Monday, April 13, 2009

Bengkel Kecantikan Bersama Avon-12 April 2009



12 April 2009- Hari nie me & kakak ipar me pergi bengkel kecantikan yang dianjurkan oleh Avon bertempat di Sheraton Imperial Hotel.So kami sampai kt sana tengahari, mula pkl 1.00 ptg.Kami register then ambik door gift...pas tue masuklah cari tempat duduk.Me pilih nk duduk kat bahagian depan sbb senang nk tengok..hehehe!!!nk tengok artis ler katakan.Para jemputan ialah juru make-up Zulfazli dan model/pelakon terkenal Nasha Aziz.Seronok gak sebb dapat belajar teknik² solekan dan cara² penjagaan kulit yang betul.Mula² diorg ajar cara membersihkan muka..siap ada model lagi.Pas tue sementara tggu artis jemputan sampai kita org diberi kuiz.Then x lama pas tue Zulfazli pun muncul utk sesi make-up plak.Me pun salin lah skit²..hehehe..tips² yg berguna.Lepas jer sesi tue tibalah giliran kami plak kena make-up sendiri muka.Setiap meja disertakan alat make-up Avon so me pun mulalah buat ikut step by step.10 peserta akan dipilih utk jadi pemenang make-up serta penampilan yang tercantik.Pas tue ada sesi lucky draw plak.Hanya 5 cabutan aje yang dipilih.Tapii...aku adalah salah seorang dari peserta yang bertuah..cehhh..hehehe..rezeki tuk me lah tue.Alhamdulillah.Me pun p ler naik atas pentas tuk ambik hadiah dari Nasha Aziz.X sangka sungguh me dapat.Memang x caya jer...Tue ler citer me di petang Ahad..hehehe.Lastly kami ada jamuan makan dan sesi bergambar bersama Zulfazli & Nasha.Nak citer pjg lagi tapi tue je ler yg mampu me tuliskan.

Sunday, March 29, 2009

Alkisah....!!!

Salam Buat Kekawan yg baca blog me nie.....

Actually lama gak me x tulis dlm blog nie...almaklumlah x de masa ler katakan.So,today...me nak ler citer skit pasal opis baru me nie.Sejak pindah opis baru nie me rasa ok, happy and it's a something different about my job before...coz b4 this me buat keje lain so this time interesting gak..kena jumpa student plak hehehe...Kekawan pun baik..bos pun baik..kiranya x de masalah.Hopefully me x kena marah ngan student tapi me rasa tue adat dlm kerjaya nie.Sabar jelah...Walaupun me dah pindah opis tapi kawan lama tetap segar di ingatan me sebb me keje kt opis lama nie dah 8 tahun so mana bisa dilupakan begitu saja.I love you my friends.I miss all the memories and everything that we'll do together.Harap2 you all yg x lupa kat mun...hihihi!!!Sejak pindah nie me rasa sejuk sgt aircond kat tempat me,2 hari nie me kena selsema, batuk & sakit kepala...Tadi me baru sampai dari Melaka.Cuti hujung bulan ler katakan...kat kg me & famili pergilah menziarahi kubur anak me.Alhamdulillah batu pun dah siap naik..thanks a lot to my brother & sister in law sebb tlg cari org utk naikkan batu.Oklah me nk chow dulu...badan pun rasa x sedap nk demam agaknya..me nk p tido & relaks..k.~11.15p.m

Thursday, March 12, 2009

Renungan bersama...

Salam semua...

Disini saya nak kongsikan bersama beberapa faedah berguna untuk renungan semua, semoga ia dapat membantu kita dalam mengharungi kehidupan kita seharian...

1.Nilai manusia adalah ditentukan dari perbuatan baik yang dia lakukan.Kalimah ini adalah ugkapan 'Ali bin Abi Thalib Radhiyallahu' anhu yang bermaksud bahawa ketinggian nilai diri seseorang terletak pada ilmu pengetahuannya, adab kesopanannya, ibadah, kedermawanan serta akhlak dan moralnya, bukan pada wajah, gaya & kedudukannya.

2.Manusia itu di nilai sesuai dengan semangat,kepedulian, usaha keras & pengorbanannya utk mencapai kedudukannya; dan dia tidak pernah diberi satu kemuliaan secara percuma.

3.Manusiala secara individu yang akan mengukir sejarahnya pada masa akan datang dengan izin Allah.Dialah yang akan menulis perjalanan hidupnya dengan perbuatan2nya yang baik atau buruk.

4.Umur hamba itu sangat pendek, amat cepat dan segera berakhir dan berlalu dengan sangat cepat. Maka dari itu, jangan sekali-kali umur itu dipersingkatkan dengan dosa2,kesedihan,kegundahan dan kegelisahan.

Petikan dari buku 'La Tahzan'....

Monday, March 2, 2009

Letihnya nk pindah....




Salam buat semua...
Hari nie (3/3/2009) besday anak me Haziq yg ke-7.Dah besar dah anak bujang me nie.Me plak dah ari ke-2 me keje under Finance tp me x pindah barang lagi.Keje pun adalah skit² lagi nk kena siapkan.Letih rasa nk kena pindah opiss..hehehe.Nak tulis blog pun x de masa.Tapi semua dah 95% siap, maybe dlm mggu nie dh bleh nk belajar apa yg patut.Camner ler agaknya keje kt tempat baru nnti ekk???Hopefully semuanya ok.Semalam plak aku uruskan skit pasal hamper utk IEEP yg tahun lepas punya x bagi lagi.Kesian diaorg..sorilah lambat.Hari nie pun continue lagi nk suruh depa ambik hamper.Exercise skit ler angkat hamper..hihihi!!!To Kak Rozie & Noor time kaseh bebanyak sebab bagi 'present' kt me.Huhuhu..terharu rasanya.Walaupun kita terpisah opis tapi me tetap kawan u all.Oklah nnti sambung lagiii..chow!

Sunday, February 22, 2009

Geng Upin & Ipin Movies - 21hb Feb,One Utama.




Sabtu lepas kami satu keluarga pergi tengok wayang 'Geng Upin & Ipin'.Ramai yang pergi..abang, adik aku sekeluarga & mak pun ikut sekali.Sebelum tue kami pergi makan2 kt rumah adik kakak ipar aku di damansara, dia ada buat besday party untuk anaknya.Dlm pkl 4.30ptg kami keluar sebb wayang start pkl 5.30ptg.Sampai jer kt sana kami pun berkumpul & beratur masuk ke dlm panggung...budak2 semua seronok.Nasib baik budak2 semua diam sepanjang citer.Anak me, zharfan tido ngan ayahnya...sejuk sampai tertidur agaknya...yg lain semua ok.Biasalah budak2..macam2...bila time yg menakutkan mulalah takut.Bagi me citernya mmg sesuai tuk budak2 cam anak me.Kelakar dengan gelagat Upin & Ipin yang nakal.Inilah first time anak2 me tgk wayang...lama dh nk bawak tp x berkesempatan lagi so citer nie ler jadinya.:)

Tuesday, February 17, 2009

Puteriku Sayang..

Fikiran aku tetiba terkenang pada arwah anakku, Nur Aqilah Sofiya.Kenangan aku bersamanya masih bermain difikiran.4hb Oktober 2008,aku selamat melahirkan bayi perempuan melalui pembedahan.Aku terpaksa dioperate kerana anak aku berada dalam keadaan songsang.Inilah kali pertama aku dioperate.Aku hanya dapat berdoa semoga semuanya selamat.Alhamdulillah semuanya selamat tetapi keadaan anakku pula yang membimbangkan aku.Bayiku terpaksa ditempatkan di wad NICU kerana kurang berat & mengalami komplikasi lain.

Sedih bila terkenangkan kisah ini.Doktor telah berjumpa dengan suamiku & memberitahu keadaan bayiku.Setelah 1 hari aku hanya berbaring di katil, aku dibenarkan berjalan & melawat anakku di NICU.Jarak wad aku & NICU agak jauh jugak tp aku berjalan perlahan2 demi melihat anakku.Pagi itu doktor memberitahu pula padaku apa masalah bayiku.Hanya tuhan saja yg tahu perasaaanku apabila doktor mengesahkan bayiku menghidap penyakit 'Edward's Syndrom'.Dan kebiasaannya bayi yang menghidap penyakit ini akan hidup paling lama pun 1 bulan aje.Aku menahan perasaan & tangisanku didepan doktor..dan sekadar mengganggukkan kepala."YA ALLAH, ENGKAU SELAMATKANLAH ANAKKU & BERIKANLAH AKU KEKUATAN"..aku hanya dpt berdoa...berdoa & berdoa.

Airmataku berlinangan tatkala menatap wajah bayiku.Selama seminggu aku duduk di NICU...aku rasa puas menatap wajahnya...kubelai kakinya,tangannya,ku tukar lampinnya....itu sudah cukup puas bagiku walaupun hanya sementara.x tertahan rasanya utkku terus menulis kisah ini....hatiku sebak...pilu.26 Oktober 2008, pkl 7.30 pagi aku mendapat panggilan dari pihak hospital memberitahu bayiku dlm keadaan tenat.Bergegas aku siap & mengejut anakku & terus ke rumah mak.Semasa dalam perjalanan ke hospital aku berdoa didalam hati...airmataku x henti2 keluar.Sampai di hospital aku & suami terus menuju ke arah bayiku...mmg sedih keadaannya...waktu itu hayatnya hanya menuggu masa saja.

Aku menatap penuh wajahnya & sempat aku mengambil gambarnya setelah doktor membenarkan.Waktu tue mataku asyik memandang mesin bantuan yg dipasangkan pada anakku.Bila keadaan dia semakin menurun aku pun panggil nurse & doktor.Tepat pkl 8.55 pagi anakku telah pergi buat selama2nya.Aku sendiri melihat tatkala saat nafasnya yg terakhir.Suamiku memandang ke arahku dengan tanda tanya."Maafkan Ibu Sayang..."bisikku di dalam hati.Itulah pengalaman yg x dpt aku lupakan.Anak2ku yg lain sering juga bertanya tentang adiknya.Setiap kali aku balik ke kg(melaka)pasti aku & famili pergi menziarahi pusara.Al-Fatihah..

Wednesday, February 11, 2009

Forget Me NoT!!

X lama lagi aku kena transfer ke opis lain.Buat keje lainlah plak.Kiranya bulan nie aku last kt sini.Sepanjang aku keje kat sini, banyaklah kenangan manis, pahit, sedih & gembirayang aku lalui. Semuanya aku ambik sebagai pengajaran & semangat utk aku lebih yakin pada diri sendiri. Walaupun aku x ler bagus mana tp aku gembira keje kt sini. Pada kekawan semua aku nk ucapkan terima kasih bebanyak atas tunjuk ajar, sokongan, dorongan & jasa baik selama aku keje kt sini. Semua aku anggap cam kakak & abang aku. Halalkan makan & minum. Terlebih atau terkurang.I know who i am. Seorang hamba yang lemah. Seorang manusia yang tidak suka pentingkan diri sendiri tanpa memikirkan hati & perasaan kawan. Kita hanya boleh menilai diri sendiri bukan diri orang lain.Yang pasti kita bukan manusia yang 'Perfect!'.Tidak suka mengharap simpati orang utk kepentingan diri sendiri.Itulah diri aku....be yourself & think Positive!Adios~

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers