Wednesday, September 18, 2013

Apa itu 'Detailed Scan'?

Assalamualaikum,

Lama tak update blog. Sibuk dengan kerja seharian. Tapi itu bukan alasan yang tepat. Hehe.

Bila dah masuk 16 minggu kehamilan mulalah sibuk dengan aktiviti check up pula. Rasanya baru je pergi klinik kesihatan tahun lepas. Alhamdulillah rezeki dari Allah.

Semalam buat pendaftan di klinik. Punyalah ramaiiii...
Biasalah namanya pun klinik kerajaan kann..
Nasib baik saya ambil cuti sebab dah agak mesti lama punya. Cik Abang cuma tolong hantar dan jemput aje.
Kesian pula suruh temankan nanti boring pula dia.

Habis pukul 12.30 tapi sambung jumpa doktor pukul 2.00ptg. Hasilnya doktor suruh buat 'detailed scan' di Hospital Selayang. Errmm...apa dia detailed scan??

Info dari SINI :-


Apa itu detailed scan?

Kebanyakkan wanita akan ditawarkan 'detailed scan' pada usia kandungan 20-24 minggu untuk memastikan samada bayi membesar secara normal atau tidak. Ia dipanggil detailed scan atau anomaly scan. Ia dibuat untuk mengesan sebarang ketidaknormalan pada bentuk fizikal bayi dan tumbesaran. Semasa lawatan peringkat awal kehamilan, doktor selalunya akan memberikan penerangan tentang tujuan dan faedah detailed scan ini, walaubagaimanapun, ia cuma satu pilihan dan bergantung kepada anda untuk menjalani ujian ini atau tidak.

Apakah kebaikan ‘detailed scan’ ini?

Detailed scan selalunya akan di buat oleh Pakar sonografi bertauliah dan mengambil masa 30-40 min. Dia akan menentukan usia kandungan dan membandingkan dengan usia bayi yang diukur. Jantung, tangan dan muka akan diimbas dan seterusnya organ-organ yang lebih kompleks seperti otak, buah pinggang , degup aliran jantung, lengan,jari, tulang belakang, perut, tali pusat, muka dan sebagainya akan dianalisa secara terperinci untuk memastikan ia dalam keadaan yang baik.
Pakar sonografi juga akan membuat ukuran kepala, tulang paha dan ukur lilit perut untuk memastikan tumbesaran bayi berada dalam kadar memuaskan.Keadaan dan lokasi uri juga akan ditentukan untuk mempastikan ia dalam kedudukan normal. Secara ringkasnya, detailed scan dibuat untuk mengesan sebarang kecacatan fizikal yang mungkin dialami oleh bayi yang dikandung.
_____________________________________________________________________________________________
Bila dah baca info nie baru saya faham apa itu detailed scan. Ia tak sama seperti scan 3D atau 4D.
Selamat Membaca!!

Wednesday, August 28, 2013

Selamat Hari Jadi!!!

Assalamualaikum,


Semalam bertambahlah umur yang ke -33. Terima kasih juga diucapkan kepada BFF, Izuria dan Huda kerana sudi nak sponsor kek. Dan juga hadiah yang sangat cantik...thank you so much. I'm very appreciate it! Okay!!

Nak tengok keknya...tadaaaaa...


Kek dari 'Cake Sense'...nama kek tak tau tapi kat kedai tulis 'Best Seller Cake'. Memang sedap sangat.
Makan sekali pasti nak dua kali..hehe!!

Malam tadi dinner (konon celebrate) kat kedai mamak kat rumah aje. Anak-anak nak makan nasi goreng jadinya situlah paling dekat di rumah. Malas nak pergi makan jauh-jauh sebab esok nak kena bangun awal.

Semoga dihari kelahiran saya yang ke -33 ini....

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ya Allah,
Kau ciptakan kami dari tiada, menjadi ada
Kemudian Kau kembalikan kami kepada-Mu
Kehidupan kami bejalan dan berputar
sesuai dengan kehendak-Mu


Ya Allah,
Hari ini tiba juga aku di usia ini
Hari di mana aku harus menjadi lebih bijaksana
Hari di mana aku harus menjadi lebih dekat dengan-Mu
Hari di mana aku harus bisa menjadi teladan bagi orang lain
Ya Allah,
Panjangkanlah usiaku agar hidupku menjadi lebih bermanfaat bagi orang lain
Panjangkanlah usiaku agar aku dapat lebih memandang hidup
dengan penuh makna dalam kebesaran-Mu
Panjangkanlah usiaku agar aku dapat membimbing keluargaku
untuk dapat tunduk dan berbakti kepada-Mu
Panjangkanlah usiaku agar aku dapat lebih bersyukur
atas nikmat dan rizqi yang Engkau anugerahkan kepadaku
Ya Allah,
Jadikanlah aku menjadi hamba-Mu yang khusyu’ dan tawadhu’
dalam menerimah hikmah dan berkah-Mu
Bertambah usia dalam hitunganku
berkurang pula usiaku dalam hitungan-Mu
Ya Allah,
Terima kasih Engkau telah mengangkatku
menjadi makhluk dengan darjat yang tinggi
Terima kasih Engkau telah memberikan cahaya keimanan kepadaku
sehingga aku dapat lebih mengenal-Mu,
Ya Allah,
Aku percaya bahwa Engkau akan selalu berikan yang terbaik
untuk diriku, keluargaku, orang tuaku dan
semua sahabat sejatiku, yang selalu peduli padaku
Hanya pada-Mu lah aku senantiasa mengabdi dan
Hanya pada-Mu lah aku memohon pertolongan
Kabulkanlah do’a hamba-Mu ini Ya Allah..
Amin..amin..amin.. Yaa Robbal ‘Alamin..
Sumber: Do'a Ulangtahun Kelahiran Islam

Friday, August 16, 2013

Suatu Hari di Hari Raya

Assalamualaikum,

Dengan bertemakan "Orange"...nielah hasilnya...


Sampaikan warna kusyen mak pun warna oren..haha..

Gambar nie aje yang sempat snap...gaya yang sama sebab sibuk melayan tetamu yang datang. Jadinya gambar satu keluarga pun tak sempat.Huhu...

Gaya bebas..hihi
Gambar bersama kakak ipar di rumah mertua. Tak sempat nak tukar baju raya...sebab bukan nak keluar berjalan pun.Hehe...sabar jela.


Bila perut dah nak membesar pakai jubah aje yang selesa. Bersama kakak ipar dan si comel Ariq yang dah semakin rancak berjalan. Penat ibuuu...

Apapun raya tahun nie disambut dengan sederhana sahaja. Walaupun pelbagai menu dan hidangan disediakan jangan lupa jaga berat badan dan kesihatan supaya tak sakit perut atau keracunan makanan.

Okay!Happy reading!!



Salam Aidilfitri 1434H

Assalamualaikum,

Pertama sekali saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada rakan-rakan blogger yang mengenali diri ini dan juga kepada seluruh umat Islam di Malaysia.

Hari nie baru berkesempatan nak update blog setelah sekian lama senyap dan menyendiri. Bukan apa, bila sudah berbadan dua nie nak cari mood nak tulis tue memang susah sangat. Rasa malas je. ^_^

Okay, tahun nie raya pertama saya beraya di rumah mertua di Melekek,Alor Gajah, Melaka. Tak jauh sangat dalam 2 jam dah sampai. Raya tahun nie baju raya bertemakan warna Orange. Sebenarnya tak kisah pun warna apa tapi sebab nak padan dengan baju saya jadinya kenalah cari yang sama warna. Cari punya cari...akhirnya jumpa juga. Dari saiz si Ayah hinggalah si anak kecik yang baru berusia setahun. Hehe.

Sambutan raya seperti biasa. Gembira bila dapat berkumpul seluruh ahli keluarga serta sanak sedara. Yang pasti anak-anak yang paling gembira bila beraya sebab dapat duit raya.Hahaha.

Hari raya ke -4 baru saya balik ke KL beraya di rumah mak pula di Keramat.

Okalylah, setakat ini saja yang dapat dicoretkan.

Ampun dan maaf dipinta jika ada salah dan silap.



Monday, July 15, 2013

Hamil kali ke - 7

Assalamualaikum,


Muka berkerut...hati risau...
Mmmm...kenapa lewat pula?Hati mula bertanya.

Seminggu menunggu dan menghitung hari. Be positive!
Setelah pelbagai andaian dan rujukan telah dibuat akhirnya saya telah membuat satu keputusan.

Itulah orang perempuan. Ariq baru setahun lebih. Boleh ke?
In Sha Allah. Allah kan ada bersama kita.

Tekad untuk membuat ujian. Positive! Memang seperti diduga.
Ya Allah! Alhamdulillah di atas rezeki yang telah Engkau berikan kepada kami.

Tarik nafas dan teruskan perjalanan hidup seperti biasa.
Si suami biasa aje. Si ibu mula bimbang tentang keadaan dirinya.
Semoga semuanya baik dan dipermudahkan.

Tak sangka secepat ini rezeki untuk kami.
Saya hanya dapat berdoa kepada Allah semoga anak yang bakal dilahirkan bulan Februari tahun depan sihat dan comel. Memiliki sifat-sifat yang baik dan menghormati ibubapa.
Dan diberi cukup segala sifat dan sihat tubuh badan.

Doakanlah yang terbaik untuk saya ya!
Terima kasih!

Wednesday, July 10, 2013

Selamat Menyambut Bulan Ramadan 1434H

Assalamualaikum,

Alhamdulillah!! Syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana masih memberi ruang untuk kita menunaikan ibadah puasa pada tahun ini.


Bangun sahur hari nie pukul 4.30 pagi. Malam tadi anak-anak dah request masak nasi goreng untuk bersahur. Alhamdulillah tiada masalah untuk kejut anak-anak bangun bersahur. Lepas bersahur terus bersiap-siap apa yang patut untuk ke sekolah. Ibu ayah sibuk nak bersiap ke tempat kerja.

Macam nielah rutin harian di bulan Ramadan. Seronok. Padahal sama je rutin seperti hari-hari lain. Bezanya cuma tiada makan dan minum di siang hari. Muka masing-masing mengantuk je.

Di kesempatan ini, saya nak mengucapkan 'Selamat Berpuasa' kepada kawan-kawan yang mengenali diri saya. Minta ampun dan maaf jika ada tersilap kata dan bahasa.

Semoga puasa kita di terima Allah s.w.t.

Musim Rambutan...yeay!!

Assalamualaikum,

Rindu nak update blog. Bila M dah ada memang tak delah jari jemari nak menulis.
Ok. Hari nie hari pertama berpuasa. Untuk hilangkan rasa mengantuk apalagi jom lah kita update apa yang patut.

Minggu lepas balik kampung. Musim rambutan rupanya. Mak mertua dah sibuk suruh kait buah rambutan untuk di bawa pulang. Yela. Kan nak puasa, takut nanti tak termakan pula rambutan. Sayang pula...
Ada pun tupai yang makan.Hihihi.

Rajin betul suami saya nie...


Untuk tatapan pembaca semua...jangan terliur pula. ^_^




Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers