Monday, December 3, 2012

Hari Pertama Ariq

Assalamualaikum...

3/12/12- Tarikh mula hantar Ariq ke IIUM Childcare. Pukul 5.00pagi dah bangun sambil tengok jam. Dalam hati dah set dah nak bangun awal sebab hari nie hari pertama hantar Ariq kat nursery so tak boleh nak terhegeh-hegeh. Beg baby dah sedia cuma baju, diapers dan lain-lain belum masukkan lagi. Takut bila sambung tidur nanti terus lambat walaupun musim cuti sekolah. Lagipun Ariq memang akan bangun awal dan tak tentu masa so siap apa yang patut dulu. Dah lepas mandi baru kejutkan anak-anak. 

Lepas solat Subuh, tadah tangan memohon semoga Allah permudahkan segala urusanku pada hari nie. 

Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar.

Semoga Ariq bersikap baik dan tidak meragam. Tapi, biasanya baby memang akan baik ajekan. Lain kalau nak hantar anak umur 1 tahun ke atas memang akan mengamuk tak nak pergi sekolah. (pengalaman dulu...)

Mak pun dah balik Keramat tapi bila-bila Mak nak datang pun boleh. Kira macam rumah ke-2 lah kat sini. Terima kasih juga kat Mak yang menjaga Ariq sebelum dapat masuk kat nursery. 

Arghh...kenyang plak rasa walaupun hanya Yong Tau Fu. Mula-mula beli nampak macam sikit je...macam tak cukup. (ikut nafsu...) Tapi bila dah makan, memang kenyang sampai ke petanglah. Alhamdulillah. (siap beli roti gula takut lapar...hihi:-)

Oklah time break dah habis. Terima kasih kepada yang sudi baca...♥ korang! 


Pe@ce Munira :-)

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers