Monday, June 17, 2013

Sofia Shakira in the house!

Assalamualaikum,

Hai semua. Semoga rakan-rakan saya sihat aje. Maklumlah sekarang nie musim jerebu. Alhamdulillah anak-anak semua sihat. Oppss...nie nak cerita pasal 'orang baru' dalam keluarga kami. Nama diberi Sofia Shakira...kata abang saya dia bermimpi dan nama ini telah ditakdirkan...wahhh...hehe.

Apapun mama dan baby selamat dan sihat. Berat masa lahir 2.5kg. Comel je!Nak tengok gambar nie meh sini....tadaaa...

Hai...nama manja saya Sofia...hehe.
Gambar nie sempat lagi saya ambil masa berkunjung ke rumah abang di Subang Suria. Dah lama dah bersalin tapi kitaorang reramai baru datang melawat.Hehe..sori ya sebab lambat. Semuanya sibuk belaka.(kononn)

Mak pun abang dah import dari rumah untuk jaga baby dalam pantang. Macam saya dululah. Seronok je bila dalam pantang..hurmm...rasa macammmm nakkk....tettt.Ishh...jangan nak mengarut ya. Ariq baru nak belajar berjalan. Berjalan pun belum sibuk nak adik. Soriii...


Hah!Nielah gambar anak-anak buahku (termasuk anak sendiri). Peace yoo!! Kemain seronok diorang bila jumpa dengan pak sedara dia (abang saya). Sebabnya abang saya nie suka melayan anak buah dia. Bila dah ada anak sendiri lagilah bertambah seronok dia. Anak pertamalah katakan....

Semoga kami sekeluarga dilimpah rezeki dan kesihatan yang baik. Dan anak-anak menjadi anak yang berguna di dunia dan akhirat. Aminnn...

Happy reading!!

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers