Monday, May 7, 2012

Minggu ke-35

Assalamualaikum....

Hai semua pembaca,



Minggu nie dah masuk minggu ke-35 kehamilan saya. Keadaan saya seperti biasa masih ceria dan boleh bergelak tawa walaupun kadang² terasa sakit di bahagian pinggang dan abdomen.

Untuk kehamilan kali yang ke -6 ini, saya sangat teruja sebabnya 1st time saya buat check up di klinik kerajaan dan scan pun kadang² aje. Bayi apa yang bakal dilahirkan pun saya tak berapa pasti...surprise ler kononnya. :-)

Saya tak kisah jantina apa yang bakal saya lahirkan, lelaki atau perempuan semuanya bergantung kepada rezeki Allah s.w.t. Saya mengharapkan bayi yang bakal dilahirkan sihat, cukup sempurna sifatnya dan comel. Insyallah!

Hamil dalam waktu sedang bekerja memang meletihkan. Dengan pergerakan yang banyak, kaki kita mudah merasa lenguh dan kejang. Kadang² saya rasa kejang di jari kaki. Walaupun sudah banyak pengalaman bersalin tapi perasaan gementar dan risau mesti ada. Bak kata orang, lain anak lain ragamnya. Setiap anak tidak sama perangainya. 

Persiapan untuk bayi pun dah siap cuma ada beberapa barang je yang akan dibeli selepas proses kelahiran. Barangan untuk ibu pun perlu di sediakan seperti kain batik, baju, tuala, berus gigi, ubat gigi dan pad.

Semoga Allah permudahkan proses kelahiran saya pada kali ini. Besarnya ganjaran seorang wanita yang melahirkan seorang zuriat.

Semoga dilahirkan anak yang sihat, soleh/solehah, menghormati orang tua dan berguna di dunia & akhirat. Insyallah!

SmiLe :-)

No comments:

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers