Tuesday, October 30, 2012

Ngidam Coklat dah!


Assalamualaikum wrt. wbt.


Sedapkan coklat nie?

Semua orang mesti suka makan coklatkan?termasuklah saya nie...hihihi...

Teringat masa mengandungkan Ariq...mulut nie asyik mengidam nak makan coklat ..especially cadbury.Bila dapat terus makan...haha..teruk tul! pastue dpt kecing manis masa pregnant...tiap² bulan kena buat BSP. Sekarang dah bersalin tak pergi klinik lagi untuk cek balik kencing manis.Ntah bila nak pergi cek ntah.Huhu...harap² tak delah kencing manis.Risau jugak...

Apa² pun kena kurangkan makanan manis ya....(peringatan utk diri sendiri juge).

Pe@ce Munira :-)

Sunday, October 28, 2012

Miss Ahjumma~



Assalamualaikum...

Miss Ahjumma.Oh! Drama korea yang saya tonton masa dalam pantang.Haha..
Sempat tengok sampai habis episod tapi tak tegok dari mula...nangis jugalah saya sebab sedih sangat bila Geum Hwa terpaksa mengharungi banyak halangan dalam percintaannya bersama Jung Woo.
Mak yang jaga saya dalam pantang pun suka tengok.Hihi..
Dan tak rugilah kalau korang tengok drama nie...memang best!

Sinopsis
Kang Geum Hwa has been happily married to Go Kyung Se for 10 years. She is a typical ahjumma – a housewife with love handles, thick glasses, and an ugly perm. Geum Hwa loves Kyung Se deeply and has always thought that he was the best as a father, husband, and head of the household. However, things took a dramatic turn after the reappearance of Kyung Se’s ex-schoolmate, Sae Mi. Geum Hwa found out that Kyung Se is a habitual liar. Their marriage eventually ended in divorce.
After the divorce, Geum Hwa struggled to find a job. Determined to start afresh, she decided to undergo plastic surgery. Beautiful and polished, she manages to find a job in an advertising agency and meets Kyung Se again. Can she overcome her divorce, achieve success and find a new love?

Munira :-)
Peminat drama korea.. hihi..

Tuesday, October 23, 2012

Cuti ke??

Assalamualaikum...

24.10.2012 - Ramai ke cuti??

Hari nie kat opis ada yang dah mula bercuti raya. Cuti bukan bermakna duduk depan TV atau saja² nak cuti. Biasanya orang cuti sebab ada hal mustahak dan kecemasan. Tapi hari nie orang cuti sebab hari raya Haji dah nak dekat. So, banyak keperluan seperti barang dapur yang belum di beli. Ada juga yang sibuk nak kemas rumah dan sebagainya.

Esok 25.10.2012, lagi ramai yang cuti sebab raya Haji jatuh pada 26.10.2012. Sesiapa yang sambut hari lahir pada raya Haji bolehlah sambut sekali...hihi:-)

Hari raya Haji tahun nie saya raya kat Keramat dulu bersama dengan Mak tersayang serta adik beradik yang lain. Petang raya baru gerak balik Melekek, Alor Gajah. Minggu depan kami sekeluarga pergi jalan² kat Penang...yeay!!!Aktiviti setiap tahun bagi kami adik beradik. Bawa anak² berjalan.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya AidilAdha 1433H. Selamat pulang ke kampung dan berhati² di jalan raya. Pe@ce!

Munira :-)
-kat opis atas kerusi...hihi.

Kursus Gubahan Bunga~


Assalamualaikum...

Apa yang terlintas di fikiran saya ialah nak belajar mengubah bunga. Saya ada juga tengok laman sosial yang menawarkan kursus tapi semuanya jangka panjang dengan bayaran yang dikenakan agak mahal.

Saya berminat nak belajar teknik mengubah bunga. Caranya agak simple pada pandangan saya. Manalah tahu suatu hari nanti saya ada kedai bunga...hihihi. Angan² bukan main lagi. Dari sekaranglah saya kena fikir macam mana cara nak menambah pendapatan keluarga.

Sejak dari saya menjual bunga di tapak Konvo UIA awal bulan ari tue, saya jadi berminat sangat dan ingin mengikuti kursus jangka pendek bagi mendalami lagi ilmu seni gubahan bunga.

Jika ada kenalan atau sahabat yang tahu mana² tempat yang boleh saya belajar bolehlah email saya di muniera_80@yahoo.com.

Terima kasih kepada kenalan/sahabat yang sudi baca blog yang tak seberapa ini :-)

Ceria Selalu :-) Munira

Wednesday, October 17, 2012

Bunga Oh! Bunga

 Assalamualaikum...

06-08.10.12 - Konvokesyen UIAM yg ke -28.

1st time menjual bunga.Hahaha...pengalaman baru saya sepanjang hidup saya. Memang seronok sangat bila dapat tapak untuk bisnes bunga pada Konvokesyen UIA. Plan nak jual bunga nie memang dari tahun lepas lagi lepas tgk kawan bisnes bunga boleh untung. So, my husband pun pakat dengan kawan nie utk jadi partner kalau dapat tapak masa konvo nie. Our wish came true!Thank Allah!Dengan modal yang ada kitaorg pun mulalah dengan bisnes menjual bunga.Hihihi :-)

1st day - Baby Ariq pun ikut sama sebab tak de siapa nak jaga. Kebetulan, ada kecemasan Mak dek saya meninggal dunia. Masa nie dah petang selepas urusan pengebumian selesai.So sad :(


Kesian baby Ariq terpaksa berpanas. Stroller pulak tak bawa. Memang tak rancang pun nak dtg sini.Next day baru baby tinggal dengan neneknya.Thanks Mak!

With my daugther (oppssss!!!)actually kawan baik...tp dia suka panggil saya Ibu.Hrmmm...maybe sebab mama dia jauh di Sarawak. 

Alhamdulillah, selepas 3 hari memerah keringat...berpanas bagai....tamatlah sudah perniagaan kami. Memang suatu pengalaman yang menarik. Lagipun saya memang suka dengan bunga. My husband pun sampai terfikir nak buka kedai bunga.Memang berbaloi bila berniaga nie. Ada rezeki insyallah tahun depan boleh bisnes bunga lagi.

Munira :-)


Tuesday, October 16, 2012

06.10.2012 - Al-Fatihah buat Mak Dek ~

Assalamualaikum...

Tanggal 6.10.12 - 5.00 pagi.

Perginya seorang ibu yang sangat disayangi oleh 11 orang anak yang telah di didik dengan sempurna. Itulah 'Mak Dek' ku, panggilan yang sering aku panggil sejak aku kecil lagi. Keadaannya bertambah serius bila doktor mengesahkan dia mengidap kanser hati. Ibu ini seorang yang tabah dan kuat semangat untuk meneruskan kehidupannya. Seorang isteri yang patuh pada suami. Seorang ibu yang penyayang pada anak²nya.

Seminggu sebelum meninggal, Mak Dek mengalami sesak nafas. Sejak dari itu keadaannya tidak menentu, darah pun semakin rendah.Hari Isnin (1.10.12) aku dan suami pergi melawatnya di Hospital Selayang. Hari Rabu (3.10.12) kali ke-2 aku melawatnya bersama Mak. Mak aku dengan Mak Dek adik beradik. Mak aku kakak kepada arwah.

Kami semua serta keluarga arwah redha dengan pemergiannya. Lagipun doktor dah beritahu pada anak² arwah tentang tahap kesihatan & jangka hayatnya.

Dari Dia kita datang...kepada Dia kita kembali.Tepat pkl 5.00pagi Mak Dek telah menghembuskan nafas terakhir. Aku terkejut apabila menerima panggilan dari anaknya. Aku termenung sejenak dan mula teringat wajah arwah yang ceria dan suka tersenyum. Semuanya hanya tinggal kenangan.

Semoga roh allahyarhamah dicucuri rahmat. Ameen.

-Munira-

Sophie Paris Malaysia


Assalamualaikum...

Kepada kawan² yang berminat ingin menjadi ahli Sophie bolehlah contact saya atau email di muniera_80@yahoo.com.

Untuk keterangan lanjut bolehlah layari http://www.sophieparis.com.my/.

Terdapat pelbagai barangan menarik seperti beg, kasut, baju, tali pinggang, aksesori wanita dll.

Jangan lupa berkunjung Sophie Paris Malaysia yang terletak di Petaling Jaya (HQ).

Munira :-)

Friday, October 5, 2012

Kenangan Lalu

Assalamualaikum... 

 4/10/2008 - 4/10/2012~ Jika arwah masih ada, dah genap 4 tahun umurnya. Al-Fatihah. Bila tiba bulan oktober, kenangan lama bermain di fikiran. Walaupun dah 4 tahun peristiwa itu berlalu, ia masih segar di ingatan aku, suami dan anak². Semoga 'Nur Aqilah Sofiya bt Nizam' gembira di sana. Di Syurga tempat yang abadi.

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers