Thursday, April 17, 2014

Ariq 1 2 3

Assalamualaikum,

Abang Ariq yang suka sayang, cium adik Arif.

Comel je bila ada dua anak yang masih kecil. Dua-dua kena bagi perhatian lebih.
Kesian kat Ariq juga sebab kecil lagi dah dapat adik.

Ibu ayah selalu sayang Ariq. Tiada beza pun. Semua sama.

Sekarang Ariq dah masuk 1 tahun 10 bulan. Banyak yang Ariq dah boleh buat. Ariq boleh ulang apa yang ibu ayah cakap. Contohnya bila sebut satu...dua...tiga...sampai sepuluh. Perkembangan yang bagus.

Mungkin kat nurseri pun dah mula belajar sikit-sikit.

Hah! Nielah dia budak mata sepet. Nampak macam muka korea tak??

Ntah ler. Tapi masa mengandungkan Ariq, saya suka tengok cerita korea. Suka giler.Tapi cerita melayu pun tengok jugak. :-)

Ibu ayah sayang abang Ariq.

With Love,


Arif 2 bulan

Assalamualaikum,

Yeppi! Alhamdulillah Arif dah masuk 2 bulan. Berat dah semakin naik ke 5.1kg.

Tak lama lagi boleh lumba dengan abang Ariq. Macam kembar pulak.

10/4 ari tue bawak Arif pergi klinik untuk cucuk 2 bulan. Lama juga menunggu dalam 2 jam lebih baru nurse panggil. Kesian Arif kena cucuk....sakit tue. Menangis Arif masa kena cucuk. Tapi Arif kuat dan cool. Nangis sekejap je. Nurse pesan balik rumah terus bagi ubat demam. Sebab cucuk nie boleh demam.

Cuti untuk jaga Arif. Ya! Ibu bapa yang ada anak kecil nie kenalah ambil cuti untuk jaga anak lepas kena cucuk. Mereka memerlukan belaian dan perhatian dari ibu bapanya.


Tapi kalau tak de cuti nak buat macam mana kan. :-)

Sekarang nie Arif dah pandai senyum. Bila tepuk tangan dia mesti dia senyum.

Geram dengan pipi gebunya. I love you sayang!

Dari Ibu,

Thursday, March 27, 2014

Pesawat MH370 Hilang?

Assalamualaikum,

Tanggal 8 Mac 2014, satu dunia telah dikejutkan dengan berita kehilangan pesawat MH370 milik MAS.


Sepanjang dalam berpantang saya tak putus² megikuti perkembangan berita MH370. Kehilangan yang sangat luar biasa dan tidak pernah terjadi lagi di Malaysia.

Sedih. Satu ungkapan yang keluar dari mulut saya. Sebagai umat islam semestinya kita sedih dengan kehilangan orang tersayang dan sentiasa berdoa semoga pesawat dan penumpang selamat dijumpai. Allah Maha Besar dan Maha Mengetahui.

Sehingga sekarang kita masih lagi menunggu jawapa walaupun telah disahkan pesawat MH370 telah berakhir di Lautan Hindi.

Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Itulah tanggungjawab seorang pemimpin yang terus diacu pelbagai soalan yang perlu dijawab. Apatah lagi bagi ahli keluarga mangsa yang masih dalam keadaan sedih dan pelbagai persoalan bermain difikiran.

Kerajaan Malaysia telah berusaha sehabis baik untuk mencari dan menyelamat MH370. Pelbagai bantuan telah di terima. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa.

Kita hanya mampu berdoa dan berharap supaya misi mencari MH370 dipermudahkan dan segala persoalan akan terjawab. Janganlah kita saling salah menyalahi antara satu sama lain dan mempolitikkan isu ini.

#PrayForMH370
#SadMomentForMalaysia.

Sedih.Pilu.
Hanya Airmata Peneman Hidup.

Wednesday, March 26, 2014

Muhammad Arif Amin di sini!

Assalamualaikum,

Hai sahabat² semua.

Lama tak update. Hari nie baru ada masa nak tulis dalam blog.

Lama menghilang bukan tak de masa tapi cuti berpantang. Alhamdulillah pada 3 Februari 2014 saya telah selamat melahirkan bayi lelaki yang diberi nama Muhammad Arif Amin. Berat masa lahir 3.08kg.


Sekarang dah umur 1 bulan berat dah 4kg. Nenek yang tolong jaga pun tak larat nak dukung lama². Memang seronok bila ada baby baru. Ramai yang nak gomol dan geram kat Arif.

Semoga Arif menjadi anak yang soleh dan berjaya di dunia dan akhirat.




Thursday, January 9, 2014

Zharfan Darjah 1

Assalamualaikum,

Musim cuti sekolah dah tamat.Tiba musim anak-anak ke sekolah pula.Jalan pun dah mula jemkan.

Tahun 2014 nie, anak saya yang no. 3, Zharfan masuk darjah 1. Betapa cepatnya masa berlalu. Kira dah 3 orang anak yang bersekolah. Best!best!best! :-)


Cabaran bila anak bersekolah nie banyak. Terutama sekali yang baru darjah 1. Hari pertama sekolah nak kena tengok bila waktu makan, nak kena ajar cara nak membeli di kantin. Mulalah pelbagai nasihat diberi oleh mak ayah bila nak tinggalkan anak. Termasuklah saya nie. Bila anak dah besar sikit dan pandai berdikari lain pula cabarannya. Apa yang saya buat ialah dengan banyak membaca tentang cara mendidik anak yang telah remaja dan cara menangani masalah anak zaman kini.

Alhamdulillah Zharfan tak de masalah menangis di sekolah. Mungkin telah biasa sekolah sejak di tadika lagi.

Selamat belajar anak² Ibu! Semoga menjadi anak yang soleh dan berguna di dunia & akhirat! Aminn!

Tuesday, December 10, 2013

Genap 18 Bulan

Assalamualaikum,

Masa berlalu....tanpaku meyedari...cewah!

Tiba-tiba rasa nak menyanyi pula.Dah ler musim hujan dan banjir. Kesian melihat magsa-mangsa banjir di Pantai Timur. Terpaksa mengharungi air dan menahan lapar sementara menunggu bantuan tiba. Kita yang tidak merasa hanya mampu menghulurkan bantuan.

Tajuk hari nie nak cerita pasal budak comel nie....



Bulan nie dah genapa usia Ariq 18 bulan. Sepatutnya dah bawak Ariq pergi klinik tapi belum lagi sebab Ariq demam, selsema dan batuk. So, saya tunggu bila Ariq dah sihat betul baru jumpa doktor eh! Takut nanti Ariq demam lagi.

Bukan senang nak jaga anak demam. Ibu mana tidur lena bila anak demam? Ayah je yang tidur lena tapi bila tiba masa makan ubat untuk Ariq saya kejutkan juga ayahnya. Tolonggg...tolongg...hihi ^_^

Anak dah ramai. Rasanya tak de masalah dahkan? Dah biasa jaga anak ramailah katakan....haha!
Bila ada anak ramai nie banyak pengalaman dah saya kecapi. Pelbagai ragam dan perangai. Alhamdulillah rezeki dan anugerah dari Allah!

Sedih bila dengar berita bayi dibuang dan didera. Tak sampai hati nak tengok dan baca.

Semoga Ariq cepat besar dan sihat sentiasa. Ibu sayang Ariq!!!Muahhhhh....






Monday, December 9, 2013

IIUM Educare Graduation Day 2013

Assalamualaikum,

9/11/2013 - Hari Konvokesyen tadika Zharfan. Lama dah nak update tapi tak sempat-sempat. Akhirnya hari nie rasa free skit so bolehlah upload gambar untuk kenangan. 6 tahun, sekejap masa berlalu. Dah besar dah anak ibu sorang nie. Tahun depan dah masuk darjah satu. Harap semuanya ok...yang penting no cry-cry.Hehe.

Macam nak ikrar je gambar zharfan nie....hehe.


Bila ada konvokesyen memang wajib ada persembahan. So kali nie giliran zharfan buat persembahan. Siap suruh ibu cari lirik lagu 'Hijau' nyanyian Zainal Abidin. Nasib baik senang dicari..kann.



We are ready, teacher!

Terima kasih pada kawan yang sempat snap gambar zharfan. Hihi :-)

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar walaupun cuaca hujan. VCD belum dapat lagi. Gambar je yang boleh ditatap untuk kenang-kenangan.

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers