangan produk kertas yang di kitar semula yang digukanan untuk pembuatan tampon, tuala wanita, pantiliner dan lampin pakai buang.

Ingin bantuan...Hubungi@SMS...H/P 019-3864256 atau email : muniera_80@yahoo.com


Thursday, February 7, 2013

I'm ALONE??

Assalamualaikum...

Salam Jumaat sahabat-sahabat yang dikasihi.

Busy?Yes.

Sibuk dengan pengagihan baucar buku 2013 kepada pelajar IPTA yang layak. Hari nie dah lima hari kami buka kaunter untuk  baucar buku bagi pelajar UIA.

Seronoknya mereka. Boleh beli buku kuliah. Dengan adanya bantuan ini, sekurang-kurangnya dapat meringankan beban pelajar yang kurang berkemampuan.

Harap-harap pelajar semua bersyukur dengan bantuan yang diberikan.

Kali nie baucar buku bertambah dari tahun lepas. Tahun lepas dapat RM200 je tapi tahun nie dah dinaikkan ke RM250. Bestnya. ^_^

Hari nie hujan lebat sangat. Sejuk pula tue...tambah pula tinggal dua orang aje dalam opis nie. Seorang kat kaunter dan saya kat dalam buat kerja. (sambil tengok blog)Hehe...

Oklah..selamat membaca dan selamat bercuti panjang!! :-)


Friday, February 1, 2013

Terjebak dan Tersuka -Setia Hujung Nyawa

Assalamualaikum...

Hai! Rindunya nak update blog. Baru beberapa hari tak update dah rindu.Hehe.
Lama menghilang bukan tak de kat opis tapi sibuk dengan kerja opis. Banyak keje bila masuk awal tahun. Alhamdulillah semua kerja URGENT dh beres. Lega rasa. ^_^

SETIA Hujung NYAWA...Wow!Memang meletup drama nie sekarang dalam TV. Arahan SUHAN Movie memang best. Hero nya pun best. Hero pun dah macam Rosyam Noor dulu-dulu. Suka sangat...♥.Dah jatuh cinta pula bila tengok drama nie. Semalam punya episod (24) lagi romantik kan! Suka tengok Amar dengan Nelydia berlakon...sweetnya. 


So jangan lupa saksikan drama SETIA Hujung NYAWA Slot Akasia di TV3 pukul 7.00malam.

Ok!

Happy Reading!

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers