Wednesday, December 16, 2009
Tips Kecantikan Untuk Wanita
Semoga sedikit tips dibawah dapat membantu kita wanita terutamanya yang berusia 30-an “memaintainkan” kesihatan dan keterampilan diri.
a) Kawal pemakanan Proses penuaan dapat dilambatkan jika kita mengamalkan pemakanan yang seimbang. Banyakkan makanan berserat tinggi, sayur dan buah-buahan. Kurangkan makanan berlemak, minuman yang mengandungi banyak kafien, minuman ringan dan makanan ringan.
b) Guna Pelembap yang sesuai Apabila umur kita menjangkau 30-an, keanjalan dan kelembapan kulit semakin kurang. Oleh itu penggunaan krim pelembab sangat diperlukan. Carilah pelembab yang sesuai dengan kulit muka masing-masing. Haruslah diingatkan yang krim muka jenama popular dan mahal tidak semestinya sesuai dengan jenis kulit kita.
c) Cuba elakkan dari pancaran cahaya matahari Jangan biarkan muka anda banyak terdedah kepada cahaya matahari didalam jangkamasa yang panjang. Pendedahan yang lama bukan saja dapat menggelapkan kulit, ianya juga dapat mengurangkan kelempapan kulit yang membawa kepada kekeringan.
d) Sentiasa bersenam Bersenam mampu meningkat keupayaan dan kesihatan. Pastikan kita melakukan senaman ringan setiap hari selepas bangun tidur. Dan kalau ada masa, lakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.
e) Minum banyak air Kekeringan dan gejala penuaan boleh diperlambatkan dgn. meminum banyak air. Ini kerana air adalah aset penting untuk kesihatan tubuh badan terutamannya kulit muka. Kekurangan jumlah air dalam badan boleh menyebabkan kita mudah diserang pelbagai penyakit. Selain itu, air penting untuk proses penghadaman dan penyingkiran toksin dalam tubuh badan.
f) Makanan tambahan Pengambilan vitamin adalah amat digalakkan untuk wanita 30-an. Kesibukkan dengan tugasan dipejabat dan dirumah menyebabkan kebanyakkan wanita jarang mengamalkan pemakanan seimbang. Jadi pengambilan vitamin dapat membantu menyelesaikannya.
g) Elakkan bermekap tebal Wanita 30-an seelok-eloknya menggunakan mekap yang nipis dan bersederhana. Cuba elakkan dari menggunakan foundation yang tebal serta lipstik yang merah menyala. Ianya akan membuatkan wanita ini nampak lebih tua dan garang.
h) Positif, ceria dan selalu bersama yang tersayang Wanita 30-an mestilah mengamalkan sikap positif, sentiasa ceria dan selalu bersama yang tersayang. Kehadiran orang-orang tersayang di sekeliling dapat membantu wanita membina keyakinan diri dan menghilangkan stress.
“Wanita… sumber ilham selalu..”
Thursday, November 19, 2009
Jamuan Raya 2009
Wednesday, November 18, 2009
10 Surah Yang Mujarab Dari Nabi Muhammad S.A.W
Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya'Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t. Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.
2. SURAH YAASIN
Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur'an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur'an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur'an seluruhnya. (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.) Rasulullah s.a.w. juga bersabda : Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan "At-Mu'ammah" (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban). Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.
3. SURAH AT-DHUHAN
Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.
4. SURAH AL-WAQI'AH
Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi'ah pada tiap-tiap malam, insya'Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya'Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat As ar, insya'Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak. Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi'ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita. Makna Surah Al-Waqi'ah Ayat 35-38 ialah : "Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.
5. SURAH AL-KHAUTHAR
Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya'Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.
6. SURAH AL-KHAAFIRUUN
Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur'an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi). Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.
7. SURAH AL-MULK
Sebuah lagi Surah dari Al-Qur'an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya'Allah, akan terselamat dari azab kubur..
8. SURAH AL-IKHLAS
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya : "Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur'an." Siti Aisyah lalu berkata, "Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur'an sebanyak 30 juzuk itu." Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, "Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur'an keseluruhannya. " Dari Rasulullah s.a.w.. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a., "Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali. Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : "Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat."
9. SURAH AL-FALAQ
Siti Aisyah menerangkan : "Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala. Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut. Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.
10. SURAH AN-NAS
Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur'an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati.
Tuesday, November 10, 2009
9 SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA
1. Pemarah
Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.
2. Pendendam
Tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.
3. Hasad dengki
Amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.
4. Bakhil
Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui manusia.
5. Tamak
Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ).Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.
6. Tidak sabar
Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..hehe..hehe..)
7. Ego
Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.
8. Riak
Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..
9. Cinta dunia
Tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.
Kesimpulan
Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.
Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya.
Wallahualam"
Wednesday, October 28, 2009
Tuesday, September 15, 2009
Selamat Hari Raya Aidilfitri.....
Friday, August 14, 2009
Sunday, July 26, 2009
Lalalalala...hari2 kerja..
Tuelah hari2 yang me buat..keje..keje..keje..Bulan 7 nie me rasa penat & terkejar2 sebb student dah start kelas so me kena buat payment tuk student2 yang dpt loan.Mula2 tue me ok skit tapi bila student dah start tanya dan tanya so jadi me kena cepat2 skit wat payment.Hari Sabtu pun me kena dtg opis sbb nk siapkan keje yg byk menunggu nie.Nasib baik husband me faham..so thanks abang.Nak update blog pun dah x de masa.Sekarang masa itu emas wat me..hehehehe...sakit kepala pun datang ngan sakit gusi sekali...hai..apa nk wat dh nasib badan.:)Bulan nie pun x balik kampun lagi sebb masing2 ada hal.Haziq pun ada sukan kat sekolah.Esok (Isnin) me cuti sbb ada appoinment doktor utk Danish.Jumaat malam lepas plak first time me pergi uptown Danau Kota...angkut sekali anak2...x de apa2 pun yg me beli.hehehe...sibuk ngan anak2....nk layan zharfan lagi...asyik nk lepas jer x nak dukung...bila lepaskan asyik lari aje.x larat ler nk bwk anak2 bila p uptown...(hehehe..sendiri mau igtlah).Oklah lainkali sambung lagi...adios~
Sunday, May 31, 2009
Citer 30-31/5/2009
30hb May-Kami sekeluarga pergi ke Kuantan..ada jemputan kenduri kahwin sepupu me di Kuantan,Pahang.Me & adik beradik yg lain pun turun sekali memeriahkan lagi majlis.Actually me & famili x pernah lagi sampai ke rumah sepupu me nie.Di sana kami tggal kat hotel.Budak2 plak x sabar nk mandi kt swimming pool.Me rasa happy sebab dpt bawak anak2 me jln2 masa cuti sekolah nie.Walaupun x lama tapi hopefully diorg happy.:)Kami sampai di rumah jam 10.00 mlm.Penat..letih...tapi me rasa puas & happy!!!
Monday, April 13, 2009
Bengkel Kecantikan Bersama Avon-12 April 2009
12 April 2009- Hari nie me & kakak ipar me pergi bengkel kecantikan yang dianjurkan oleh Avon bertempat di Sheraton Imperial Hotel.So kami sampai kt sana tengahari, mula pkl 1.00 ptg.Kami register then ambik door gift...pas tue masuklah cari tempat duduk.Me pilih nk duduk kat bahagian depan sbb senang nk tengok..hehehe!!!nk tengok artis ler katakan.Para jemputan ialah juru make-up Zulfazli dan model/pelakon terkenal Nasha Aziz.Seronok gak sebb dapat belajar teknik² solekan dan cara² penjagaan kulit yang betul.Mula² diorg ajar cara membersihkan muka..siap ada model lagi.Pas tue sementara tggu artis jemputan sampai kita org diberi kuiz.Then x lama pas tue Zulfazli pun muncul utk sesi make-up plak.Me pun salin lah skit²..hehehe..tips² yg berguna.Lepas jer sesi tue tibalah giliran kami plak kena make-up sendiri muka.Setiap meja disertakan alat make-up Avon so me pun mulalah buat ikut step by step.10 peserta akan dipilih utk jadi pemenang make-up serta penampilan yang tercantik.Pas tue ada sesi lucky draw plak.Hanya 5 cabutan aje yang dipilih.Tapii...aku adalah salah seorang dari peserta yang bertuah..cehhh..hehehe..rezeki tuk me lah tue.Alhamdulillah.Me pun p ler naik atas pentas tuk ambik hadiah dari Nasha Aziz.X sangka sungguh me dapat.Memang x caya jer...Tue ler citer me di petang Ahad..hehehe.Lastly kami ada jamuan makan dan sesi bergambar bersama Zulfazli & Nasha.Nak citer pjg lagi tapi tue je ler yg mampu me tuliskan.
Sunday, March 29, 2009
Alkisah....!!!
Actually lama gak me x tulis dlm blog nie...almaklumlah x de masa ler katakan.So,today...me nak ler citer skit pasal opis baru me nie.Sejak pindah opis baru nie me rasa ok, happy and it's a something different about my job before...coz b4 this me buat keje lain so this time interesting gak..kena jumpa student plak hehehe...Kekawan pun baik..bos pun baik..kiranya x de masalah.Hopefully me x kena marah ngan student tapi me rasa tue adat dlm kerjaya nie.Sabar jelah...Walaupun me dah pindah opis tapi kawan lama tetap segar di ingatan me sebb me keje kt opis lama nie dah 8 tahun so mana bisa dilupakan begitu saja.I love you my friends.I miss all the memories and everything that we'll do together.Harap2 you all yg x lupa kat mun...hihihi!!!Sejak pindah nie me rasa sejuk sgt aircond kat tempat me,2 hari nie me kena selsema, batuk & sakit kepala...Tadi me baru sampai dari Melaka.Cuti hujung bulan ler katakan...kat kg me & famili pergilah menziarahi kubur anak me.Alhamdulillah batu pun dah siap naik..thanks a lot to my brother & sister in law sebb tlg cari org utk naikkan batu.Oklah me nk chow dulu...badan pun rasa x sedap nk demam agaknya..me nk p tido & relaks..k.~11.15p.m
Thursday, March 12, 2009
Renungan bersama...
Disini saya nak kongsikan bersama beberapa faedah berguna untuk renungan semua, semoga ia dapat membantu kita dalam mengharungi kehidupan kita seharian...
1.Nilai manusia adalah ditentukan dari perbuatan baik yang dia lakukan.Kalimah ini adalah ugkapan 'Ali bin Abi Thalib Radhiyallahu' anhu yang bermaksud bahawa ketinggian nilai diri seseorang terletak pada ilmu pengetahuannya, adab kesopanannya, ibadah, kedermawanan serta akhlak dan moralnya, bukan pada wajah, gaya & kedudukannya.
2.Manusia itu di nilai sesuai dengan semangat,kepedulian, usaha keras & pengorbanannya utk mencapai kedudukannya; dan dia tidak pernah diberi satu kemuliaan secara percuma.
3.Manusiala secara individu yang akan mengukir sejarahnya pada masa akan datang dengan izin Allah.Dialah yang akan menulis perjalanan hidupnya dengan perbuatan2nya yang baik atau buruk.
4.Umur hamba itu sangat pendek, amat cepat dan segera berakhir dan berlalu dengan sangat cepat. Maka dari itu, jangan sekali-kali umur itu dipersingkatkan dengan dosa2,kesedihan,kegundahan dan kegelisahan.
Petikan dari buku 'La Tahzan'....
Monday, March 2, 2009
Letihnya nk pindah....
Salam buat semua...
Hari nie (3/3/2009) besday anak me Haziq yg ke-7.Dah besar dah anak bujang me nie.Me plak dah ari ke-2 me keje under Finance tp me x pindah barang lagi.Keje pun adalah skit² lagi nk kena siapkan.Letih rasa nk kena pindah opiss..hehehe.Nak tulis blog pun x de masa.Tapi semua dah 95% siap, maybe dlm mggu nie dh bleh nk belajar apa yg patut.Camner ler agaknya keje kt tempat baru nnti ekk???Hopefully semuanya ok.Semalam plak aku uruskan skit pasal hamper utk IEEP yg tahun lepas punya x bagi lagi.Kesian diaorg..sorilah lambat.Hari nie pun continue lagi nk suruh depa ambik hamper.Exercise skit ler angkat hamper..hihihi!!!To Kak Rozie & Noor time kaseh bebanyak sebab bagi 'present' kt me.Huhuhu..terharu rasanya.Walaupun kita terpisah opis tapi me tetap kawan u all.Oklah nnti sambung lagiii..chow!
Sunday, February 22, 2009
Geng Upin & Ipin Movies - 21hb Feb,One Utama.
Sabtu lepas kami satu keluarga pergi tengok wayang 'Geng Upin & Ipin'.Ramai yang pergi..abang, adik aku sekeluarga & mak pun ikut sekali.Sebelum tue kami pergi makan2 kt rumah adik kakak ipar aku di damansara, dia ada buat besday party untuk anaknya.Dlm pkl 4.30ptg kami keluar sebb wayang start pkl 5.30ptg.Sampai jer kt sana kami pun berkumpul & beratur masuk ke dlm panggung...budak2 semua seronok.Nasib baik budak2 semua diam sepanjang citer.Anak me, zharfan tido ngan ayahnya...sejuk sampai tertidur agaknya...yg lain semua ok.Biasalah budak2..macam2...bila time yg menakutkan mulalah takut.Bagi me citernya mmg sesuai tuk budak2 cam anak me.Kelakar dengan gelagat Upin & Ipin yang nakal.Inilah first time anak2 me tgk wayang...lama dh nk bawak tp x berkesempatan lagi so citer nie ler jadinya.:)
Tuesday, February 17, 2009
Puteriku Sayang..
Sedih bila terkenangkan kisah ini.Doktor telah berjumpa dengan suamiku & memberitahu keadaan bayiku.Setelah 1 hari aku hanya berbaring di katil, aku dibenarkan berjalan & melawat anakku di NICU.Jarak wad aku & NICU agak jauh jugak tp aku berjalan perlahan2 demi melihat anakku.Pagi itu doktor memberitahu pula padaku apa masalah bayiku.Hanya tuhan saja yg tahu perasaaanku apabila doktor mengesahkan bayiku menghidap penyakit 'Edward's Syndrom'.Dan kebiasaannya bayi yang menghidap penyakit ini akan hidup paling lama pun 1 bulan aje.Aku menahan perasaan & tangisanku didepan doktor..dan sekadar mengganggukkan kepala."YA ALLAH, ENGKAU SELAMATKANLAH ANAKKU & BERIKANLAH AKU KEKUATAN"..aku hanya dpt berdoa...berdoa & berdoa.
Airmataku berlinangan tatkala menatap wajah bayiku.Selama seminggu aku duduk di NICU...aku rasa puas menatap wajahnya...kubelai kakinya,tangannya,ku tukar lampinnya....itu sudah cukup puas bagiku walaupun hanya sementara.x tertahan rasanya utkku terus menulis kisah ini....hatiku sebak...pilu.26 Oktober 2008, pkl 7.30 pagi aku mendapat panggilan dari pihak hospital memberitahu bayiku dlm keadaan tenat.Bergegas aku siap & mengejut anakku & terus ke rumah mak.Semasa dalam perjalanan ke hospital aku berdoa didalam hati...airmataku x henti2 keluar.Sampai di hospital aku & suami terus menuju ke arah bayiku...mmg sedih keadaannya...waktu itu hayatnya hanya menuggu masa saja.
Aku menatap penuh wajahnya & sempat aku mengambil gambarnya setelah doktor membenarkan.Waktu tue mataku asyik memandang mesin bantuan yg dipasangkan pada anakku.Bila keadaan dia semakin menurun aku pun panggil nurse & doktor.Tepat pkl 8.55 pagi anakku telah pergi buat selama2nya.Aku sendiri melihat tatkala saat nafasnya yg terakhir.Suamiku memandang ke arahku dengan tanda tanya."Maafkan Ibu Sayang..."bisikku di dalam hati.Itulah pengalaman yg x dpt aku lupakan.Anak2ku yg lain sering juga bertanya tentang adiknya.Setiap kali aku balik ke kg(melaka)pasti aku & famili pergi menziarahi pusara.Al-Fatihah..
Wednesday, February 11, 2009
Forget Me NoT!!
Apa-apa Aje!
Hari nie 11hb Feb 2009...cepat betul masa berlalu..aku rasa banyak keje yang belum aku dpt settlekan.Hrmm...letih pun ada...yelah ngan system yg 'slow'....orgnya pun slow ler jugak sbb x dpt nk buat keje ngan lancar..asyik pending aje.Bosan...bosan...tp x pelah nk buat camner tue ler keje yg beri aku rezeki utk bg anak2 mkn.x keje nnti lagi susah...dh ler zaman skrg nie susah nk dpt keje baguss...!!!Actually aku nk citer perihal anak bila dh sekolah nie...anak aku ler...macam2 hal bebudak nie kan....anak aku baru darjah satu so byk ler cabaran yg terpaksa aku hadapi dgn rasa penuh kesabaran & keletihan.Barulah aku tahu cam ner bila anak dh sekolah nie....nk kena uruskan pakaian, tgk buku sekolah anak, gosok baju sekolah anak....basuh baju sekolah anak,kasut sekolah...aiii...mmg penat beb!So bila cuti aku gunalah waktu tue sebaik mungkin.Budak2 sekolah x sah kalau baju x kotor...itu ler yg perkara yg paling aku gerammm..sekali.Haiiii....x tahulah nk kata apa...rendam jelah ngan clorox tue.Baju plak putih...so mmg senang ler nampak kotorannya walaupun skit jer.Anyway, nie ler pengalaman pertama aku....Semoga Aku Berjaya Di Dunia & Akhirat.Amin...
Tuesday, February 10, 2009
My Family Trip
Tarikh: 8 Februari 2009
Thursday, February 5, 2009
Friends Forever
Dear Friend,
I could never enjoy the simple
pleasures of
life the way i do with you and just want to tell you
that...I need you
always.Good Friend like you....
Make this world a brighter and a happier place.
You are really a pleasure to know and your timely presence and appreciation, are always admired.
Have a joyous life.
Friend,
You are Fun to be with-
With you I enjoy each and every moment
because you make them all so colorful & happy-
Thank you for Being my Friend...
It's easy to take our friendship and each other for granted-
to forget what life would be like,
without each other to laugh with,
to be with, to care about...
But whenever i slow down and give our friendship a thought,
i still feel that....It's one of the finest relationship I have and
I still see the same sentiment reflecting in you!
You're My Friend for Life!