Thursday, May 10, 2012

Check-up antenatal 2 minggu sekali....

Assalamualaikum....

Hari nie 10/5/2012, waktu untuk check up antenatal...



35 minggu - Alhamdulillah kesihatan saya di tahap yang memuaskan. Tekanan darah ok. Berat pun ok (naik 100gm je dlm masa 2 minggu). Air kencing pun ok.Nurse kata semua ok. Makan pun masih dalam 'diet control'. Makan pun nak kena control walaupun hamil.Good!Nanti kalau makan terlebih kang dapat penyakit lain pulak.

Cuma, sekarang nie kedudukan baby dalam rahim masih tak moh pusing. Masih dalam kedudukan melintang. 2 minggu lepas dalam kedudukan songsang. Haiii....please baby...help your mother....please...I love you!!

Pas tue doktor kata kalau tak pusing selepas 36 minggu, saya kena refer ke Hospital Selayang. Kat sana ada doktor pakar yang boleh betulkan kedudukan baby. Hmm...risau pulak bila doktor nak pusing baby sebab belum pernah buat lagi sebelum nie.Ntah mcm mana doktor tue buat nanti.

Insyallah esok saya akan pergi refer (dgn surat rujukan dari klinik) untuk buat pemeriksaan lanjut. Kalau boleh saya dgn suami tak naklah suruh doktor pusingkan baby sbb takut ada risiko. Apa² pun tunggu jelah esok apa kata doktor kat Hospital Selayang. Harap² semuanya berjalan dengan lancar dan tidak membimbangkan.


Adakah ini petanda baby pompuan...hehehe...

Untuk makluman korang, setakat nie anak² saya semuanya boy...Hero Malaya...
Teringin jugak nak dapat baby girl....
Tapi ini semua ketentuan dan rezeki dari Allah....

Allah Maha Mendengar....
Allah Maha Penyayang.....
Semoga Allah mendengar isihati ku dan doaku.....ameen!!

SmiLe:-)


No comments:

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers