Assalamualaikum...
Tanggal 6.10.12 - 5.00 pagi.
Perginya seorang ibu yang sangat disayangi oleh 11 orang anak yang telah di didik dengan sempurna. Itulah 'Mak Dek' ku, panggilan yang sering aku panggil sejak aku kecil lagi. Keadaannya bertambah serius bila doktor mengesahkan dia mengidap kanser hati. Ibu ini seorang yang tabah dan kuat semangat untuk meneruskan kehidupannya. Seorang isteri yang patuh pada suami. Seorang ibu yang penyayang pada anak²nya.
Seminggu sebelum meninggal, Mak Dek mengalami sesak nafas. Sejak dari itu keadaannya tidak menentu, darah pun semakin rendah.Hari Isnin (1.10.12) aku dan suami pergi melawatnya di Hospital Selayang. Hari Rabu (3.10.12) kali ke-2 aku melawatnya bersama Mak. Mak aku dengan Mak Dek adik beradik. Mak aku kakak kepada arwah.
Kami semua serta keluarga arwah redha dengan pemergiannya. Lagipun doktor dah beritahu pada anak² arwah tentang tahap kesihatan & jangka hayatnya.
Dari Dia kita datang...kepada Dia kita kembali.Tepat pkl 5.00pagi Mak Dek telah menghembuskan nafas terakhir. Aku terkejut apabila menerima panggilan dari anaknya. Aku termenung sejenak dan mula teringat wajah arwah yang ceria dan suka tersenyum. Semuanya hanya tinggal kenangan.
Semoga roh allahyarhamah dicucuri rahmat. Ameen.
-Munira-
Tuesday, October 16, 2012
Sophie Paris Malaysia
Assalamualaikum...
Kepada kawan² yang berminat ingin menjadi ahli Sophie bolehlah contact saya atau email di muniera_80@yahoo.com.
Untuk keterangan lanjut bolehlah layari http://www.sophieparis.com.my/.
Terdapat pelbagai barangan menarik seperti beg, kasut, baju, tali pinggang, aksesori wanita dll.
Jangan lupa berkunjung Sophie Paris Malaysia yang terletak di Petaling Jaya (HQ).
Munira :-)
Friday, October 5, 2012
Kenangan Lalu
Assalamualaikum...
4/10/2008 - 4/10/2012~ Jika arwah masih ada, dah genap 4 tahun umurnya. Al-Fatihah.
Bila tiba bulan oktober, kenangan lama bermain di fikiran.
Walaupun dah 4 tahun peristiwa itu berlalu, ia masih segar di ingatan aku, suami dan anak². Semoga 'Nur Aqilah Sofiya bt Nizam' gembira di sana. Di Syurga tempat yang abadi.
Tuesday, August 28, 2012
Eid Mubarak 1433H
Assalamualaikum...
♫♪ Selamat Hari Raya♪♫Hari untuk kita bersuka ria...Selamat kami ucapkan untuk kita hingga sampai tahun depan ♫♪ :-)-:)
Begitulah raya....sana sini dengar lagu raya...kat TV..kat Radio...kat Shopping Mall....hehehe...
Dah seminggu kita menyambut Aidilfitri....alhamdulillah kerana kita masih diberi kesempatan untuk beraya pada tahun ini.
Raya tahun nie saya dan famili beraya di Melaka...alamat penuh Kg. Melekek, Alor Gajah. Tak jauh dan tak dekat...tengah²....
Raya tahun nie memang seronok dan gembira sebab beraya dengan baby baru yang comel. Umurnya baru 2 bulan lebih tapi dah bijak macam umur 4 bulan. Seronoknya raya nie bila ada anak² di sisi sebab anak² yang selalu memeriahkan suasana raya...betul tak?
Anyway, saya nak buat ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang mengenali diri ini tak kira dimana jua berada. Lagi ramai kenalan lagi saya suka....oke!:-)
Inilah gambar raya tahun 2012 yang diambil oleh kakak ipar saya yang sangat baik....TQ kak!
Wednesday, August 15, 2012
Pentingnya Susu Ibu
Assalamualaikum...
Bila baca tajuk di atas semua ibu² pasti dah tahu khasiat dan kebaikan susu Ibu.
Entri kali nie saya nak kongsi tentang baiknya bila bayi kita menghisap susu Ibu. Ini kerana saya sendiri telah mengalami pengalaman yang sangat teruja bila bayi saya menyusu badan. Saya rasa inilah kali pertama walaupun saya telah mempunyai 3 orang anak sebelum kelahiran yang ke-4 nie.
Memang sangat seronok dan gembira bila kita dah tahu teknik dan cara yang betul semasa menyusukan bayi.
Semasa kelahiran bayi yang ke-4 nie saya telah mengikuti kelas tentang Penyusuan Ibu. Dalam kelas tue nurse akan mengajar dan menunjukkan teknik bagaimana cara yang betul untuk menyusukan bayi dan juga pentingnya susu ibu kepada bayi.
Sejak mendengar ceramah tue saya terus excited nak menyusukan bayi saya dengan lebih lama dari anak² yang sebelum nie. Rupanya selama nie saya tak tahu langsung tentang teknik yang betul walaupun saya dah cuba bagi susu badan tapi tak lama dan susu tak banyak.
So kat sini saya nak share tentang kebaikan susu Ibu :-)
Kepentingan Penyusuan Susu Ibu Untuk Ibu
- Mengecutkan rahim dan kurang risiko pendarahan
- Kurang risiko kanser payudara dan ovari
- Penyusuan ekslusif membantu menjarakkan kelahiran
- Kurang tekanan perasaan selepas bersalin
- Mengembalikan bentuk badan ibu kepada asal
- Jalinan emosi yang erat "bonding" antaran ibu dan bayi
- Mudah dan tidak memerlukan banyak persediaan
- Menjimatkan masa dan wang
Kepentingan Penyusuan Susu Ibu Untuk Bayi
- Perkembangan psikomotor, emosi & sosial yang lebih baik
- Perkembangan daya intelek yang lebih baik (IQ tinggi)
- Kurang risiko diabetes kanak-kanak (infantile diabetic), kanser, jangkitan telinga dan pneumonia
- Antibodi tinggi untuk melawan penyakit
- Kurang risiko Insiden Sindrom Kematian Mengejut ( Sudden Infant Death Syndrome)
- Komposisi zat makanan yang mencukupi
- Penghadaman yang mudah
Tuesday, August 14, 2012
1st time naik teksi
Assalamualaikum...
Pagi nie nak dijadikan cerita tayar kereta pancit pulak.Anak² pulak tengah sibuk dengan exam so suami cadangkan kita naik teksi aje pergi sekolah.Wahhh...apalagi excitedlah si anak nak naik teksi. Maklumlah baru 1st time bawak anak² naik teksi.
Lebih kurang pukul 7 lebih barulah nampak bayang teksi. Alhamdulillah, kira cepat jugalah teksi sampai. Penuh dalam teksi tue dengan beg sekolah bagai :-)
1st destinasi kita ke Sekolah Sg Pusu...sekolah Haziq. 2nd destinasi kita ke Sekolah Sg. Chinchin..sekolah Danish. 3rd destinasi kita ke UIA Gombak...tadika Zharfan dan lastly depan tangga besar UIA..ibu dengan ayah pulak.Hehehe...total kena bayar RM19...bayar RM20...kira halallah abg teksi sempena bulan Ramadan nie.
Dalam perjalanan yang panjang tue si suami pun berboraklah dengan abang teksi...anak² duduk diam sampailah sekolah...kalau dalam kereta ayah kemain bisingnya.Sopan skit..hihi.
Alhamdulillah semuanya selamat sampai ke tempat yang dituju. Macam² hal di pagi yang indah ini...
p/s: seronok juga naik teksi...hihihi:-)
Friday, August 3, 2012
Lahirnya Putera Ariq
Assalamualaikum...
Tanggal 31 May 2012 pukul 10.05 pagi, aku telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang comel dengan berat 3.27kg. Syukur alhamdulillah....
Dengan rasa sayu, aku mencium bayiku. Perasaan berdebar semasa proses kelahiran terus hilang. Aku bersalin melalui pembedhn, kesakitan selepas operate memang sakit...susah nak digambarkan dengan kata².
Walaupun sakit kugagahi jua diri ini untuk bangun dari katil. Aduh!Hanya Allah Maha Mengetahui.Memang diikutkan sakit tak nak bangun dari katil tapi sampai bila...takkan tak pergi tandas atau mandi.Lagipun hari ke-2, nurse suruh bangun..bergerak dan pergi buang air. Kalau tak pergi nanti nurse akan tanya lagi dan lagiiii...
Hari ke-3 alhamdulillah keadaanku bertambah pulih...dah boleh jalan² dan dukung baby. Bagi susu badan pun dah senang duduk kat kerusi je. Nak baring nanti susah nak bangun pulak. Dan hari nie jugak aku telah dibenarkan pulang setelah 4 hari berada di hospital Selayang. Hari Rabu check-in..hari Khamis bersalin...hari Sabtu dah boleh balik rumah.Yahoo :-)
Terima kasih kepada kawan² yang telah mendoakan kesihatan saya dan baby. Terima kasih juga kepada nurse & doktor yang banyak membantu.
Thank you very much!!♥♥♥
Subscribe to:
Posts (Atom)






