Wednesday, December 5, 2012

Layan 'Istanbul Aku Datang'

Assalamualaikum...


Filem nie dah lama keluar kat wayang, sekarang nie dah keluar kat Astro First. Bolehlah langgan sesiapa yang suka sangat subscribe kann. Tapi saya nie pantang dengar bila member dah upload movie baru mesti nak copy.Hehe...

Lagipun member nie memang pakar dalam meng'download' movie. Adalah dalam 5 movie saya dah copy kat dia. (muka tak malu...)

Bukan saya tak suka pergi wayang tapi my hubby nie memang tak nak tengok cerita-cerita melayu nie. Satu lagi bila tengok dalam panggung tue...dengan udara yang nyaman, kerusi yang empuk...apalagi tidurlah dia.Huhuhu...

Kita yang duduk kat sebelah dia, diam jelah layan sorang-sorang tengok movie. Kekadang tue tegur juga my hubby sebab tidur tak hengat dunia sampai berdengkur tueee...ish!ish! Nasib baiklah ada wife yang baik hati tolong kejutkan. 

Tuela sebabnyaa....

So sekarang nie saya tengah layan movie 'Istanbul Aku Datang'. Cerita nie starting dia pun dah menarik sebab kat main kat Istanbulkann...memang cantik pemandangan kat sana.
Untungnya Lisa, Beto, Tomok, Aizat pergi sana. Dapat tengok life style orang kat sana. Hmm...bestnya.

Oklah nanti bila dah habis tengok saya akan update lagi. Ok!Babai..

Pe@ce Munira :-)

Tuesday, December 4, 2012

Doa Anak Bijak, Cerdik & Mendengar Kata


Assalamualaikum....

 Untuk perkongsian bersama....


1- Baca Al-Fatihah (1 kali)
2- Baca Ayat Kursi (1 kali)
3- Baca Surah Al-Insyirah (1 kali)
4- Baca Surah Toha 1-5 (1 kali)


Doa untuk anak jadi bijak, cerdik dan mendengar kata. Setiap ibu bapa mesti nak dapat anak yang soleh/solehah dan beriman. Semoga anak-anak kita sentiasa dilindungi Allah S.W.T.


Pe@Ce Munira:-)


Monday, December 3, 2012

Hari Pertama Ariq

Assalamualaikum...

3/12/12- Tarikh mula hantar Ariq ke IIUM Childcare. Pukul 5.00pagi dah bangun sambil tengok jam. Dalam hati dah set dah nak bangun awal sebab hari nie hari pertama hantar Ariq kat nursery so tak boleh nak terhegeh-hegeh. Beg baby dah sedia cuma baju, diapers dan lain-lain belum masukkan lagi. Takut bila sambung tidur nanti terus lambat walaupun musim cuti sekolah. Lagipun Ariq memang akan bangun awal dan tak tentu masa so siap apa yang patut dulu. Dah lepas mandi baru kejutkan anak-anak. 

Lepas solat Subuh, tadah tangan memohon semoga Allah permudahkan segala urusanku pada hari nie. 

Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar.

Semoga Ariq bersikap baik dan tidak meragam. Tapi, biasanya baby memang akan baik ajekan. Lain kalau nak hantar anak umur 1 tahun ke atas memang akan mengamuk tak nak pergi sekolah. (pengalaman dulu...)

Mak pun dah balik Keramat tapi bila-bila Mak nak datang pun boleh. Kira macam rumah ke-2 lah kat sini. Terima kasih juga kat Mak yang menjaga Ariq sebelum dapat masuk kat nursery. 

Arghh...kenyang plak rasa walaupun hanya Yong Tau Fu. Mula-mula beli nampak macam sikit je...macam tak cukup. (ikut nafsu...) Tapi bila dah makan, memang kenyang sampai ke petanglah. Alhamdulillah. (siap beli roti gula takut lapar...hihi:-)

Oklah time break dah habis. Terima kasih kepada yang sudi baca...♥ korang! 


Pe@ce Munira :-)

Friday, November 30, 2012

Ariq ready to school...

Assalamualaikum...


Cepatnya masa berlalukan.Tup..tup..baby pun dah nak masuk 6 bulan. Alhamdulillah.
Minggu depan Ariq dah boleh masuk nursey UIA, nasib baik cepat juga dapat enroll. Kesian kat mak nak jaga baby walaupun mak tak kisah tapi saya yang kisah sebab risau kat mak.

Mak pun bukan sihat sangat, kadang-kadang kena semput. Semput bila datang tak tentu masa. Bila mak suruh bawak pergi klinik baru ler pergi klinik ambik gas. Bila ambik gas maknanya mak tak berapa sihat. Alhamdulillah darah tinggi mak dah baik tak macam dulu. Dulu naik darah sebab risau kan anak-anak. Hmm...kesian mak.

Bila Ariq dah dapat masuk nursery, preparation pun kena buat jugak. Checklist kena ada kalau tak nanti lupa apa yang kena simpan dalam beg baby. Yang penting, baju, diapers, susu dan botol susu kena ada.*PENTING*

Hopefully, Ariq behave well masa kat nursery nanti. Tapi yang pasti mesti Ariq pelik bila tengok muka pengasuh lain pulak. Mana nenek?? Hehehe...

Nenek malam nie nak balik rumah dah. Nenek pun dah mula rindu kat Ariq. Ibu dah cakap dengan nenek nanti tiap minggu kita jenguk nenek kat Keramat (tak ler jauh pun..) supaya Ariq tak lupa kat nenek.

Oklah sampai kat sini dulu. Jam pun dah pukul 5.10p.m. Masa untuk balik rumah.

Sudi-sudikanlah membaca entri saya kali nie.


Pe@ce Munira :-)

Note : Inject imunisasi untuk 6 bulan hari nie.(lupaa...)

Selami Jiwa - Bahana Laman Sosial

Assalamualaikum....
 
Rancangan Selami Jiwa -Dato' Fazilah Kamsah bersama JoZan.


Topik yang sangat menarik - Bahana Laman Sosial.

Semoga mendapat ilmu dan pengetahuan dari topik ini. 

Terima kasih...

Pe@ce Munira :-)

Thursday, November 29, 2012

Tiket Percuma LEGOLAND Malaysia

Assalamualaikum...



Tiket PERCUMA Legoland Malaysia.

Dapatkan tiket PERCUMA Legoland bernilai RM110 dengan setiap pembelian pek Promosi Kapten Munch!

Bawa pembungkus (pek promosi) Kapten Munchy Munch Legoland Malaysia dan menebus Tiket Percuma untuk kanak-kanak anda (dengan setiap pembelian tiket dewasa).
* Tiket dewasa tanpa diskaun.

Tarikh tutup: Baucar sah sehingga akhir tahun 2012.

Sila layari http://coffeeparty.my/coupons/stores/MS/2012/08/20/free-legoland-malaysia-tickets/  untuk info.

Terima kasih...

 Pe@ce Munira :-)

Monday, November 26, 2012

JEJAK KAKI KU DI BLOG MU

Assalamualaikum....

Alhamdulillah, dah 4 tahun blog ini di hasilkan. Atas minat menulis dan berkongsi cerita maka terhasillah blog nie.

Saya berharap mendapat sokongan dari kawan-kawan tak kira di mana jua berada.

Blogwalking ini dari entri http://www.maeraismail.com/. Seiapa nak join pun boleh sehingga 27/11/2012 pukul 11.59 malam.

Ini adalah peserta terkini yang join blogwalking ini :-

Terima kasih atas sokongan semua kawan-kawan ;-)

Pe@ce Munira :-)

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers