Tuesday, June 28, 2011

JanGan MaLaS!!!☺☺☺



"Wahai Tuhanku, bahwasanya aku berlindung dengan Engkau
dari kelemahan, kemalasan, ketakutan, kekikiran, kegundahan
dan dari azab kubur."
(Doa Berlindung Dari Kemalasan)

Thursday, June 23, 2011

Cuti² ke Pulau Mutiara


Assalamualaikum...

Hmmm....boringnya saya hari nie.

Cik Huda yang dok kat depan saya nie dah selamat on the way ke Pulau Mutiara. Semoga Huda, Izam, Aida & Kit selamat sampai ke destinasi yang di tuju.

Esok, moh kite beramai² naik bas...Hmmm...

Barang belum pack lagi...malam nie baru nak kemas baju especially baju anak². Baju utk ibu ayah kejap jer dah siap tapi baju anak² payah skit sebab banyak helainya nak bawak.

Hah! Nie dok cite pasal IEEP merangkap Hari Keluarga utk semua warga keje Finance Division (opis saya!) Tahun nie kami punya percutian di Tanjung Bungah Beach Hotel, Penang.Tengok dalam website memang cantik dan selesa tempatnya. Hopefully macam tuela.☺☺☺

Moh kite!!! ☺☺☺

Friday, June 17, 2011

Phase 1:Istiqamah ( Bersungguh) Menjadi Khalifah Allah


Assalamualaikum...

Alhamdulillah di hari Jumaat yang sangat mulia ini saya dan kawan² pejabat telah menghadiri satu Talk, yang telah disampaikan oleh Ustaz Amaluddin bin Mohd Napiah. Tajuknya ialah 'Istiqamah Sebagai Khalifah Allah'.

Apa yang disampaikan oleh Ustaz ialah mengenai peranan kita sebagai Hamba Allah dan Khalifah Allah. Saya suka dengan cara penyampaian Ustaz yang selalu diselitkan dengan zikir dan doa². Banyak perkara yang telah saya dapat contohnya, kita hendaklah selalu bersyukur dan bersabar sentiasa.

Sebagai hamba Allah s.w.t, peranan kita ialah buat apa yang Allah suruh dan meninggalkan segala laranganNya serta mengekalkan segala rasa kehambaan. Sentiasa mempunyai sifat rendah diri, lemah, kerdil dihadapan Allah s.w.t.

Selain itu Ustaz juga menerangkan tugas kita sebagai khalifah di muka bumi Allah ini seperti memakmurkan bumi dan memelihara bumi dengan akidah dan akhlak yang baik. Apa saja  amalan kita, bumi akan bercerita tentang apa yang kita buat di Padang Masyar nanti. Allahuakbar!!!

Alhamdulillah, penerangan Ustaz tadi dapat melembutkan hati dan menginsafkan diri saya yang sangat kerdil ini.Semoga dengan Talk tadi saya dan kawan² dapat sesuatu yang berguna dalam memperbaiki diri menjadi insan yang bertaqwa dan mulia disisi Allah s.w.t.

Insyallah!!!

Wednesday, June 15, 2011

Fokus pada Anak²


Assalamualaikum...

Jemput makan semua...Alhamdulillah...Syukur dengan rezeki yang Allah beri. Today, saya makan LAKSA kedai MAKCIK Zaharah kat kantin UIA. Sedappp...boleh tempah kalau nak!Hehehe...

Selalunya saya makan LAKSA nie bila time pregnant...nak makan benda masam²...nak makan itu..nak makan ini...tapi semua dapat makan. Yela...semuanya ada di depan mata..nak dapat pun senang...bukannya nak makan benda yang pelik². 

Fuuuhhh...setelah 10 tahun mendirikan rumah tangga...Alhamdulillah saya telah dikurniakan 3 orang anak lelaki. Baby girl??? Ada...tapi saya dah simpan...Insyallah ada rezeki adalah! 

PENGALAMAN

Pengalaman membesarkan anak² nie memang banyak dugaan dan cabarannya. Bukan setakat sakit semasa melahirkan tapi menjaga sehingga besar pun banyak ujiannya. Kita sebagai ibu ayah kenalah tahu...banyak baca buku tentang anak²...banyakkan ilmu agama dan sebagainya.

Sekarang bila anak dah sekolah...lain pula ceritanya. Banyak perkara yang perlu saya dan suami ambik berat. Yela..perihal pelajaran sekolah anak...homeworknya....alat tulisnya...baju sekolahnya...semuanya nak kena jaga. Kena ingat selalu benda² macam nie..kalau tak..fuhhh...mulalah kelam kelibut. 

Walaupun begitu saya bahagia bersama keluarga...walaupun anak² nakal...susah nak dengar cakap...tapi kita kenalah hadapi situasi begitu dan pandai mengawalnya. Bila time exam...ibu ayah yang risau tengok anak² asyik main jer..tak baca buku...bila suruh baru baca...So saya buat paksaan skit dalam bab pelajaran. Hari minggu mesti ada latihan tubi...lepas tue baru boleh main atau tengok T.V.

Time to focus on kids...
Fokus itu perlu..bagi saya ianya perlu dalam institusi keluarga. Tambahan pula bila anak² dah bersekolah dan meningkat remaja. Kadang² saya perlu juga tahu dengan siapa dia berkawan. Siapa nama kawan dia. 

Dalam dunia yang serba maju dan moden...Anak² pun kena bersaing dalam pelajaran. Zaman sekarang budak² dah semakin pandai dan cepat belajar so sebagai ibu ayah...kenalah up to date supaya anak kita tidak ketinggalan.

Semalam bila anak bagi keputusan exam tengah tahun...Ada yang bagus dan ada yang kurang memuaskan. Haziq pulak lemah Bahasa English...so kena buat something untuk English paper. Tuisyen?? Ada jugak terfikir nak hantar Haziq ke tuisyen tapi buat masa nie belum lagi. Danish pulak lemah Math walaupun dia suka sangat subjek tue...ibu ayah pun ingat dia boleh score dalam Math!It's ok..Math nie kena banyak buat latihan tubi. Memang aktiviti hujung minggu....hmmm!!

Anyway, saya berharap anak2 saya berjaya dalam hidup mereka!!!
Insyallah!!!

Tuesday, June 14, 2011

Lirik Lagu Dan Bila Esok – Sofaz (OST Nora Elena)


Di dalam hati selalu tersimpan
rasa yang takkan pernah bisa ku ungkapkan
kau diam tanpa kata
saatku ungkap semua rasa
Di saat ku ingin dekat denganmu
kau semakin jauh meninggalkanku
dan kau diam tanpa kata
saatku ucap semua rasa
Dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada ruang di dalam hatimu
tuk cinta yang pernah kita miliki
tuk selama-lamanya
Dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada waktu untuk mencinta dirimu
tuk bisa menjagai hati ini
tuk selama-lamanya
Mungkinkah esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada ruang di dalam hatiku
untuk cinta yang pernah engkau miliki
untuk selama-lamanya
Dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada ruang di dalam hatimu
untuk cinta yang pernah kita miliki
tuk selama-lamanya
Dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada waktu untuk mencinta dirimu
untuk bisa menjagai hati ini
tuk selama-lamanya
Dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada ruang di dalam hatimu
Untuk cinta yang pernah kita miliki tuk selama-lamanya

Lirik Lagu Cinta Teragung – Hazama AF9


Maafkan aku sekiranya tak termampu
Untuk mencurahkan semua isi hatiku
Ternyata tak terkata
Rinduku padamu

Chorus
Ku takkan bisa menjadi lebih
Dari apa yang terdaya
Namun ku tetap berjanji
Akan masih mencuba untuk
Memujuk hatimu
Mencintai aku
Kerna semua yang ada
Hanyalah untukmu

Secebis perasaan ku hamparkan
Membawa sejuta harapan
Menagih cinta
Teragung darimu

Ulang Chorus

Maafkan aku sekiranya
Tak termampu untuk
Mencurahkan semua
Isi hatiku

Tuesday, June 7, 2011

Rumah Oh! Rumah ☺☺


Assalamualaikum...

Syukur Alhamdulillah.
Segala pujian bagi Allah yang telah memberi rezeki.

Akhirnya peluang saya nak beli rumah baru telah tercapai. Tahun lepas saya baru beli rumah di Taman Pinggiran Indah, Batu Caves. Walaupun permulaannya agak susah juga nak dapatkan pinjaman tapi Alhamdulillah lulus juga pinjaman.

So, bulan Mei nie baru saya berpindah ke rumah baru bersama keluarga tercinta. Semuanya dah beres...angkut barang..cuma belum cukup perabot jer.

Insyallah..tak lama lagi kami sekeluarga nak buat kenduri kesyukuran dan doa selamat. Tarikhnya tak tetap lagi tapi akan di beritahu kelak.

Rasa lega bila dah pindah rumah. Alhamdulillah....

Musim ~~Nora Elena ♥♥♥


Assalamualaikum...

Musim NORA ELENA pulakk...

Me pun dah ter'suka' tengok cite nie, first time tgk jer dah suka...patut ler member kat opis dok cite..dlm FB pun dok cite pasal drama nie.

Kiranya me dah terlambat mengikuti cite nie..Apapun me nak tengok cite nie sampai habis walaupun dlm Youtube..Hahaha!!!

Harapan me nak tengok kat rumah amat tipis sebab anak2 lebih diutamakan kalau tak dengarlah jeritan dlm rumah..Fuhhh...tak pe2.Kite yang tua kenalah mengalah dengan anak.Betul tak, bang!!!

Cite nie sangat romantik..tapi ada lagi ke lelaki @ suami yang macam nie. Bertuahlah badan kalau ada sesiapa yang dapat suami macam niekan!!Oppss...tak boleh nak cakap lebih2 kat sini takut salah faham pulak.Hihihihi☺☺☺

Oklah nanti kite sambung lagi...daaaa!!

Monday, June 6, 2011

Solat Jamak Dan Qasar



Allah SWT telah memberi kelonggaran/keringanan kpd umat Islam dlm mengerjakan ibadah solat dalam situasi tertentu khususnya ketika bermusafir.  Kelonggaran ini dinamakan RUKHSAH SOLAT.

Sabda Rasullah SAW ;
إن الله يحب أن تؤتى رخصـه كما يكره أن تؤنى معصـيته. رواه أحمد
“Sesungguhnya Allah suka dilaksanakan rukhsah (keringanan) yang diberikan olehNya seperti Allah membenci  dilakukan maksiat kepadaNya”. Hadis riwayat Ahmad.

Rukhsah Solat bertujuan supaya umat Islam dapat menunaikan fardhu Solat dalam apa keadaan sekalipun, di samping membuktikan bahawa agama Islam yamg mengambilkira  kebajikan umat dan bukanlah agama yang menyusahkan. Allah telah mensyariatkan Solat Qasar dan Solat Jamak sebagai rukhsah bagi mereka yang bermusafir.
 
SYARAT-SYARAT PERJALANAN (MUSAFIR) YANG DIBENARKAN UTK SOLAT QASAR/JAMAK
1. Musafir adalah utk tujuan yang baik, bukan utk melakukan maksiat.
2. Destinasi yang dituju melalui 2 marhalah (lebih kurang 91 KM).
3. Mengetahui destinasi yang dituju ( tahu jalannya, tidak tersesat).
 
HIKMAH DISYARIATKAN SOLAT QASAR/JAMAK
1. Meringan/memudahkan umat Islam utk menunaikan solat dalam perjalanan.
2. Tanda kasih sayang Allah kepada manusia.
3. Supaya solat fardhu dapat dilaksanakan dlm apa kedaan sekalipun.
4. Menggalakkan umat Islam bermusafir/melancong/ziarah-menziarahi  bagi menambahkan keimanan dan mengeratkan tali persaudaraan.

 
SOLAT QASAR
 
Bahasa ; Pendek dan ringkas.
Istilah   ; Memendekkan solat jenis 4 rakaat kepada 2 rakaat.
Jadi, solat yang boleh diqasarkan ialah Solat Zuhur, Asar dan Isyak.
 
SYARAT-SYARAT  SOLAT QASAR
1. Hendaklah melepasi semapadan kawasan tempat tinggal.
2. Tidak berniat bermukim melebihi  4 hari, tidak termasuk perjalanan pergi dan balik.
3. Tidak berimamkan imam yang solat tamam (sempurna) rakaatnya.
4. Masih dlm keadaan musafir ketika mengerjakan solat Qasar.
 
Cara Solat Qasar

1. Dikerjakan hanya 2 rakaat.
2. Lafaz niat adalah spt beikut ;
أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْرِ/ العَصْر/ العِشـَاءِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Zohor/Asar/Isya’ 2 rakaat Qasar kerana Allah Taala.

 
SOLAT  JAMAK
Bahasa : Himpun @ kumpul
Istilah   : Menghimpunkan 2 solat fardhu dalam satu waktu dgn syarat-syarat tertentu.
Solat  Jamak adalah terdiri daripada Zohor dan Asar, Maghrib dan Isya’.
 
Solat  Jamak terbahagi  kepada ;
1. JAMAK TAQDIM  – Menghimpunkan 2 solat Fardhu dalam waktu pertama. Cthnya menghimpunkan solat Zohor dan Asar dan menunaikannya dalam waktu Zohor.

SYARAT-SYARAT JAMAK TAQDIM 
1. Niat jamak dlm waktu pertama (Zohor/Maghrib).
Niat hendaklah dilakukan dalam solat terutama ketika takbiratulihram. Walau bagaimanapun, boleh dilakukan niat semasa (pada mana-mana bahagian) solat yang pertama sekalipun semasa memberi salam. (Bukannya selepas memberi salam sbb solat sudah habis/selesai).
2. Bertertib iaitu memulakan solat yang pertama (Zohor/Maghrib), kemudian diikuti dgn solat yang kedua (Asar/Isya) kerana waktu solat Jamak Taqdim adalah untuk waktu yang pertama  (Zohor/Maghrib), sedangkan solat yang kedua  (Asar/Isya), adalah pengikut bagi solat yang pertama, maka mestilah solat yang diikuti (solat pertama).
Jika dilakukan solat kedua-duanya dgn didahului oleh solat yang pertama, tiba-tiba terbatal solat yang pertama kerana tidak sempurna syarat dan rukunnya, maka terbatal juga solat yang kedua. Walau bagaimanapun, solat yang kedua menjadi solat sunat mengikut pendapat yang asah.

3. Berturut-turut kedua-dua solat iaitu tidak berlaku pemisahan yang lama di antara kedua-dua solat kerana jamak telah menjadikan kedua-dua solat tersebut sebagai satu solat, maka mestilah bersambung di antara kedua-duanya seperti rakaat-rakaat solat.
Kalau dipisahkan kedua-duanya oleh masa yang panjang walaupun kerana keuzuran spt terlupa atau pitam. Maka terbatallah jamak. Maka wajiblah ditunda solat yang kedua kepada waktunya sendiri kerana tidak memenuhi syarat jamak. Walau bagaimanapun, jika dipisahkan kedua-duanya umtuk tempoh sekejap spt oleh azan, iqamah dan bersuci maka tidak terbatal Jamak.
Tidak membatalkan jamak jika terpisah di antara 2 solat  kerana mendapatkan sedikit air utk berwudhuk kerana perbuatan tersebut adalah keperluan solat sebagaimana Iqamah, malah lebih utama lagi kerana wudhuk adalah syarat sah solat tetapi iqamah bukan syarat.

4. Perjalanan berterusan sehingga masuk waktu solat kedua. (sekurang-kurangnya TakbiratulIhram solat yang kedua). Sekalipun, selesai musafir tidak lama setelah TakbiratulIhram solat yang kedua. Tetapi jika selesai musafir sebelum memulakan solat yang kedua, maka tidak sah jamak kerana hilang sebab yang membolehkannya.
5. Kekal waktu solat yang pertama dengan yakin sehingga mendirikan solat yang kedua.
6. Zan (sangkaan yang kuat) bahawa solat yang pertama itu sah.
 
Cara melakukan solat JAMAK TAQDIM
1. Sunat @ afdhal melakukan solat waktu pertama dahulu  (Zohor/Maghrib) kemudian diikuti oleh Solat Waktu kedua (Asar/Isya’)
2. Selepas salam solat pertama,  sunat iqamah dan kemudian dirikan solat yang kedua.
3. Contoh lafaz niat Solat JAMAK TAQDIM
 
Solat  Zohor dan Asar  Jamak Taqdim
أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْرِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العَصْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Zohor  4  rakaat dihimpunkan solat  Asar kepadanya
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى الظّهْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Asar  4  rakaat dihimpunkan  kepada Zohor
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
Solat  Maghrib dan Isya’ Jamak Taqdim
أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العِشـَاءِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Maghrib  3  rakaat dihimpunkan solat  Isya’ kepadanya
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى المَغْرِبِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Isya’  4  rakaat dihimpunkan  kepada Maghrib
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
 
2. JAMAK TA’HIR - Menghimpunkan 2 solat Fardhu dalam waktu kedua. Cthnya menghimpunkan solat Zohor dan Asar dan menunaikannya dalam waktu Asar.
 
SYARAT-SYARAT SOLAT JAMAK TA’HIR
1. Berniat melakukan solat Jamak Taqdim dalam waktu pertama (Zohor/Maghrib).
Niat hendaklah dilakukan seblum habis waktu solat yang pertama. Sekalipun waktu yang masih ada itu sekadar satu rakaat sahaja.

2. Masih dalam perjalanan sehingga kedua-dua solat selesai didirikan.
* Tertib tidak menjadi wajib kerana waktu bagi solat yang kedua (Asar/Isya’), telah masuk waktu bagi solat yang pertama (Zohor/Maghrib). Oeh itu boleh didahulukan mana-mana solat sama ada solat pertama atau solat kedua.
 
Cara melakukan solat JAMAK TA’HIR
1. Sunat @ afdhal melakukan solat waktu kedua dahulu (Asar/Isya’) kemudian diikuti oleh Solat Waktu pertama  (Zohor/Maghrib)
2. Selepas salam solat waktu kedua,  sunat iqamah dan kemudian dirikan solat waktu yang pertama.
3. Contoh lafaz niat Solat JAMAK TA’HIR
 
Solat  Zohor dan Asar  Jamak Ta’hir
أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ الظُّهْرِ جَمْعٍ َ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Asar  4  rakaat dihimpunkan  kepada Zohor
 Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.
 
أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْر اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى العَصْر جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Zohor  4  rakaat dihimpunkan solat  Asar kepadanya
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
Solat  Maghrib dan Isya’ Jamak Ta’hir
أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ المَغْرِبِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Isya’  4  rakaat dihimpunkan  kepada Maghrib
 Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.

أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى العِشـَاءِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍلله تعالى
 Sahaja Aku solat fardhu Maghrib  3  rakaat dihimpunkan solat  Isya’ kepadanya
 Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.
SOLAT QASAR DAN JAMAK
Selain drp melakukan solat secara Qasar @ Solat secara Jamak, kita juga diharuskan utk mengerjakan Solat Qasar dan Jamak.
 
Cara mengerjakan Solat Qasar dan Jamak.
Cara mengerjakan Solat Qasar dan Jamak adalah sama spt mengerjakan solat Jamak Taqdim dan Solat Jamak Ta’hir, Cuma ditambah Qasar sahaja… iaitu Solat Zohor/Asar/Isya’ menjadi 2 rakaat sementara solat Maghrib kekal 3 rakaat.
 
Contoh Lafaz Niat Solat Qasar dan Jamak.
Solat  Zohor dan Asar  Jamak Taqdim dan Qasar.
أُصَلِّي فَرْضَ الظّهْرِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العَصْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Zohor  2  rakaat Qasar dihimpunkan solat  Asar kepadanya
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلى الظُّهْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Asar  2  rakaat Qasar dihimpunkan  kepada Zohor
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
 
Solat  Maghrib dan Isya’ Jamak Taqdim dan Qasar.
أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العِشـَاءِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Maghrib  3  rakaat dihimpunkan solat  Isya’ kepadanya
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلى المَغْرِبِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Isya’  2  rakaat Qasar dihimpunkan  kepada Maghrib
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
 
Solat  Zohor dan Asar  Jamak Ta’hir dan Qasar.
أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ الظُّهْرِ جَمْعٍ َ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Asar  2  rakaat dihimpunkan  kepada Zohor
 Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْر رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلى العَصْر جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Zohor  2  rakaat dihimpunkan solat  Asar kepadanya
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
 
Solat  Maghrib dan Isya’ Jamak Ta’hir dan Qasar.
أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ المَغْرِبِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Isya’  2  rakaat dihimpunkan  kepada Maghrib
 Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى العِشـَاءِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍلله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Maghrib  3  rakaat dihimpunkan solat  Isya’ kepadanya
 Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.
 

Sumber dari www.tayibah.com

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers