Friday, September 5, 2014

Rezeki Hari Lahir

Assalamualaikum,

Nak cerita tapi cerita dah basi.
Tak kira nak cerita juga. Boleh?

27 Ogos 2014, ulang tahun kelahiran yang ke-3?.
Terima kasih Allah kerana masih memberi nafas untuk meneruskan hidup bersama keluarga yang tersayang.
Terima kasih juga pada kawan-kawan yang buat 'suprise' sangat kannn. Siap ada kata-kata pada cupboard dan kek keju yang sedap (sponsored) dan cup cake yang comel. So appreciated!
Terharu sangat-sangat!



Dan. alhamdulillah rezeki di hari lahir (kebetulan) saya dapat time-based promotion untuk gred 22.
Dah 13 tahun rupanya saya berkerja di UIA. Rasa macam semalam baru daftar. Hahaha.

Terima kasih pada suami dan anak-anak serta bos, ex-bos, kawan-kawan seperjuangan yang banyak memberi sokongan dan membantu jika saya memerlukan. Semuanya saya hargai.

Love you all,



Friday, August 22, 2014

#MH17 : Hari Berkabung Malaysia

Assalamualaikum,

Hari ini 22 Ogos 2014, hari berkabung bagi semua rakyat Malaysia.
Hari ini pada pukul 10.54 pagi seluruh negara bertafakur selama seminit bagi memberi penghormatan kepada 20 rakyat Malaysia yang terkorban dalam nahas MH17.




Sedih.
Sebak dada bila tengok siaran langsung di kaca TV. Tak tahu nak kata apa.
Cuma doa dan Al-Fatihah sahaja yang dapat disedekahkan kepada mangsa MH17 yang beragama Islam.
Semoga roh mereka tenang dan ditempatkan bersama-sama para solihin. Amin.




Tuesday, August 19, 2014

Arif, 6 Bulan

Assalamualaikum,

Tup..tup..dah masuk 6 bulan usia Arif.
Cucuk imunisasi untuk bayi berumur 6 bulan pun dah buat.
Alhamdulillah tak demam. Nurse pun dah beritahu cucuk nie tak demam. Ibu senyum dalam hati...


Perkembangan Arif, 6 bulan :-
  • suka menangis...uwaaa...ibu pun kadang konfius Arif nak apa sebenarnya. (kadang² je)
  • suka dengar orang bercerita.
  • suka dilayan bermain.
  • suka bergolek atau berpusing.
  • suka makan...pasti!
Harus diingati, setiap bayi adalah unik dan akan mencapai peringkat-peringkat pencapaian sosialnya mengikut masa dan jadual mereka tersendiri.

Ibu ayah jangan lupa jadual imunisasi anak-anak ya!


Kami pilih Ramly Burger

Assalamualaikum,

Cuba tengok gambar kat bawah.
Pernah cuba makan burger Ramly tak?
Sedapkan?

Pertama kali pergi ke restoran Ramly di Mukim Batu, Gombak. Dekat pula dengan rumah dan tempat kerja.
Tengahari terus ajak suami pergi sana. Dah lama sebenarnya nak pergi. Selalu tengok dalam TV jer iklan Ramly.

Ingat jauh tapi dekat aje rupanya. (boleh pergi hari²..haha)


Citarasa pelanggan memang berbeza tapi saya rasa sangat hebat burger Ramly. Kentang goreng pun besar dan sedap. Bolehlah ganti dengan McD kalau teringin nak makan burger.

Kat sini pun boleh beli produk sejuk beku Ramly. Jom kita bertukar ke Ramly...

Pastikan Ramly baru beli...okay!


Wednesday, August 6, 2014

Salam AidilFitri 1435H

Assalamualaikum,

Sempat lagi nak buat ucapan rayakan? Rayakan sebulan.

Jadi di kesempatan ini saya ingin memohon ampun dan maaf jika ada salah dan silap, terkasar bahasa yang menyinggung perasaan korang kan. Kosong-kosong ya!

Gambar raya cuma ada satu nie je. Tak sempat, sibuk dengan tetamu yang datang.


Merah tak?
Kaler nie je yang sama kaler dengan baju yang ditempah. Nasib baik jumpa. Hehe.

Tahun nie raya di Keramat rumah mak. Petang raya pertama baru pulang ke kampung suami di Alor Gajah, Melaka.

Seronok dapat cuti seminggu. Tue pun nasib ada cuti lagi 5 hari. Kalau tak raya ke 4 dah kerja. Huhu.
Tahun nie cuti kena bajet. Nak pergi holiday pun kena tengok dulu cam ner. Lagipun tahun nie Haziq ada UPSR. Kecut perut fikir pasal exam anak. No more TV and berleter. :-P

Doakan kejayaan Haziq dalam UPSR 2014 ya!

Terima kasih!!! Sayang korang....

Wednesday, July 23, 2014

Ramadan dan Syawal

Assalamualaikum,

Nak raya dah??
Sedih nak tinggalkan Ramadan. Bulan yang mulia dan banyak keistimewaannya.
Rasa macam sekejap je puasa tahun nie.

Sumber: Google

Persiapan raya macam biasa je. Beli baju untuk anak-anak. Tapi tahun nie anak-anak dah pandai pilih baju sendiri. Letih juga sebab kena tengok dulu harganya. Nanti terkezut pula ayahnya. Hahaha.

Apa tema korang tahun nie?
Warna merah maroon. Itu je yang nampak didepan mata. Kebetulan baju yang saya tempah pun warna yang sama. Jadinya warna tuela ya nak! Tak payah nak pening-pening kepala fikir pasal warna.
Kuih raya beli je. 2-3 jenis pun dah cukup. Nak bagi mak dan mak mentua sekali.

Tahun nie raya kat Keramat dulu. Boleh tolong mak sikit-sikit. Hehe. Ada baby tak boleh nak buat kerja lebih-lebih, melainkan ayahnya yang tolong jaga anak. Rumah pun belum kemas lagi. Kain langsir pun tak keluarkan lagi. Pakai kain langsir yang lama jela. Bajet pun tak banyak. Simpan untuk anak-anak sekolah.

Anak dah ramai baru ingat nak berjimat itu ini. Betul. Terasa sungguh bila anak dah besar. Barang semua dah mahal. Apapun rezeki untuk anak-anak inshaAllah ada.

Di kesempatan ini saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin....
Berhati-hati semasa memandu dan semoga selamat sampai ke kampung halaman atau destinasi yang dituju.
Makan ketupat tue ingatlah kat saya ya!

Sunday, July 20, 2014

Al-Fatihah buat Kak Ngah

Assalamualaikum,

19 Ramadan 1435H / 17 Julai 2014.
Perginya seorang ibu kepada 4 orang anak. Sepupuku.
Suzila atau lebih mesra dengan panggilan Kak Ngah dikalangan adik beradik dan sedara mara.

Setelah hampir 5 tahun menghidapi sakit kanser payudara, tepat jam 10.15pagi Kak Ngah telah kembali kerahmatullah.

Sedih. Tatkala saya membaca whatsapp dari adik. Ya Allah. Sebak hati saya. Air mata bergenang.
Ya. Allah lebih menyayangi arwah.

Kak Ngah seorang anak dan ibu yang baik. Peramah dan suka senyum bila berbicara. Masih teringat wajah dan suara arwah.

Semoga arwah Kak Ngah ditempatkan dikalangan para solihin. Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah s.w.t. Aminn ya rabbal alamin.

Al-Fatihah.

Sad Moment!


Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers