Thursday, February 21, 2013

Baby Ariq - 8 bulan

Assalamualaikum...


Perkembangan baby Ariq pada usia 8 bulan amat memberangsangkan. *smile*

Pada usia 8 bulan baby Ariq dah pandai merayap, nak kata merangkak belum lagi. Sekali dapat merayap memang jauhlah baby Ariq pergi. Kalau boleh nak masuk bawah sofa tapi nasib baik tak boleh sebab sofa tue rendah kakinya. *lega*

Sepatutnya baby usia 8 bulan dah pandai duduk dan berdiri tapi baby Ariq belum lagi atau tak ikut step. Sebab abang²nya dulu pun lambat berjalan. Umur setahun sebulan baru boleh jalan.

Sekarang nie baby Ariq dah mula nak angkat punggung, mungkin nak merangkak.

Penglihatan pun dah semakin baik. Apa yang saya baca dalam babycenter, penglihatan baby usia ini hampir sama seperti orang dewasa dari kejelasan dan persepsi dalaman.Walaupun pernglihatan jarak dekatnya masih lebih sempurna dari jarak jauhnya, penglihatannya sudah cukup baik untuk mengenali orang dan objek merentasi bilik.

Jika bukan sekarang mungkin tidak lama lagi baby Ariq akan mula merangkak, duduk dan berdiri.

Happy reading!!








Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers