Wednesday, November 9, 2011

7 Sunnah Hebat

Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita sekurang-kurangnya selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:


Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

Kedua:
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat:
Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

Keenam:
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

Sebarkanlah ilmu ini, dan anda tidak akan rugi sedikitpun, sebarkan, semoga ianya memberi manfaat pada semua.

Monday, October 24, 2011

Oh Allah!

Ya Allah...
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui setiap kejadian ke atas diriku
Hanya kepadamu ku memohon keampunan
Hanya kepadamu ku berdoa
Hanya kepadamu ku meminta pertolongan

Ampunilah segala dosaku...Oh Ya Allah!

Amin ya rabbal alamin!

Thursday, October 13, 2011

Sempena Bajet 2012

Assalamualaikum....

Salam 1 Malaysia....Syukur alhamdulillah sbb pembentangan Bajet 2012 dah pun diketahui. Tambah² seronok bila dapat bonus dan kenaikan gaji utk kakitangan awam.

Saya pun tumpang seronok. Bukan apa, at least ia dapat mengurangkan beban utk golongan yang berpendapatan rendah. Tapi lagi best utk bos² dan yang berjawatan tinggi.

Nie yang nk sambung belajar nie....hihihi. Bila di fikir nak sambung belajar mcm tak bersedia lagi sebab kewangan masih belum kukuh. Insyallah panjang umur dan rezeki murah teringin jugak nk sambung belajar kan!

Nak buat bisnes pun belum boleh lagi.Kecil-kecilan tue adalah buat, utk suka² je. Apapun tahniah lah pada semua yang mendapat bonus & mcm² faedah lagi utk Bajet 2012 nie.

Yahooo!!!:-)

Friday, September 9, 2011

Salam Lebaran 2011


Assalamualaikum...

Dikesempatan bulan yang mulia ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri..Maaf, zahir & batin kepada semua kawan² yg mengenali diri saya, keluarga dan sanak saudara.

Tahun nie saya beraya di kampung suami di Kg. Melekek, Melaka. Dari hari jumaat sampai ler raya ke-3 saya beraya di sana. Petang raya ke-3 baru kami sekeluarga pulang ke KL. 

Alhamdulillah kami selamat sampai KL walaupun highway agak sesak dengan kenderaan. Tapi, tak delah lama sgt jem nya. Sampai² jer KL terus singgah rumah mak di Au2, Keramat. 

Waktu tue mak pulak tinggal sorang....yg lain dah berjalan raya. Kebetulan waktu tue pun ada sedara nak dtg rumah so duduk lama skit kat rumah mak.

Actually kat rumah saya memang tak berkemas sgt...ala kadar jer. So ingat balik nie baru nak kemas² apa yang patut. Nasib baik kain baju dah siap basuh kat kampung. Hehehe...

Raya tahun nie yg paling seronok anak² lah. Ingat nak berjalan jer....tak kira siang atau malam. Letih nak layan kerenah anak² nie. Bila malam ingat nak main mercun jer. Aishhh...tuela akibat dah ajar anak main mercun.Hmmm....

Oklah setakat di sini jer...nak tido daaaa....hehehe :-)

Tuesday, August 23, 2011

Hijab Cinta-Mu

Hijab Cinta-Mu

Kecantikan itu bukan diukur,
Pada nilai kain yang melindungi rambutmu,
Pada kain yang membaluti tubuhmu,
Bukan juga pada warna-warni fesyen terkini gayamu,
Bukan juga pada ketinggian tapak kasut pada tumitmu.
Kecantikan itu bukan terlihat,
Pada maskara di bulu matamu yang lebat,
Pada pemerah di pipimu yang memikat,
Pada gincu dan lip gloss merah melekat,
Bukan juga pada bedak maybelline yang menjadi teman rapat.
Kecantikan itu tidak harus diserlah,
Pada baju berwarna terang di kulitmu yang cerah,
Pada kain singkat terangkat terdedah,
Pada kain nipis yang tembus cela,
Bukan juga pada suara yang lenggok bermadah.
Sungguh kecantikan itu sering disalah tafsir,
Pada mata yang melihat zahir, bukan hati dan akal yang berfikir,
Hinggakan kecantikan itu hilang makna dan rasa,
Hingga jiwa kerap jemu dan berubah.
Hingga nafsu kerap jatuh rebah!
Cantik itu bermakna,
Pada mata menawan pandangannya selalu tunduk,
Pada wajah yang selalu basah di kala wudhu,
Pada bibir berzikir tawadhu,
Pada nafsu,iman memujuk,
Cantik itu bahagia,
Pada jasad amanah sebaiknya dijaga ,
Pada suara mengajak berdakwah,
Pada baju labuh menjaga maruah,
Pada cinta yg hak terpelihara.
Justeru,
Sabar mengajar,
Redha dikejar,
Beruntunglah wanita yang dilihat, kalimah Allah dilidah terpahat,
Berbahagialah wanita yang diuji, merasa diri sering diperhati,
Malu menjadi pendinding diri,
Kerana pandangan Hati lebih utama,
Pandangan Tuhan segala-galanya,
Maka Hijabkan dirimu, Pelihara amanahmu,
Itulah kecantikan yang abadi,
Itulah kebahagiaan yang dicari
Insya-Allah, ya Rabbal Alamin..
Alhamdulillah, Alhamdulillah, bibirnya meniti kalimah melafazkan kesyukuran buat Maha Besar. Kerdil sungguh tinta ini dibandingkan dengan luasnya ilmuMu. Blog Annisa ditatap lama. Rindu menggamit dalam diri. Rindu bertemu penghuni Baitul Annisa. Bertemu dengan kak Damia dan Kak Insyirah. Bertuah bila dapat bertemu insan yang bersama-sama berdiri di jalan Allah dan berjihad dengan menyedarkan yang terleka. Sungguh, perjalanan yang penuh rahsia ini penuh hikmahnya.

Monday, August 15, 2011

Baru beri pangkat dah riak!


 Assalamualaikum...

Hai semua...

Lama saya tak update blog...nak kata busy x delah sgt. Cuma masa tue tak de nak bukak blog...sibuk bukak benda lain. Hihihi...

Hari nie saya nak cite satu kes merujuk seperti tajuk diatas tue. Alkisah hari Sabtu lepas kami sekeluarga pergi ke sebuah pasaraya yg berdekatan dgn rumah. Biasalah bila dah sampai kena cari parking lah kan..bila dah jumpa parking kami pun berjalan lah nk masuk ke dalam. On the way tue ada satu pakcik nie tengah marah²...

Rupa²nya pakcik nie parking keta dia kat tempat yang telah di tanda. Adalah 3 kotak parking tue dah bertanda tak boleh letak keta tapi si pakcik nie letak jugak.Pastue dtglah mamat pekerja kat situ beritahu kat pakcik tue suruh alih keta. tapi pakcik tue berdegil jugak...dia marah² mamat tue...siap kata "Saya nie Datuk tau..". Mamat tue pun terus mengeluh...hmmm...kesian kat mamat tuekan.

Tue la sikap manusia yang gila pangkat. Allah baru beri pangkat dah sombong dan riak.Hai...macam nie sikap orang yang ada gelaran.Langsung tak nak mengikut arahan orang lain. Pakcik tue nampak memang baik orangnya..bersongkok...kemas je orgnya tapi siapa sangka disebaliknya tue ada sikap buruknya.

Baik atau buruk hanya Allah yang tahu dan tentukan. Saya berharap agar kawan² tak delah yang jadi mcm nie suatu hari nanti...ya! Ini sebagai pengajaran kepada kami yang melihat dah juga pada semua yang membaca blog saya nie.

Mekaseh:D:)


Friday, July 29, 2011

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan




Assalamualaikum...

Telah berlalu hari, minggu, dan bulan. Sedar atau tidak, kita semakin mendekati bulan yang penuh kebaikan, keberkatan, dan rahmat. Bergema di serata dunia doa orang-orang yang beriman; Allahumma Ballighna Ramadhan. Doa yang diwarisi dari kekasih yang dicintai Ar-Rasul s.a.w.

Allahumma Ballighna Ramadhan. Inilah doa yang diulang-ulang oleh Rasulullah s.a.w apabila mendekati bulan yang mulia ini. Diriwayatkan bahawa apabila tibanya bulan Rejab, maka Rasulullah akan berdoa ;
"Ya Allah Berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya'ban, dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan." [Riwayat Al-Bazzar, At-Thabrani, Al-Baihaqi]

Di kesempatan ini saya ingin memohon ampun & maaf atas silap dan salah. terkasar bahasa sama ada sengaja atau tidak. Semoga dengan kehadiran bulan yang mulia ini dapat kita mempertingkatkan ibadah kita kepada Allah s.w.t.



Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers