Wednesday, June 26, 2013

Aiskrim Malaysia??

Assalamualaikum,

Masa kecil korang pernah makan tak aiskrim nie? Favorite masa zaman sekolah kan!
Musim-musim jerebu nie rajin pula kitaorang nak buat aiskrim Malaysia.
Mentang-mentanglah bos emergency leave.Haha.

Aiskrim Malaysia

Hah!Niela gambarnya...aiskrim milo, asam boi, nescafe dan bandung.perghh..sejukkk!!
Bila sorang-sorang malas nak buatkann.
Buat ramai-ramai baru syokk. Hihi.

Jemput makan ya!

Tuesday, June 25, 2013

Syura Juara Masterchef Selebriti Malaysia ke-2

Assalamualaikum,

Dag..dig..dug!Berdebar-debar bila nak dengar pengumuman Juara Masterchef Selebriti Malaysia ke-2. Anak-anak dah tidur cuma Ariq je belum tidur. Masih nak main-main lagi dengan Ayahnya. Ibu pula asyik sangat tengok Masterchef. Hehe.

Bila diumumkan Syura sebagai Juara Masterchef Selebriti, perasaan gembira dan sedih mula menguasai diri. Apalagi bila Syura memberi ucapan yang menusuk hati. Sob..sob..sob! Bukan senang nak masak dan memuaskan hati orang. Syura telah berjaya membuktikannya. Syura berhak menerima anugerah ini.


Tahniah diucapkan pada Syura. Saya bangga dengan semangat dan keyakinan Syura. Yes!
Tahniah juga pada Celina (tempat ke-2) walaupun tidak berjaya. Kedua-duanya pandai memasak pelbagai jenis. Banyak pengetahuan dan pengalaman yang mereka perolehi daripada chef² yang profesional.

Tahniah sekali lagi! :-)




Wednesday, June 19, 2013

(Masterchef Selebriti 2) Siapa kata Che Ta tak pandai masak??

Assalamualaikum,

Siapa kata??Meh habaq kat chek sikit!(kemain loghat utara..betul ke?)Haha.

Malam tadi tengok Masterchef Selebriti makin semangat nak tengok Che Ta masak. Tak sangka Che Ta pandai masak. Masakan melayu boleh...masakan western pun boleh je...hrmmm...pandai rupanya Che Ta masak...hehe. Kami sekeluarga memang dari episod 1 tengok Masterchef nie. Maklumlah cik abang saya pun suka memasak. Sekarang pula dah nak ke suku akhir dah. Tak sabar nak tengok Che Ta masak hari Sabtu nie. Agaknya apalah cabaran untuk mereka nanti. Tetiba tersuka pula dengan Che Ta. Dah ler cantik, pandai berlakon, pandai memasak...untunglah Zain Saidin.Hikhikhik  ^_^


Peserta yang berjaya ke suku akhir ialah Rozita Che Wan, Celina, Syura dan Kenchana Devi. Semua perempuan. Tahun lepas Masterchef Selebriti 1 dimenangi oleh Dato' Fazli. Tahun nie belum tahu lagi. Mungkinkah Che Ta atau Celina.Kita tunggu aje wokeh!

Sejak ada rancangan nie sedikit sebanyak membantu saya untuk memasak. Saya masak yang simple-simple bolehlah. Lauk untuk anak-anak pun bukan susah. Nasib baik anak-anak tak cerewet makan atau memilih lauk. Apa ibu atau ayah masak tuelah mereka makan. Good boy..hehe.

Oklah kita tunggu aje hari Sabtu nie pukul 9.00 malam di AstroRia 104 atau 134. Harapan saya semoga Che Ta menang!!Oppss...hehe.(dah jadi peminat Che Ta lah pula).

Monday, June 17, 2013

Sofia Shakira in the house!

Assalamualaikum,

Hai semua. Semoga rakan-rakan saya sihat aje. Maklumlah sekarang nie musim jerebu. Alhamdulillah anak-anak semua sihat. Oppss...nie nak cerita pasal 'orang baru' dalam keluarga kami. Nama diberi Sofia Shakira...kata abang saya dia bermimpi dan nama ini telah ditakdirkan...wahhh...hehe.

Apapun mama dan baby selamat dan sihat. Berat masa lahir 2.5kg. Comel je!Nak tengok gambar nie meh sini....tadaaa...

Hai...nama manja saya Sofia...hehe.
Gambar nie sempat lagi saya ambil masa berkunjung ke rumah abang di Subang Suria. Dah lama dah bersalin tapi kitaorang reramai baru datang melawat.Hehe..sori ya sebab lambat. Semuanya sibuk belaka.(kononn)

Mak pun abang dah import dari rumah untuk jaga baby dalam pantang. Macam saya dululah. Seronok je bila dalam pantang..hurmm...rasa macammmm nakkk....tettt.Ishh...jangan nak mengarut ya. Ariq baru nak belajar berjalan. Berjalan pun belum sibuk nak adik. Soriii...


Hah!Nielah gambar anak-anak buahku (termasuk anak sendiri). Peace yoo!! Kemain seronok diorang bila jumpa dengan pak sedara dia (abang saya). Sebabnya abang saya nie suka melayan anak buah dia. Bila dah ada anak sendiri lagilah bertambah seronok dia. Anak pertamalah katakan....

Semoga kami sekeluarga dilimpah rezeki dan kesihatan yang baik. Dan anak-anak menjadi anak yang berguna di dunia dan akhirat. Aminnn...

Happy reading!!

Wednesday, June 12, 2013

Khidmat Masyarakat di Hospital Orang Asli

Assalamualaikum,

Sebelum nak cerita kita berposing dulu...hahaha.

Masa nie kerja dah siap...^_^

Baru-baru nie kami ada buat program khidmat masyarakat di Hospital Orang Asli, Gombak. Kira nie pertama kali kami buat di sini. Mula-mula sampai tue memang lengang jer hospital nie. Tak ramai pun pesakitnya. Yela...memang dikhaskan untuk orang Asli aje. Orang luar memang tak dibenarkan. (seperti yang didengar).
Pandangan dari dalam...(kat parking)
Aktiviti kami ialah membersih bilik dan membuat lanskap (alal-ala taman gitu...). Letih gak...hehehe. Tapi seronok bila dapat berbakti dan membuat kerja amal macam nie. Gambar yang lain belum upload lagi...

Niela tamannya...pokok kelapa tue mmg dah ada....

Tunggu gambar yang lain pulak ya...(akan diupdate kemudian).



Tuesday, June 11, 2013

SEGMEN : MARI TAMBAH KENALAN BLOGGER BY MR. K

Assalamualaikum,

Lama tak join segmen so hari nie dengan jari jemari yang rajin saya nak join segmen MR.K nie yang simple sesangat. Tujuan segmen nie ialah untuk menambah kenalan dan mengeratkan silaturahim sesama kita. Dan juga boleh menambah follower....kenn. ^_^


Jumlah Followers : 88 (skit jer...huhu)

Apalagi jom kita join segmen MR. K nie...wokeyh!!Klik SINI untuk join.



Selamat Hari Lahir Ariq (1 Tahun)

Assalamualaikum,

31 Mei yang lepas  hari lahir Ariq yang pertama. Kejap masa berlalu, dah masuk bulan Jun.
Tak lama lagi masuk bulan Ramadan. Tahun nie boleh beli baju raya Ariq. Harap-harap sebulan dua nie Ariq dah pandai jalan. Sekarang nie pun Ariq dah rajin bangun dan meniti sendiri. Tapi kena tengok sebelum apa-apa terjadi kat Ariq. Lincah juga Ariq nie, pantang tengok orang keluar mulalah dikejarnya sambil merangkak. Tue belum dapat jalan lagi.


Ya Allah...
Engkau panjangkan usia Ariq...
Engkau berilah kesihatan yang baik pada Ariq...
Engkau murahkan rezeki Ariq...
Amin ya rabbal alamin...



Monday, June 10, 2013

Pernikahan & Persandingan Nurmie dan Nazri

Assalamualaikum,

Hai semua. Rindu nak update blog. Senyap sunyi je.
Nak cerita pasal kenduri sepupu di Ampang baru-baru nie.
Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Riuh rendah dengan gelak tawa sanak sedara yang dah lama tak jumpa. Ok nie gambarnya...tadaa...

Nikah 31 May 2013
Majlis Persandingan
Walaupun ibu dan ayah sepupu saya nie telah tiada tapi majlis tetap berjalan dengan lancar dan penuh kesyukuran. Semoga Nurmie dan Nazri kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

Tahniah!!

Wednesday, June 5, 2013

Teringin Pavlova

Assalamualaikum,

Malam tadi tengok Masterchef Selebriti buat Pavlova terus teringin nak rasa. Apa rasanya? Atas sebab tak pernah makan akhirnya saya pun beli kat stall UIA nie. Nasib ada jual.Hehe..

Bila rasa je....wah...sedap rupanya....sebab ada buah² (kiwi & strawberi). Yummy...

Pavlova Syura

Nak tengok...hah..nie ler rupanya...tapi Pavlova yang Syura buat tue nampak lagi sedap dan menarik....


Jemput makan yaa...

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers