Assalamualaikum...
Alhamdulillah di hari Jumaat yang sangat mulia ini saya dan kawan² pejabat telah menghadiri satu Talk, yang telah disampaikan oleh Ustaz Amaluddin bin Mohd Napiah. Tajuknya ialah 'Istiqamah Sebagai Khalifah Allah'.
Apa yang disampaikan oleh Ustaz ialah mengenai peranan kita sebagai Hamba Allah dan Khalifah Allah. Saya suka dengan cara penyampaian Ustaz yang selalu diselitkan dengan zikir dan doa². Banyak perkara yang telah saya dapat contohnya, kita hendaklah selalu bersyukur dan bersabar sentiasa.
Sebagai hamba Allah s.w.t, peranan kita ialah buat apa yang Allah suruh dan meninggalkan segala laranganNya serta mengekalkan segala rasa kehambaan. Sentiasa mempunyai sifat rendah diri, lemah, kerdil dihadapan Allah s.w.t.
Selain itu Ustaz juga menerangkan tugas kita sebagai khalifah di muka bumi Allah ini seperti memakmurkan bumi dan memelihara bumi dengan akidah dan akhlak yang baik. Apa saja amalan kita, bumi akan bercerita tentang apa yang kita buat di Padang Masyar nanti. Allahuakbar!!!
Alhamdulillah, penerangan Ustaz tadi dapat melembutkan hati dan menginsafkan diri saya yang sangat kerdil ini.Semoga dengan Talk tadi saya dan kawan² dapat sesuatu yang berguna dalam memperbaiki diri menjadi insan yang bertaqwa dan mulia disisi Allah s.w.t.
Insyallah!!!
No comments:
Post a Comment