Assalamualaikum...
Semalam saya ada beli majalah Harmoni keluaran baru, ada satu topik yang menarik minat saya untuk berkongsi kepada semua pembaca terutama ibu yang sedang hamil. Masa saya hamil pun tak pernah terfikir untuk mewarnakan rambut. Jadi, di sini ada tip untuk ibu hamil mengenai topik ini.
Bagi ibu hamil yang ingin melakukan rawatan dan proses mewarnakan rambut boleh mengikuti beberapa tip di bawah :-
- Jika boleh, tunggu sehingga kandungan telah masuk trimester kedua sebelum anda membuat keputusan untuk mewarnakan rambut. Pada peringkat ini, perkembangan dan pembesaran janin sudah melepasi peringkat yang berisiko.
- Pilih salun yang mempunyai ruang pengudaraan yang sempurna. Ia dapat memberikan manfaat kepada pernafasan anda.
- Pilih jenis pewarna rambut yang bebas ammonia. Mungkin sebelum menjejaki ke salun, anda boleh melakukan sedikit penyelidikan menerusi internet supaya anda lebih bersedia untuk bertanya kepada pakar kecantikan.
- Mungkin anda boleh menggunakan inai yang lebih semula jadi.
- Jika anda sendiri melakukan proses mewarnkan rambut, pakai sarung tangan semasa proses tersebut.
- Segera mencuci rambut anda selepas melakukan proses mewarnakan. Elakkan kulit kepala anda terdedah terlalu lama dengan bahan kimia.
-Happy Reading!-
No comments:
Post a Comment