Friday, November 30, 2012

Ariq ready to school...

Assalamualaikum...


Cepatnya masa berlalukan.Tup..tup..baby pun dah nak masuk 6 bulan. Alhamdulillah.
Minggu depan Ariq dah boleh masuk nursey UIA, nasib baik cepat juga dapat enroll. Kesian kat mak nak jaga baby walaupun mak tak kisah tapi saya yang kisah sebab risau kat mak.

Mak pun bukan sihat sangat, kadang-kadang kena semput. Semput bila datang tak tentu masa. Bila mak suruh bawak pergi klinik baru ler pergi klinik ambik gas. Bila ambik gas maknanya mak tak berapa sihat. Alhamdulillah darah tinggi mak dah baik tak macam dulu. Dulu naik darah sebab risau kan anak-anak. Hmm...kesian mak.

Bila Ariq dah dapat masuk nursery, preparation pun kena buat jugak. Checklist kena ada kalau tak nanti lupa apa yang kena simpan dalam beg baby. Yang penting, baju, diapers, susu dan botol susu kena ada.*PENTING*

Hopefully, Ariq behave well masa kat nursery nanti. Tapi yang pasti mesti Ariq pelik bila tengok muka pengasuh lain pulak. Mana nenek?? Hehehe...

Nenek malam nie nak balik rumah dah. Nenek pun dah mula rindu kat Ariq. Ibu dah cakap dengan nenek nanti tiap minggu kita jenguk nenek kat Keramat (tak ler jauh pun..) supaya Ariq tak lupa kat nenek.

Oklah sampai kat sini dulu. Jam pun dah pukul 5.10p.m. Masa untuk balik rumah.

Sudi-sudikanlah membaca entri saya kali nie.


Pe@ce Munira :-)

Note : Inject imunisasi untuk 6 bulan hari nie.(lupaa...)

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers