Wednesday, June 19, 2013

(Masterchef Selebriti 2) Siapa kata Che Ta tak pandai masak??

Assalamualaikum,

Siapa kata??Meh habaq kat chek sikit!(kemain loghat utara..betul ke?)Haha.

Malam tadi tengok Masterchef Selebriti makin semangat nak tengok Che Ta masak. Tak sangka Che Ta pandai masak. Masakan melayu boleh...masakan western pun boleh je...hrmmm...pandai rupanya Che Ta masak...hehe. Kami sekeluarga memang dari episod 1 tengok Masterchef nie. Maklumlah cik abang saya pun suka memasak. Sekarang pula dah nak ke suku akhir dah. Tak sabar nak tengok Che Ta masak hari Sabtu nie. Agaknya apalah cabaran untuk mereka nanti. Tetiba tersuka pula dengan Che Ta. Dah ler cantik, pandai berlakon, pandai memasak...untunglah Zain Saidin.Hikhikhik  ^_^


Peserta yang berjaya ke suku akhir ialah Rozita Che Wan, Celina, Syura dan Kenchana Devi. Semua perempuan. Tahun lepas Masterchef Selebriti 1 dimenangi oleh Dato' Fazli. Tahun nie belum tahu lagi. Mungkinkah Che Ta atau Celina.Kita tunggu aje wokeh!

Sejak ada rancangan nie sedikit sebanyak membantu saya untuk memasak. Saya masak yang simple-simple bolehlah. Lauk untuk anak-anak pun bukan susah. Nasib baik anak-anak tak cerewet makan atau memilih lauk. Apa ibu atau ayah masak tuelah mereka makan. Good boy..hehe.

Oklah kita tunggu aje hari Sabtu nie pukul 9.00 malam di AstroRia 104 atau 134. Harapan saya semoga Che Ta menang!!Oppss...hehe.(dah jadi peminat Che Ta lah pula).

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers