Monday, March 11, 2013

Ariq dan Baby Walker

Assalamualaikum...

Hari nie malas nak makan tengahari. Rasa badan dah naik sangat nie. Belum timbang berat lagi dah tau dah.
Sejak sebulan nie selera makan bukan main lagi. Adakah sebab penat atau stress. Tak tahulah.

Sabtu lepas pergi rumah Mak.

Seronok dapat bersembang dengan Mak. Bila cuti hujung minggu je dapat jumpa Mak. Kalau ikut kami semua balik kampung Melaka. Tapi sebab anak sekolah dan suami pun sibuk pindah opis so tak jadi balik.

Lama juga rasanya tak balik Melaka. Mak mertua pun ada call tanya balik ke tak. Rindu Mak (mertua) dengan cucunya.

Ariq, dah masuk 9 bulan. Perkembangan Ariq masih lagi angkat punggung macam nak duduk dan merangkak. Ariq bila kita dudukkan boleh je dia duduk tapi kena tengok juga takut terjatuh kebelakang. Lambat nak jalan sama macam abang-abangnya.

Walker tak beli lagi. Nie pun naik yang anak buah punya kat rumah Mak. Kira wakaf ler nie. Hehe.

Sabar ya Sayang...

Ada rezeki ibu belikan Ariq walker. Memang dalam plan nak beli sebab Ariq dah boleh berjalan guna walker. Hari tue dah survey kat Manjaku tapi belum tahu nak beli yang mana satu. Masih dalam pemilihan. Hihi.

Oklah nak sambung buat kerja.

Babai.



Thursday, March 7, 2013

Bubur Nasi Lobak Merah

Assalamualaikum....

Rindunya nak update blog. Petang nie baru ada masa terluang sikit nak tulis.

Kesibukan dengan kerja menyebabkan mood nak tulis tak de. Dari hari ke sehari nak update pasal baby Ariq yang dah kuat makan.


Suka betul bila tengok baby Ariq makan. Berselera betul dia. Hari minggu yang lepas saya ada buatkan bubur nasi campur lobak merah untuk menu baby Ariq. Selama nie saya banyak bagi nestum beras merah untuk baby Ariq. Bila hujung minggu baru ada masa nak masak bubur untuk baby Ariq. Kesian dia.

Kalau boleh saya nak masak bubur untuk bekalan baby Ariq ke nursery tapi kesuntukan masa dan keletihan menyebabkan semuanya tak jadi. Sebenarnya baby Aeriq ada Eczema. Jadi, makan semua nak kena jaga tak boleh yang ada telur, ikan bilis. Serupa macam abangnya, Zharfan.

Cuma bezanya dulu abangnya kena tukar susu Isomil -susu soya bukan susu lembu. Untuk baby Ariq saya bagi susu lembu sebab baby Ariq tak de alahan pada paru-paru.

Alhamdulillah bila bagi bubur nasi nie...bukan main berselera baby Ariq makan. Ibu lihat pun senang hati dan gembira. Setiap ibu pasti ingin anaknya makan dan minum dengan baik supaya sihat dan cergas kan!

Kepada ibu-ibu yang ada masalah anak ada Eczema memang kena banyak bersabar dan berdoa.

Ok! Happy reading!




Friday, March 1, 2013

Kes Wang Lisa Surihani, Ibu Lesap dari Akaun

Bekas kerani didakwa


Kuantan - Seorang wanita yang dipercayai menjadi dalang disebalik kehilangan wang milik pelakon popular Lisa Surihani dan ibunya dihadapkan ke mahkamah kerana melakukan pecah amanah dan mengeluarkan wang milik pelanggannya berjumlah RM50,772.40.

Tertuduh yang juga bekas kerani bank, Shawalinah Jaffar, 31 dari Kudat, Sabah, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan itu selepas pertuduhan dibacakan kepadanya di depan Majistret Tuan Ruzuaini Tuan Lah.

18 Mac depan ditetapkan sebagai tarikah sebutan semula kes terbabit.

-Sumber-






Wednesday, February 27, 2013

Bolehkah Warnakan Rambut Semasa Hamil?

Assalamualaikum...

Semalam saya ada beli majalah Harmoni keluaran baru, ada satu topik yang menarik minat saya untuk berkongsi kepada semua pembaca terutama ibu yang sedang hamil. Masa saya hamil pun tak pernah terfikir untuk mewarnakan rambut. Jadi, di sini ada tip untuk ibu hamil mengenai topik ini.


Bagi ibu hamil yang ingin melakukan rawatan dan proses mewarnakan rambut boleh mengikuti beberapa tip di bawah :-

  • Jika boleh, tunggu sehingga kandungan telah masuk trimester kedua sebelum anda membuat keputusan untuk mewarnakan rambut. Pada peringkat ini, perkembangan dan pembesaran janin sudah melepasi peringkat yang berisiko.
  • Pilih salun yang mempunyai ruang pengudaraan yang sempurna. Ia dapat memberikan manfaat kepada pernafasan anda.
  • Pilih jenis pewarna rambut yang bebas ammonia. Mungkin sebelum menjejaki ke salun, anda boleh melakukan sedikit penyelidikan menerusi internet supaya anda lebih bersedia untuk bertanya kepada pakar kecantikan.
  • Mungkin anda boleh menggunakan inai yang lebih semula jadi.
  • Jika anda sendiri melakukan proses mewarnkan rambut, pakai sarung tangan semasa proses tersebut.
  • Segera mencuci rambut anda selepas melakukan proses mewarnakan. Elakkan kulit kepala anda terdedah terlalu lama dengan bahan kimia.

-Happy Reading!-

Tuesday, February 26, 2013

Tip Tidurkan Bayi Dengan Betul


Assalamualaikum...

Tip Untuk Tidurkan Bayi Dengan Betul

Beberapa tip yang boleh anda cuba untuk menidurkan bayi. Mungkin selepas ini bayi anda tidak perlukan buaian lagi ^_^

* Riba bayi
Ini sesuai untuk bayi yang masih kecil agar dapat keselesaan serta lena dalam tidur. Sambil menggerakkan paha anda serta mengusap lembut kepala mereka dapat melekakan mereka untuk tidur. Dalam masa yang sama bayi tidak boleh dipaksa jika mereka belum bersedia atau belum selesa untuk tidur.

* Dodoikan anak
Dengan memeluk erat akan memberikan keselesaan kepada bayi apabila berada didalam dakapan anda. Dalam masa yang sama ia akan terjaga bila anda meletakkan mereka sebelum mereka benar-benar lena.

* Dukung Pada Bahu
Dukung bayi anda di bahu sambil menggerakkan badan serta menepuk-nepuk lembut belakang bayi agar mereka bertambah selesa.

* Dukung Muka Ke Bawah
Cara begini akan memberi keselesaan pada bayi terutamanya bayi yang mengalami masalah kembung perut. Dengan mengurut perlahan-lahan dari atas ke bawah.

* Tepuk Bayi
Ini lebih sesuai apabila bayi akan berasa selesa apabila anda dengan diri mereka dekat. Anak-anda akan merasakan selamat bila mereka ada benar-benar dalam dakapan anda. Peluk anak anda dan tepuk secara beirama.

* Makanan Awal
Adakalanya apabila bayi lapar akan membuatkan mereka sukar untuk melelapkan mata. Oleh itu sebelum anda menidurkan mereka pastikan anak anda dalam keadaan kenyang. Selain minum susu anda boleh menyuapkan mereka makanan mengikut kesesuaian dan rehatkan mereka sebelum tidur.

* Urutan Pada Bayi
Urutan diseluruh badan bayi termasuk tangan, kaki. Lakukan urutan selama lakukan selama lima minit sebelum bayi tidur agar dapat memberi keselesaan pada bayi.


-Sumber-



Monday, February 25, 2013

Macho tak saya?

Assalamualaikum...

Macho tak? ^_^


Ala tomel-tomel...

Siapa yang edit gambar baby Ariq nie? Siapa lagi kalau bukan abang saya. Dia memang suka ambil gambar Ariq lepas tue edit sikit. Macam gambar kat atas tue...hehe.


Thursday, February 21, 2013

Keluargaku Sayang

Assalamualaikum...

Salam Jumaat kepada semua pembaca blog ;-)

Tahun nie umur nak masuk 33 tahun. Rasa macam baru semalam je bernikah dengan suami tercinta. Sekarag anak dah 4 orang. Hmm...memang betul kata orang masa semakin cepat berlalu. Anak-anak pun dah semakin membesar.

Teringat pula masa kita kecik-kecik dulu. Bila tengok gambar lama memang rindu saat kanak-kanak. Masa tue ingat nak main je...semuanya happy. Bila dah berkeluarga baru tahu macam mana susah dan senang membentuk keluarga yang bahagia dan sempurna.


Setelah 11 tahun kami mengharungi hidup suami isteri, inilah zuriat yang telah Allah kurniakan kepada kami. Alhamdulillah. Akan ku jaga dan kudidik anak-anak ini dengan didikan agama dan kasih sayang.

Ya..Allah! Aku bersyukur dengan pemberianmu ini. Sesungguhnya Engkau Maha Kaya.

Keluarga adalah segalanya....




Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers