Thursday, October 30, 2014

Cerita Lexee

Assalamualaikum,

Semoga rakan-rakan semua dalam keadaan sihat walafiat.

Nak cerita pasal Lexee, pad yang sangat popular sekarang. Dah lama saya gunakan Lexee. Alhamdulillah, sangat berkesan dan sesuai dengan saya.

Nak tahu tak?
90% wanita mengalami masalah awalan berkaitan sakit puan.

Kronologi masalah sakit puan

Sebelum 1970, kurang kes sakit puan kerana wanita pada ketika itu menggunakan kain sebagai ganti tuala wanita pakai buang.
Selepas tahun 1970, apabila tuala wanita pakai buang diperkenalkan di Malaysia, kes-kes kanser/sakit puan meningkat secara mendadak.

Takutkan?
Oleh itu, saya mengambil langkah pencegahan lebih awal dengan menggunakan Lexee sepanjang hari saya. Sangat selesa dan tiada lagi masalah keputihan serta kegatalan.

Nak cuba?
Boleh contact atau PM/Whatsapp 014-9980785.

Luv,



Wednesday, October 22, 2014

Ceramah Perdana 'Hijrah Rohani'

Assalamualaikum,

Mari kita sebarkan ceramah perdana yang di adakan pada 25 Oktober 2014 pukul 8 malam di SMK Tengku Temenggong, Kendong Ulu, Ledang.

Semoga usaha murni ini mendapat manafaat kita bersama.


Semua di jemput hadir....

Terima kasih.


Friday, October 17, 2014

Check Up 8 Bulan

Assalamualaikum,

Semalam ambil cuti bawa Arif pergi check up 8 bulan. Tak de cucuk pun untuk 8 bulan. Cuma check berat, ukur kepala dan tinggi. Berat dah naik 7.3kg. Nasib baik berat Arif naik. Lega ibu...
Duduk kat nurseri makin kuat makanlah. Telur pun dah cuba bagi kat Arif, Alhamdulillah Arif boleh makan telur. Tak de alaham macam Ariq.


Gambar nie masa dalam perjalanan ke klinik. Sempat lagi ibu selfie. Haha.

Thursday, October 9, 2014

Rezeki Allah itu Luas


Assalamualaikum,

Rezeki Allah itu luas. Kerja apa saja asalkan halal di sisi agama.
Walaupun gaji kecik tapi kita ada peluang untuk berusaha cari rezeki lain seperti berniaga, buat part time dan sebagainya.


Apa yang penting kita jangan mudah putus asa. InshaAllah rezeki untuk kita pasti ada. 
Berusaha...dan teruskan usaha.

Sharing is caring,


Wednesday, October 8, 2014

Ibadah Camp Day 2 & 3

Assalamualaikum,

Walaupun dah berlalu, saya nak berkongsi beberapa aktiviti yang telah kami buat semasa di sana.
Sesi yang paling bernilai pada saya ialah dapat menunaikan qiyammulail secara berjemaah. Lama sangat rasanya tak buat qiyammulail.

Di antara program kami semasa di Harmony Excellence ialah berQasidah, ceramah dan group discussion. Tapi ada juga aktiviti 'free and easy' ada buat games. Permainan ala2 zaman sekolah. Just for fun.

Kumpulan Beruang Comel
Salah satu group...tapi bukan group saya. Kami buat mind mapping berdasarkan tajuk yang diberi.

Topik amalan Sunnah

Lepas tulis-tulis semua kenalah bentangkan...kan. Fuh...malunya rasa nak bercakap depan orang ramai. Kadang-kadang kena juga bercakap kat depan kalau ketua suruh. Huhu.



Antara slide yang dikongsi oleh Ustaz Idzhar Jumali. NLP dan memahani insan. Boleh juga digunakan pada anak-anak kita.

Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Makan pun sedap.
Cuma perjalanannya agak berliku, pening kepala.


Tuesday, October 7, 2014

Salam AidilAdha 1435H/2014

Assalamualaikum,

Allahuakbar! Allahuakbar!

Sayu hati bila dengar takbir bergema.
Teringat insan - insan yang telah pergi meninggalkan kita terlebih dahulu.
Mari sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat insan yang kita sayang.

Okay, jangan sedih-sedih di pagi raya.
Masak apa tue? Menu raya apa?

Tahun nie raya sambut kat kampung....di Melaka. Jauh sangatkan.
Bila ada anak kecik nie memang jaga anak jela. Nak tolong masak pun tak sempat. Memang kakak ipar yang selalu masak. Lagipun kakak masak lagi sedap. Haha.

Jadinya, menu kita pada hari raya ialah rendang daging, kari ayam kampung, sup tulang, ketupat pulut dan nasi impit. Tahun nie tak buat lemang. Dapat lemang dari jiran sebelah. Tue pun tak merasa lemang tak tahu kenapa. Anak-anak memang suka lemang, 2 batang memang tak cukup. Hehe.

Walaupun raya dah lepas saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiadha pada semua yang mengenali diri saya secara langsung atau tak langsung.

Salam,




Friday, October 3, 2014

Kisah Ibu Lima Anak

Assalamualaikum,

Baca tajuk kat atas. Sesuai tak?

Sebenarnya dah lama saya nak kongsi kisah hidup saya bersama hero-hero seramai lima orang.
Rasanya ada lagi yang anak ramai dari saya. Tapi pada zaman sekarang, serba serbi naik harga secara tak langsung ramai yang merancang untuk mempunyai anak dua atau tiga orang sahaja.

Cerita bab anak, saya pun tak sangka telah mempunyai lima orang anak. Dari tahun 2002 hinggalah tahun 2014. Noktah. Cukuplah sampai di sini saja.

Ketentuan atau takdir Allah tiada siapa boleh menghalang. Kita hanya merancang tetapi Allah yang menentukan. Pada tahun 2002, saya selamat melahirkan bayi lelaki. Tahun 2003, saya mengandung tetapi mengalami keguguran pada usia kandungan 5 bulan lebih. Sayang sangat sebab bayi perempuan. Tahun 2004, saya melahirkan bayi lelaki lagi. Okay. Saya berehat sebentar untuk fokus pada anak-anak.

Ditakdirkan pada tahun 2006 saya disahkan mengandung. Harapan tue memang nak anak perempuan. Tetapi bayi lelaki juga selamat saya lahirkan pada tahun 2007. Alhamdulillah. Semuanya kuasa Allah. Saya terima tanpa bersungut. Tahun 2008, tanpa disedari saya mengandung lagi. Memang rapat. 4 Oktober 2008, lahirlah seorang puteri. Ya Allah, ibu mana tak gembirakan?

Sesungguhnya Allah Maha Besar dan Maha Mengetahui. Bayi saya disahkan menghidapi 'Edward Sindrom'. Penyakit yang jarang berlaku nisbah 1:3000. Hatu luluh. Sedih. Tetapi saya dan suami cekalkan hati dan kuatkan semangat menerima apa saja yang doktor akan beritahu.

Semua suka dan mengucapkan tahniah di atas kelahiran bayi perempuan. Akhirnya dapat juga bayi perempuan seperti yang diimpikan. Ya. Betul. Memang saya suka dan sayang sangat dengan  Nur Aqilah Sofiya. 26 Oktober 2008, pagi yang redup dan tenang, seorang jururawat menelefon saya beritahu bayi saya sedang tenat. Ya Allah terus mengalir air mata ini. Dengan anak-anak yang masih kecil kami tinggalkan bersama abang. Beritahu mak dan terus pergi ke hospital.

Airmata dah kering. Masuk ke NICU saya terus meluru ke arah bayi saya. Memang dia sedang sakit, menahan sakit dan tenat. Saya setia menunggu dan melihat komputer yang tertera gerakan nafas dan jantungnya. Semakin lama semakin lemah. Hati saya dah berdebar bila nafas bayi semakin lemah dan terus tiada. Saya panggil nurse dan doktor untuk melihat keadaan anak saya.

Hanya menunggu masa saja. Saat-saat terakhirnya. Saya usap pipinya, wajahnya serupa seperti abangnya.Depan mata saya melihat anak saya menhembuskan nafas yang terakhirnya. Pergilah sayang...ibu redha. Ibu redha sayang...
Semoga sayang tenang di sana bersama bidadari syurga.

Al-Fatihah~
Nur Aqilah Sofiya
04/10/2008 - 26/10/2008

Tahun 2012, saya selamat melahirkan bayi lelaki, Genap setahun  Ariq saya disahkan mengandung dan selamat melahirkan Arif secara c-ser pada 03 Februari 2014.

Semuanya lima lelaki. Alhamdulillah....





Thursday, October 2, 2014

Hari pertama Arif di Childcare

Assalamualaikum,


1 Oktober 2014, hari melaporkan diri kat Childcare.
Awal lagi Arif dah bangun. Memang selalu gitu. Cuma ibu kelam kelibut sikit sebab selalu Arif tinggal dengan Mak (neneknya).

Sedih pula mak bila Arif dah duduk nurseri. Rindu.
Semalam pun mak call tanya khabar Arif. Macam mana Arif. Ok ke?
Hehe. Nampak betul rindu kat cucu.


Alhamdulillah. Hari pertama Arif sangat baik. Tak menangis pun. Serius. Selalu dia tak nak dengan orang yang tak kenal. Bagus betul cikgu nie. Dah banyak pengalamankan. Sebab tue saya sayang Educare.

Arif dah 8 bulan baru dapat masuk Childcare UIA. Kena ikut giliran. Ramai betul.

Semalam cikgu beritahu Arif tidur lama dan suka makan, Tak meragam sangat. Ibu kat pejabat risau juga bila terkenangkan Arif, takut Arif menangis aje.

Saya percaya pada taska yang saya hantar untuk menjaga Arif dengan baik. InshaAllah.

Ok. Selamat membaca...




Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers