Assalamualaikum...
Tanggal 6.10.12 - 5.00 pagi.
Perginya seorang ibu yang sangat disayangi oleh 11 orang anak yang telah di didik dengan sempurna. Itulah 'Mak Dek' ku, panggilan yang sering aku panggil sejak aku kecil lagi. Keadaannya bertambah serius bila doktor mengesahkan dia mengidap kanser hati. Ibu ini seorang yang tabah dan kuat semangat untuk meneruskan kehidupannya. Seorang isteri yang patuh pada suami. Seorang ibu yang penyayang pada anak²nya.
Seminggu sebelum meninggal, Mak Dek mengalami sesak nafas. Sejak dari itu keadaannya tidak menentu, darah pun semakin rendah.Hari Isnin (1.10.12) aku dan suami pergi melawatnya di Hospital Selayang. Hari Rabu (3.10.12) kali ke-2 aku melawatnya bersama Mak. Mak aku dengan Mak Dek adik beradik. Mak aku kakak kepada arwah.
Kami semua serta keluarga arwah redha dengan pemergiannya. Lagipun doktor dah beritahu pada anak² arwah tentang tahap kesihatan & jangka hayatnya.
Dari Dia kita datang...kepada Dia kita kembali.Tepat pkl 5.00pagi Mak Dek telah menghembuskan nafas terakhir. Aku terkejut apabila menerima panggilan dari anaknya. Aku termenung sejenak dan mula teringat wajah arwah yang ceria dan suka tersenyum. Semuanya hanya tinggal kenangan.
Semoga roh allahyarhamah dicucuri rahmat. Ameen.
-Munira-
No comments:
Post a Comment