Friday, July 29, 2011

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan




Assalamualaikum...

Telah berlalu hari, minggu, dan bulan. Sedar atau tidak, kita semakin mendekati bulan yang penuh kebaikan, keberkatan, dan rahmat. Bergema di serata dunia doa orang-orang yang beriman; Allahumma Ballighna Ramadhan. Doa yang diwarisi dari kekasih yang dicintai Ar-Rasul s.a.w.

Allahumma Ballighna Ramadhan. Inilah doa yang diulang-ulang oleh Rasulullah s.a.w apabila mendekati bulan yang mulia ini. Diriwayatkan bahawa apabila tibanya bulan Rejab, maka Rasulullah akan berdoa ;
"Ya Allah Berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya'ban, dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan." [Riwayat Al-Bazzar, At-Thabrani, Al-Baihaqi]

Di kesempatan ini saya ingin memohon ampun & maaf atas silap dan salah. terkasar bahasa sama ada sengaja atau tidak. Semoga dengan kehadiran bulan yang mulia ini dapat kita mempertingkatkan ibadah kita kepada Allah s.w.t.



Tuesday, July 19, 2011

Mimpi Sedih



Assalamualaikum....

Orang kata mimpi itu mainan tido.Betul ke?

Saya pun kurang pasti bab mimpi² nie tapi apa yang saya mimpi ari Jumaat lepas memang sangat menyedihkan hati saya. Mimpi saya tue memang tak tahu nak kata apa....Cuma bila saya tersedar dari tido saya tak menangis...Tapi dalam mimpi tue memang saya menangis gila².

Orang kata kalau kita mimpi orang meninggal...orang tue panjang umurkan. Insyallah..semuanya kuasa Allah S.W.T. Tapi apa yang saya harapkan dalam mimpi saya nie janganlah realiti. Takut saya...Semoga Allah lanjutkan usia emak saya.

Actually saya bermimpi emak meninggal dunia...Astagfirullahalazim!!! Memang terkejutkan...

Bila tersedar...hati saya terus dilanda resah gelisah..risau pun ada. Emaklah tempat saya menumpang kasih sehingga sekarang. Emaklah abah saya....tanpanya siapalah saya di dunia ini.

Mimpi tue memang buat saya sedih sgt² :'(

Ya Allah! Engkau Maha Mengetahui apa yang tersirat disebalik mimpi hambaMu ini. Engkau lindungilah emakku dan berilah kesihatan yang baik kepada emakku. Hanya kepadaMu aku bermohon. Amin Ya Rabbalalamin....

Keesokan harinya ...ari Sabtu, kami sekeluarga pergi rumah mak...Alhamdulillah emak sihat seperti biasa cuma saya sedih bila tengok mak. Tengok emak penat aje...macam² keje emak buat kat rumah tue...hmmm.

Thursday, July 14, 2011

Cocoa Collagen Power Plus

 Assalamualaikum...

Dalam entry saya kali nie...saya nak share tentang Cocoa Collagen nie...saya telah mencuba dan hingga sekarang saya masih minum. Apa yang saya perasan lepas minum produk nie..badan saya rasa lebih ringan dan selalu buang angin. Alhamdullillah...saya akan terus menggunakan produk ini.
 
Cocoa Collagen Power Plus mengandungi:
  • Marine Collagen - Membantu mengimbangi hormon,mencantikkan kulit, menghaluskan dan menggebukan kulit.
  • Kacip Fatimah - Membantu merapatkan otot-otot rahim,faraj wanita dan memberi kehebatan dalam hubungan suami isteri.
  • Lobata - Membantu menambahkan tenaga, memontokkan dan menegangkan payu dara serta punggung.
  • Krimer bukan tenusu - Membantu meningkatkan daya kesihatan anda.
  • Dextrose monohydrate - Melambatkan proses penuaan
  • Oligo saccharide - Menyahkan toksin dan meningkatkan sistem dalam badan.
Kebaikan dan khasiat:
  • Membantu mengimbangi hormon
  • Merangsangkan pertumbuhan sel baru/anti kedut
  • Mencantik,menghalus dan menggebukan kulit
  • Memontokkan dan menegangkan payudara serta punggung
  • Melambatkan proses penuaan
  • Merapatkan vagina dan mengeratkan hubungan suami isteri
  • Mencantikkan kembali tumit kaki yang pecah
  • Mencerahkan kulit secara semulajadi
  • Memberikan tenaga
  • Membantu mengurangkan keguguran rambut
  • Melancarkan peredaran darah dalam badan
  • Mengimbangi berat badan
  • Meningkatkan daya penghadaman
  • Pengurangan sengal-sengal dan lenguh-lenguh otot

Tuesday, July 12, 2011

Cuti² Bersama Keluarga Tersayang...

Assalamualaikum...

Apa tue IEEP? IEEP ialah singkatan pada Islamic Evaluation & Enhancement Programme (tak silap sayalah) ataupun mudah dipanggil Hari Keluarga utk kakitangan opis saya. 

Best??Mestilah best sebab dapat jalan² dengan keluarga. 

Tahun nie, tempat yang kami pilih ialah Pulau Mutiara (Penang). Hotel??Kami menginap di Tanjung Bungah Beach Hotel. Pantainya cantik...bilik pun ok.☺ Suka²...

Hah! Gambar kt atas tue...mmg susah nk ambik gambar berdua. Gambar nie pun Haziq yang ambikkan...hehehe..nasib baik jadilah jugak! 

Actually, lama dah kami tak dtg Penang nie..last tak silap saya tahun 2002..masa tue Haziq kecik lagi. Kiranya 8 tahun dah tak jalan² kat Penang. Kami bertolak hari Jumaat (24/6) sampai hari Ahad (27/6)...bercuti selama 3 hari 2 malam.Suka²..☺

Hari pertama malam tue kami ada Ceramah Agama...bertajuk Keluarga Bahagia.Lepas mkn malam baru boleh tido!!!Best²...tido kejap jer sebab pagi tue ada Qiyammulail....Alhamdulillah. Bukan senang nak bangun awal pagi utk buat Qiyammulail.

Apa yang anak² suka?? Yang pasti tempat nie mestilah ada swimming pool...tue yg paling penting kalau nak bawak anak² berjalan. Baru je sampai dah heboh nak mandi kolam.Haiiii...anak² macam tuela. Hmmm...apa nak dikata. @_@

Selain dari tue ada lagi aktiviti lain utk anak² dan staff....Semuanya berjalan dengan lancar...

Anyway kami gembira dan enjoy dalam program nie...Thanks pada comittee semua yang menganjurkan Hari Keluarga nie...:D:D

Kita tunggu pulak  IEEP tahun hadapan....☺☺☺

Monday, July 4, 2011

Kelebihan Puasa Untuk Tubuh

Assalamualaikum...

Realitinya tidak, pada bulan mulia inilah perniagaan makanan sangat lumayan. Pasar Ramadan tumbuh di serata tempat dengan aneka juadah lauk pauk dan kuih muih yang sukar ditemui pada hari-hari biasa. Di restoran dan hotel, pelbagai hidangan istimewa disediakan untuk pelanggan merai keluarga, kawan atau rakan niaga berbuka puasa. Di masjid-masjid dan surau-surau juga macam-macam makanan disediakan ahli khariah.
Sungguhpun begitu, kita tidak harus lupa puasa di bulan Ramadan adalah ibadat yang diwajibkan, dan kewajipan ini mempunyai banyak manfaatnya dari sudut kesihatan. Malah kini berpuasa menjadi satu kaedah yang digunakan untuk mengurangkan berat badan dan menjaga kesihatan.

Berpuasa adalah satu cara untuk menyahtoksik yang banyak terkandung dalam makanan yang kita ambil saban hari. Tanpa kita sedari, di dalam tubuh terhimpun racun perosak, bahan pengawet, sisa-sisa dadah dan bahan kimia bahan pencuci serta seribu satu bahan kimia lain yang boleh memudaratkan kesihatan.

Lapisan usus mengandungi berbilion parasit, dan organ-organ dalaman juga mungkin terkumpul dengan toksin dan melalui puasa detoksifikasi organ berlaku. Berpuasa boleh membersihkan saluran darah daripada racun yang disebabkan oleh toksin. Sesetengah orang mengamalkan puasa dengan hanya mengambil jus buah-buahan sehingga sebulan kerana proses detoksifikasi sel-sel dalam tubuh mengambil masa yang lama.

Semasa berpuasa tubuh membuang lebihan selular; setiap hari berbilion sel dalam tubuh manusia digantikan dengan yang baru. Sel-sel yang mati perlu dinyahkan. Proses ini berlaku apabila seseorang berpuasa; tubuh akan membuang sel-sel mati, tisu-tisu yang telah rosak, lemak-lemak terkumpul, tumor dan sebagainya. Semua ini akan terbakar atau dinyahkan sebagai bahan buangan. Berpuasa akan 'melarut' sel-sel berpenyakit secara sistematik dan meninggalkan tisu-tisu yang sihat. Sebab itulah berpuasa boleh menambahkan proses penyembuhan.

Apa yang dibersihkan tubuh apabila berpuasa?
> Sel-sel mati, hampir mati atau yang berpenyakit.
> Tisu-tisu lemak yang tidak diperlukan.
> Asid-asid lemak trans.
> Lapisan mukus yang mengeras di dinding usus.
> Bahan buangan toksik dalam sistem lympha dan saluran darah.
> Toksin dalam limpa, hati dan buah pinggang.
> Toksin-toksin yang tertanam dalam fiber selular dan tisu-tisu organ.
> Deposit dalam tiub-tiub halus yang bertanggungjawab menyuburkan sel-sel otak.
> Kolesterol berlebihan.

Apa kesannya?:
> Kecergasan otak dapat dipertingkatkan.
> Berat badan dapat dikurangkan dengan selamat tanpa geleber.
> Sistem saraf diseimbangkan.
> Paras tenaga dipertingkatkan.
> Organ-organ dipertingkatkan kecergasannya.
> Biokimia selular diharmonikan.
> Kulit menjadi lebih halus, lembut dan sensitif.
> Lebih mudah bergerak.
> Pernafasan lebih penuh, bebas dan dalam.
> Sistem digestif direhatkan.

Sumber : www.sajionline.com.my

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers