Wednesday, March 27, 2013

Jom Balik Kampung

Assalamualaikum,

27-3-2013>> Hari yang sangat mengantuk buat saya. Haha. Maklumlah musim cuti sekolah.  

Memang sangat mengantuk. Tambah pula ramai staff yang bercuti. Esok giliran saya pula bercuti. Yeay!!
Dan, esok bos baru naik kerja setelah bercuti panjang. Giliran PA dia pula bercuti sakan.Hihi.

Cuti-cuti balik kampung ler. Lama tak balik. Boleh jalan-jalan kat Klebang ambik angin. Tue jela aktiviti bila balik Melaka. Nak jalan ke Bandar Hilir memang tak masuk dalam list sebab malas nak masuk bandar. Jem katanya. *_*

Apapun kita enjoy,ok!

Yang nak balik ke kampung semoga selamat sampai ke destinasi yang di tuju dan berhati-hati di jalan raya. 

Pe@ce ! ^_^


Tuesday, March 26, 2013

Minyak Kelapa Dara @ Virgin Coconut Oil - Catalyst

Assalamualaikum,


Saya baru je mencuba produk nie..baru je 1 botol. So far so good. Banyak juga khasiat produk nie...jom kita baca :-

  • Mengurangkan kadar kolestrol
  • Mengawal kencing manis
  • Mengatasi masalah penyakit degeneratif dan masalah usia umur lanjut
  • Tidak meningkatkan paras kelekitan platlet dalam darah
  • Tubuh lebih tahan serangan penyakit
  • Mendapatkan kembali keanjalan, kelembutan kulit
  • Pertumbuhan rambut lebih baik dan kemumur akan hilang
  • Terhindar dari gejala alahan
  • Mengelakkan risiko sakit kanser
  • Keadaan berdengkur akan hilang

"Minyak kelapa dara adalah minyak paling menyihatkan di dunia."
- Dr. Bruce Fife
Director of the Southern Colorado
Chapter of the Weston A. Price Foundation.

Happy reading ^_^

Monday, March 25, 2013

SEGMEN : MARI TAMBAH KENALAN DARI BLOG NI3L KP0P

Assalamualaikum,


>>58 followers

Jom join segmen mari tambah kenalan blog NI3L KPOP.Klik di SINI.

Tujuan segmen ini adalah untuk menambah follower dan mengeratkan silaturahim. Selain meningkatkan trafik blog kita boleh menambahkan kenalan. Apa lagi jom join! ^_^




Minggu Sukan Antara Jabatan UIAM

Assalamualaikum,

Fuh!Letihnya...panas tak ingat tapi saya gagahi jua untuk datang ke Kompleks Sukan (P) UIAM. Last saya join acara 'CAROM' nie tahun 2011. Tahun lepas tak masuk sebab pregnant. Hihi.

Gambar Hiasan

Hari Sabtu lepas bermulalah acara Carom. Sempat lagi training kat opis sebelum nak lawan. So  bolehlah biasakan jari-jemari nie nak menjentik striker. Pihak lawan nampak biasa je. Sama jelah macam saya nie. Lebih kurang je.

Seronok juga main Carom nie, boleh rehatkan diri dan bersantai kejap.

Ok! Dalam dewan nie memang panas,bahang...

Datang pula dengan buah hati dan anak-anak...semua turun padang. Yang kesian kat baby Ariq yang kepanasan tapi 'COOL". Masa tue ramai yang suka sangat jaga Ariq. Ariq tak meragam pun. Senang hati Ibu nak main game. -_*

Keputusannya...kami dapat tempat ke-3 dalam acara berpasangan (double).

Pukul 2.00 petang sambung lagi untuk acara Single. Ariq dah selamat hantar ke rumah abang sebab Mak ada kat sana. Sayang Mak!! Kesian kat Ariq sebab tak selesa nak tidur bila dalam dewan.

Keputusannya...saya dapat tempat ke-2. #Alhamdulillah.

Susah juga nak lawan dengan kakak tue (Kak Yati namanya). Main macam biasa je. Tapi skill dan selalu bermain tue yang membantu dia mendapat tempat pertama. #Tahniah.

Nasib baik satu hari je acara nie berlangsung, so Ahad boleh rehat.Yeay!!!

Happy Reading ^_^

Wednesday, March 20, 2013

Ditendang suami akibat Laman Sosial

Assalamualaikum,


Takutnya bila baca berita di harian Metro hari nie. Kisah seorang isteri yang ditendang dan dipukul suami dengan kayu selama 3 hari akibat asyik bersembang di laman sosial. Si isteri juga hanya di beri minum air 3 teguk sahaja.

Kejadian ini telah berlaku di Kepong.

Bagaimanapun, si isteri berjaya melarikan diri dan membuat laporan polis.

Itulah kesan buruk bila terlalu asyik bersembang di laman sosial sehinggakan tidak sedar suami pulang ke rumah.

Ini juga dijadikan pengajaran kepada saya dan semua pembaca.


Tuesday, March 19, 2013

The Greatest Advice

Assalamualaikum,






Rick Warren, the Purpose Driven Life


Don't date because you are desperate.
Don't marry because you are miserable.
Don't have kids because you think your genes are superior.
Don't philander because you think you are irresistible.

Don't associate with people you can't trust.
Don't cheat. Don't lie. Don't pretend.
Don't dictate because you are smarter.
Don't demand because you are stronger.

Don't sleep around because you think you are old enough & know better.
Don't hurt your kids because loving them is harder.
Don't sell yourself, your family, or your ideals.
Don't stagnate!

Don't regress.
Don't live in the past. Time can't bring anything or anyone back.
Don't put your life on hold for possibly Mr. Right.
Don't throw your life away on absolutely Mr. Wrong because your biological clock is ticking.

Learn a new skill.
Find a new friend.
Start a new career.
Sometimes, there is no race to be won, only a price to be paid for some of life's more hasty decisions.

To terminate your loneliness, reach out to the homeless.
To feed your nurturing instincts, care for the needy.
To fulfill your parenting fantasies, get a puppy.
Don't bring another life into this world for all the wrong reasons.

To make yourself happy, pursue your passions & be the best of what you can be.
Simplify your life. Take away the clutter.
Get rid of destructive elements: abusive friends, nasty habits, and dangerous liaisons.
Don't abandon your responsibilities but don't overdose on duty.

Don't live life recklessly without thought and feeling for your family.
Be true to yourself.
Don't commit when you are not ready.
Don't keep others waiting needlessly.

Go on that trip. Don't postpone it.
Say those words. Don't let the moment pass.
Do what you have to, even at society's scorn.

Write poetry.
Love Deeply.
Walk barefoot.
Dance with wild abandon.
Cry at the movies.

Take care of yourself. Don't wait for someone to take care of you.
You light up your life.
You drive yourself to your destination.
No one completes you - except YOU.

It isn't true that life does not get easier with age.
It only gets more challenging.
Don't be afraid. Don't lose your capacity to love.
Pursue your passions.

Live your dreams.
Don't lose faith in God.
Don't grow old. Just grow YOU!

When you give someone your time, you are giving them a portion of your life that you'll never get back.
Your time is your life. That is why the greatest gift you can give to someone is your time.
Relationships take time and effort, and the best way to spell love is T-I-M-E because the essence of love is not what we think or do or provide for others, but how much we give of ourselves.

God is good all the time!


Friday, March 15, 2013

Doa Isteri Solehah

Assalamualaikum...

Amiinn!!

Semoga doa kita dimakbulkan Allah s.w.t.

In Sha Allah.

Berdiam atau berkata

Assalamualaikum...


Ada orang suka bercakap. Ada orang suka berdiam diri.

Saya suka bercakap tapi tidak suka terlebih pandai bercakap.

Apa maksud terlebih pandai bercakap? Bercakap perkara yang kita tidak mengetahui kebenarannya tetapi sekadar tahu melalui bacaan dan sumber sahaja. Jika perkara itu bernas bolehlah di kongsikan bersama tetapi jika tidak ia boleh membawa erti yang tidak bermakna.

Lebih baik berdiam diri sahaja.

Takut bila kita tersalah kata atau terlebih kata. Kerana mulut badan binasa.

Semua ini boleh berpunca dari satu baris kata sahaja.

Saya berdoa kepada Allah supaya dijauhkan dari segala kejahatan dan didekatkan ke arah kebaikan.

In Sha Allah!

Pe@ce.

Monday, March 11, 2013

Kasih Sayang Suami Isteri

Assalamualaikum...


Hehe...tersenyum bila baca tips Ustaz Don tentang kasih sayang mengikut Sunnah Rasulullah s.a.w.

No. 2 dan 5, selalu buat. Alhamdulillah.

Yang lain-lain tue insya Allah boleh diamalkan.

Semoga menjadi panduan untuk saya dan ibu/mama/umi/mak dan suami diluar sana.







Ariq dan Baby Walker

Assalamualaikum...

Hari nie malas nak makan tengahari. Rasa badan dah naik sangat nie. Belum timbang berat lagi dah tau dah.
Sejak sebulan nie selera makan bukan main lagi. Adakah sebab penat atau stress. Tak tahulah.

Sabtu lepas pergi rumah Mak.

Seronok dapat bersembang dengan Mak. Bila cuti hujung minggu je dapat jumpa Mak. Kalau ikut kami semua balik kampung Melaka. Tapi sebab anak sekolah dan suami pun sibuk pindah opis so tak jadi balik.

Lama juga rasanya tak balik Melaka. Mak mertua pun ada call tanya balik ke tak. Rindu Mak (mertua) dengan cucunya.

Ariq, dah masuk 9 bulan. Perkembangan Ariq masih lagi angkat punggung macam nak duduk dan merangkak. Ariq bila kita dudukkan boleh je dia duduk tapi kena tengok juga takut terjatuh kebelakang. Lambat nak jalan sama macam abang-abangnya.

Walker tak beli lagi. Nie pun naik yang anak buah punya kat rumah Mak. Kira wakaf ler nie. Hehe.

Sabar ya Sayang...

Ada rezeki ibu belikan Ariq walker. Memang dalam plan nak beli sebab Ariq dah boleh berjalan guna walker. Hari tue dah survey kat Manjaku tapi belum tahu nak beli yang mana satu. Masih dalam pemilihan. Hihi.

Oklah nak sambung buat kerja.

Babai.



Thursday, March 7, 2013

Bubur Nasi Lobak Merah

Assalamualaikum....

Rindunya nak update blog. Petang nie baru ada masa terluang sikit nak tulis.

Kesibukan dengan kerja menyebabkan mood nak tulis tak de. Dari hari ke sehari nak update pasal baby Ariq yang dah kuat makan.


Suka betul bila tengok baby Ariq makan. Berselera betul dia. Hari minggu yang lepas saya ada buatkan bubur nasi campur lobak merah untuk menu baby Ariq. Selama nie saya banyak bagi nestum beras merah untuk baby Ariq. Bila hujung minggu baru ada masa nak masak bubur untuk baby Ariq. Kesian dia.

Kalau boleh saya nak masak bubur untuk bekalan baby Ariq ke nursery tapi kesuntukan masa dan keletihan menyebabkan semuanya tak jadi. Sebenarnya baby Aeriq ada Eczema. Jadi, makan semua nak kena jaga tak boleh yang ada telur, ikan bilis. Serupa macam abangnya, Zharfan.

Cuma bezanya dulu abangnya kena tukar susu Isomil -susu soya bukan susu lembu. Untuk baby Ariq saya bagi susu lembu sebab baby Ariq tak de alahan pada paru-paru.

Alhamdulillah bila bagi bubur nasi nie...bukan main berselera baby Ariq makan. Ibu lihat pun senang hati dan gembira. Setiap ibu pasti ingin anaknya makan dan minum dengan baik supaya sihat dan cergas kan!

Kepada ibu-ibu yang ada masalah anak ada Eczema memang kena banyak bersabar dan berdoa.

Ok! Happy reading!




Friday, March 1, 2013

Kes Wang Lisa Surihani, Ibu Lesap dari Akaun

Bekas kerani didakwa


Kuantan - Seorang wanita yang dipercayai menjadi dalang disebalik kehilangan wang milik pelakon popular Lisa Surihani dan ibunya dihadapkan ke mahkamah kerana melakukan pecah amanah dan mengeluarkan wang milik pelanggannya berjumlah RM50,772.40.

Tertuduh yang juga bekas kerani bank, Shawalinah Jaffar, 31 dari Kudat, Sabah, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan itu selepas pertuduhan dibacakan kepadanya di depan Majistret Tuan Ruzuaini Tuan Lah.

18 Mac depan ditetapkan sebagai tarikah sebutan semula kes terbabit.

-Sumber-






Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers