Friday, April 25, 2014

Pengalaman Bersalin Siri 1

Assalamualaikum,

Saya mula disahkan mengandung pada bulan 6 tahun 2013. Memang tak sangka saya mengandung lagi sebab anak yang kecil baru berusia 1 tahun.

Mula-mula memang susah saya nak terima, tetapi dengan rasa positifnya saya terima dan bersyukur dengan pemberian dariNya.

Okay, sekarang saya cerita pula pengalaman bersalin yang kali ke-7 aka anak yang ke-5.

Seminggu sebelum bersalin saya mengalami demam. Rasa sakit kepala dan sakit satu badan. Waktu nie saya dah 35 minggu. Saya pun pergi klinik kesihatan untuk buat checkup bulanan. Saya pun beritahu saya demam dan tak larat sangat. Bila check urine, nurse beritahu air kencing kotor, -1.

Saya dirujuk ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Lima hari saya di tahan di wad bersalin sebab demam denggi. Pertama kali kena demam denggi memang rasa susah hati. Maklumlah dah dekat nak bersalin boleh demam pula.Hari-hari kena ambil darah. Huh! Letih. Sampai lebam-lebam tangan kena cucuk.

Takut bila platlet darah makin membimbangkan. Air botol dah banyak masuk dalam badan.
Akhirnya sup ketam juga pengubatnya. Platlet darah dah naik. Alhamdulillah. Saya pun dibenarkan keluar wad. Rindu betul dengan anak-anak di rumah. Kesian kat suami kena jaga 4 orang anak di rumah.

Okay.Nak sambung tapi kesuntukan masa.

Tunggu siri 2 pula. ^_^ Selamat membaca!

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers