Showing posts with label Masterchef Selebriti Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Masterchef Selebriti Malaysia. Show all posts

Tuesday, June 25, 2013

Syura Juara Masterchef Selebriti Malaysia ke-2

Assalamualaikum,

Dag..dig..dug!Berdebar-debar bila nak dengar pengumuman Juara Masterchef Selebriti Malaysia ke-2. Anak-anak dah tidur cuma Ariq je belum tidur. Masih nak main-main lagi dengan Ayahnya. Ibu pula asyik sangat tengok Masterchef. Hehe.

Bila diumumkan Syura sebagai Juara Masterchef Selebriti, perasaan gembira dan sedih mula menguasai diri. Apalagi bila Syura memberi ucapan yang menusuk hati. Sob..sob..sob! Bukan senang nak masak dan memuaskan hati orang. Syura telah berjaya membuktikannya. Syura berhak menerima anugerah ini.


Tahniah diucapkan pada Syura. Saya bangga dengan semangat dan keyakinan Syura. Yes!
Tahniah juga pada Celina (tempat ke-2) walaupun tidak berjaya. Kedua-duanya pandai memasak pelbagai jenis. Banyak pengetahuan dan pengalaman yang mereka perolehi daripada chef² yang profesional.

Tahniah sekali lagi! :-)




Wednesday, June 19, 2013

(Masterchef Selebriti 2) Siapa kata Che Ta tak pandai masak??

Assalamualaikum,

Siapa kata??Meh habaq kat chek sikit!(kemain loghat utara..betul ke?)Haha.

Malam tadi tengok Masterchef Selebriti makin semangat nak tengok Che Ta masak. Tak sangka Che Ta pandai masak. Masakan melayu boleh...masakan western pun boleh je...hrmmm...pandai rupanya Che Ta masak...hehe. Kami sekeluarga memang dari episod 1 tengok Masterchef nie. Maklumlah cik abang saya pun suka memasak. Sekarang pula dah nak ke suku akhir dah. Tak sabar nak tengok Che Ta masak hari Sabtu nie. Agaknya apalah cabaran untuk mereka nanti. Tetiba tersuka pula dengan Che Ta. Dah ler cantik, pandai berlakon, pandai memasak...untunglah Zain Saidin.Hikhikhik  ^_^


Peserta yang berjaya ke suku akhir ialah Rozita Che Wan, Celina, Syura dan Kenchana Devi. Semua perempuan. Tahun lepas Masterchef Selebriti 1 dimenangi oleh Dato' Fazli. Tahun nie belum tahu lagi. Mungkinkah Che Ta atau Celina.Kita tunggu aje wokeh!

Sejak ada rancangan nie sedikit sebanyak membantu saya untuk memasak. Saya masak yang simple-simple bolehlah. Lauk untuk anak-anak pun bukan susah. Nasib baik anak-anak tak cerewet makan atau memilih lauk. Apa ibu atau ayah masak tuelah mereka makan. Good boy..hehe.

Oklah kita tunggu aje hari Sabtu nie pukul 9.00 malam di AstroRia 104 atau 134. Harapan saya semoga Che Ta menang!!Oppss...hehe.(dah jadi peminat Che Ta lah pula).

Monday, May 13, 2013

{Masterchef Selebriti Malaysia 2} Pak Nil tarik diri

Assalamualaikum,

Orang lain dah lama update cerita nie tapi saya baru nak tulis kisah Pak Nil yang tiba-tiba menarik diri. Ini sebab saya suka tengok Masterchef. Rancangan yang memaparkan kehebatan selebriti Malaysia dalam bidang masakan.


Sob..sob...sedih bila Pak Nil mengumumkan untuk tarik diri dalam rancangan Masterchef Selebriti Malaysia 2 pada hari Ahad yang lalu. Pada ujian sajian pantas, Michael Ang telah mendapat pujian terendah dan tersingkir, tetapi nasib baik menyebelahi Michael Ang kerana dengan keputusan Pak Nil itu Michael Ang dapat meneruskan perjuangannya dalam Masterchef ini.

Pak Nil atau Datuk Aznil Hj Nawawi telah mengambil keputusan untuk mengundur diri kerana ingin menjaga ibunya yang sedang sakit. Terharu rasanya. Semoga ibu Pak Nil cepat sembuh dan sihat.





Monday, April 29, 2013

{MasterChef Selebriti Malaysia Musim Ke-2} Zain Tersingkir

Assalamualaikum,

Musim kuali panas sudah bermula. Selebriti Malaysia mula menunjukkan bakat masakan mereka dalam rancangan 'MasterChef Selebriti Malaysia Musim ke-2'.

Sepanjang tengok MasterChef nie, tiada lagi apa-apa yang 'HoT' tapi malam tadi bermulalah episod panas apabila Zain telah tersingkir di dalam ujian penyingkiran. Dengan tema buah-buahan, Zain Saidin gagal memberi masakan yang disukai oleh Chef.



Dan tindakan Zain yang menyalahkan Chef dalam episod malam tadi sungguh mengecewakan ramai pihak. Saya juga tidak bersetuju dengan cara Zain menggunakan panggilan 'awak' kepada Chef. Sungguh kurang sopan. Inikah budi bahasa yang  Zain gunakan bila dalam keadaan marah?

Tepuk dada tanyalah selera.

Hak keadilan adalah di tangan Chef. Mereka lagi banyak pengalaman dalam bidang masakan. Semua Chef adalah Profesional. Usah dipertikaikan lagi.

Harap Zain memohon maaf pada Chef dan sedar akan kesilapan yang telah dibuat. Tak payah tunggu hari raya baru nak minta maaf,okay!

Tak sabar tunggu episod seterusnya....




Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers