Monday, May 7, 2012

Teringin 'Aimar Char Kuaw Teow'...

                                                        Sekadar hiasan

Assalamualaikum...

Setiap kali kami lalu di Prima Sri Gombak, mesti saya terpandang satu kedai makan nie 'Aimar Char Kuaw Teow'...

Hurmm...memang saya nie peminat char kuaw teow....cuma sekarang nie jarang makan sebab susah nak jumpa semenjak pindah di rumah baru.

Tapi...saya nie kalau terjumpa pasti nak cuba...tak kisahlah kat gerai ke restoran ke...asal ada tulis char kuaw teow mesti saya akan cakap dengan suami dan dia akan belikan.Hehehe...

Restoran 'Aimar Char Kaw Teow' nie terletak di Prima Sri Gombak....kedai nie baru buka cawangan disini.Boleh tahan jugak ramai orang datang makan kat kedai nie.

So, bila dah berkali² di ajak akhirnya hari Sabtu lepas....kebetulan mak pun ada so kami sekeluarga pergi dinner di situ.Dapat jugaklah saya makan char kuaw teow :-) Mode: Happy.....

Yang lain semua order goreng² kecuali saya....hurmm....

Suami saya memang tak berapa makan kuaw teow...so dia order Nasi Goreng Thai....sama dengan Danish.

Mak pulak makan Nasi Goreng Nenas (memang tak pernah rasa pun....) Haziq pulak Nasi Goreng Seafood. Zharfan pulak tak lain mesti Nasi Goreng Ayam...hehe...

Lepas jer makan kami hantar mak balik ke rumah di Keramat. Seronok dapat belanja mak makan luar sempena Hari Ibu...(secara kebetulan).

SmiLe:-)





2 comments:

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers