Tuesday, June 25, 2013

Syura Juara Masterchef Selebriti Malaysia ke-2

Assalamualaikum,

Dag..dig..dug!Berdebar-debar bila nak dengar pengumuman Juara Masterchef Selebriti Malaysia ke-2. Anak-anak dah tidur cuma Ariq je belum tidur. Masih nak main-main lagi dengan Ayahnya. Ibu pula asyik sangat tengok Masterchef. Hehe.

Bila diumumkan Syura sebagai Juara Masterchef Selebriti, perasaan gembira dan sedih mula menguasai diri. Apalagi bila Syura memberi ucapan yang menusuk hati. Sob..sob..sob! Bukan senang nak masak dan memuaskan hati orang. Syura telah berjaya membuktikannya. Syura berhak menerima anugerah ini.


Tahniah diucapkan pada Syura. Saya bangga dengan semangat dan keyakinan Syura. Yes!
Tahniah juga pada Celina (tempat ke-2) walaupun tidak berjaya. Kedua-duanya pandai memasak pelbagai jenis. Banyak pengetahuan dan pengalaman yang mereka perolehi daripada chef² yang profesional.

Tahniah sekali lagi! :-)




No comments:

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers