Monday, February 28, 2011

ReCoGNiTioN For Sales Leader/Golden Circle by AVON

Venue: Prescott In Hotel,Kuala Lumpur.
Date: 27 February 2011






Alhamdulillah...Akhirnya dapat juga me mencapai target utk Sales 2010.Di atas kejayaan ini pihak Avon telah menganugerahkan me Sijil & Pin (seperti digambar).Thanks a lot to my sister Noorhayatee Mohd Nor as my Good Leader yang banyak membantu me selama ini.

Bersama Sister Roslawati, Zon Manager D104.

Friday, February 18, 2011

Kau, Dia...Aku Rindu


Part 4

Cuaca di luar nampak mendung.Mendung tidak beerti hari akan hujan.Aku mula melangkah laju menuju ke parking kereta.Hari ini aku terpaksa park kereta jauh dari pejabat.Huh!Letihnya kakiku apabila seharian kaki ini mengorak langkah.Sekejap ke sana sekejap ke sini.

Jem!Hari-hari jalan jem.Biasalah KL.Duduk di tengah-tengah bandar KL memang macam tue.Sambil aku memandu sempat aku mencapai botol air 100 Plus yang sentiasa menemaniku ke mana saja.Air penambah tenaga.

Sesampai aje aku di rumah, aku terus terjelepuk di atas sofa.Tidak tertahan rasanya sakit kakiku ini.Alangkah bagusnya kalau ada orang yang dapat tolong urutkan kakiku.Tiba-tiba aku teringat pesanan emak yang selalu mengusikku dan bertanya bila aku akan naik pelamin.

Cinta?Cinta pandang pertama memang ada.Orang kata cinta pandang pertama memang susah hendak dilupakan.Betul ke??Fikiranku mula menerawang ke alam cintaku dulu yang sungguh bahagia.Cinta mana yang tidak bahagia apabila hati sentiasa berbunga dan dijanjikan dengan kata-kata yang indah.

Apa-apa pun aku berharap dapat menemui cinta sejati.Sabar ya Mak!Bisik hati kecilku.

JOM!Jom ke BUTIK AVON!



Kepada anda yang berminat hendak menjadi ahli Avon bolehlah hubungi saya. Cepat..cepat..banyak promosi yang hebat sekarang!

Wednesday, February 16, 2011

Kau, Dia...Aku Rindu

Part 3

Di pejabat, balik aje dari lunch aku terus membelek majalah Solusi siri 28 yang baru lagi berada di pasaran. First time aku baca majalah nie aku dah mula minat. Minat pada isi kandungannya yang lebih kepada motivasi dan ilmiah yang sesuai untuk kita yang kadang -kadang lalai.

Mengimbas semula detik aku mula bekerja di sebuah kedai selepas aku habis SPM, waktu itu barulah aku tahu susah payah abah mencari duit untuk menanggung aku adik beradik.Kini, Abah telah tiada...Aku redha dengan ketentuanNya. Kita adalah kepunyaanNya. Hidup kita di dunia ini pun hanya sementara.Mula-mula kerja tue memanglah letih kerana mengikut shift.Apabila aku kerja siang dapatlah berehat lama sikit tapi bila kerja malam aku jadi macam letih dan terumbang ambing kerana tidak cukup tidur.Pernah suatu hari aku terpaksa bekerja dua shift, dari malam hingga ke petang keesokannya.Ya Allah.. aku terus demam waktu tue kerana dah tak larat berdiri lagi.

Hati aku berdetik...untung betul bagi mereka yang dapat kerja di pejabat waktu ini. Sekarang, alhamduillah aku telah mendapat kerja yang baik dan mungkin berkat kesabaran aku Allah mempermudahkan untukku mendapat pekerjaan. Syukur sangat-sangat pada Allah s.w.t.Hanya kepada Allah tempat kita mengadu dan meminta pertolongan.

Sesungguhnya doa seorang ibu amat berkesan dan aku sentiasa mendoakan kesejahteraan ibu yang amat kusayangi.Kini tinggallah kami adik beradik untuk meneruskan hidup bersama ibu setelah ketiadaan abah. Hari ini sudah 14 tahun pemergian arwah abah. Semoga rohnya di cucuri rahmat oleh Allah s.w.t.Amin!

Thursday, February 10, 2011

Majlis Perpisahan Tn. Hj Shahrom

Sempena Majlis Persaraan Tn. Hj. Shahrom bin Rabu...Kami telah menghasilkan sebuah video istimewa buat beliau.
Tn. Hj. Shahrom adalah bos me kat opis..Orangnya memang sporting tetapi tegas dalam melakukan kerjanya. Me pun baru jer keje di tempat beliau 3 tahun.Tapi dah 10 tahun me mengenali En Shahrom.Bila bos dah x de kat opis terasa betul kehilangannya..Opis terasa sunyi tanpa suaranya, usikannya dan gelak tawanya.

Me nak ucapkan ribuan terima kasih atas segala pengorbanan beliau.Semoga En. Shahrom diberi kesihatan yang baik dan dilindungi oleh Allah S.W.T walau dimana jua berada.

Enjoy your retirement!!!

Kau, Dia...Aku Rindu

Part 2

Jam menunjukkan pukul 5.06 petang, aku terus leka membelek surat-surat lama yang tertera nama 'To: Sofiya Madeeha Mohd Zain'. Itu nama aku...Terus aku membaca helai demi helai surat-surat itu. Surat yang telah sekian lama aku simpan.Surat dari kawan-kawan rapatku yang sering aku berutus surat.

Memori indah mula diimbas.Saat yang paling indah apabila surat-surat lama ditatap semula.Indah bukan??Segala kenangan, memori sewaktu di alam remaja mula bermain difikiran.Aku terus membaca sambil menghirup teh 'o' suam yang menjadi air favorite ku.

Dulu, habis jer SPM kami masih lagi berhubung.Samaada berutus surat atau telefon.Aku rindu saat itu.Kini masa berlalu begitu pantas.Putaran bumi tidak mungkin berpatah balik.Yang berlalu biarlah berlalu.Hanya memori indah yang dapat kita kenang umpama sebuah diari lama yang kian usang tapi masih cantik disimpan.



Kedengaran lagu 'Patah tumbuh hilang berganti' dari kumpulan Iklim berkumandang di corong radio. Huh..lagu nie pulak yang keluar.Lagu nie pernah aku nyanyikan bersama kawanku sewaktu disekolah dulu.Memang waktu dulu lagu nie menjadi lagu favorite.Siapa yang tidak kenal kumpulan Iklim yang telah lama berkecimpung di dalam dunia hiburan sehingga kini.

Azan maghrib telah mamanggil diriku untuk menyimpan semula semua surat-surat lamaku. Aku terus berlalu mengambil wuduk untuk menunaikan fardhu yang telah diperintahkan oleh Allah atas hambaNya.

to be continued...

Sunday, February 6, 2011

Kau, Dia...Aku Rindu

Part 1

"Welcome to FB" Ucapan pertama bila aku mula daftar masuk ke Facebook.Satu laman sosial yang menjadi hangat masa kini.Hati berbunga-bunga bila dapat pesanan dari kawan lama. "Mujur ada FB"bisik hati kecilku.Aku nie baru jer nak berjinak2 dengan laman sosial nie.Ramai memberku semasa di sekolah, kolej dulu dapat aku contact.Yelah...hampir 13tahun aku tak berjumpa diaorang.Lepas aje SPM terus sambung ke Kolej.Zaman remajalah yang paling seronok bagi aku...

Bila dikenang zaman sekolah dulu memang aku boleh tergelak sorang-sorang.Aku mula mengingati wajah-wajah cikgu,member yang sekelas denganku dan yang mula mengusik hatiku.Ahhhh...itulah memori dulu-dulu.Sehingga sekarang aku cuma dapat berhubung melalui FB...dengar-dengar semuanya dah beranak pinak.Nak jumpa??Bilalah masa agaknya kami nak berjumpa...yang dekat ada..yang dah jauh dari mata pun ada.

Nostalgia..Ingat zaman aku tingkatan berapa ntah?Aku dah lupa...Cikgu pernah bertanya dan suruh kami semua berfikir apa yang akan berlaku pada kita selepas 5 tahun nanti.Nahhhh....Now!Semua dah berubah.Aku pun dah berubah..muka,badan semua dah berisi..hehehe.Bila terkenang balik zaman remaja..memang rindu!Rindu pada kawan-kawan rapatku dan segala memori indah.Indah ke??? Biasalah bila dah rindu-rinduan semuanya indah belaka.

Cehhh!!Rindu konon.Arhh...lantak koranglah nak kata apa.Setidak-tidaknya aku masih mempunyai perasaan.Aku mula termenung..berangan...dan terus terlelap di atas sofa yang empuk.

to be continued...

Tuesday, February 1, 2011

Naluri Seorang Ibu...Adakah Sama Seperti Naluri Seorang Ayah??

Salam...

Selamat ber'holiday' kepada kawan2 yg bercuti.

Seawal pagi me dah bangun dari tidur...rasa letih x hilang lagi...Anak2 pun dah bangun utk bersiap ke sekolah...rutin setiap hari.Dalam waktu kesibukan me utk bersiap2...kedengaran pula suara si ayah yang sedang memarahi Haziq..Hurmm...Entah apa hal lah pula tue...Me cuma mendengar aje...takut bila masuk campur lagi lambat pulak ke sekolah & opis.

Tuela...Hati siibu bila dah mendengar suara anak menangis mulalah mood sedih...kesian...Kadang2 me terfikir apa betul ke apa yang kita buat? Risau membelenggu hati...takut2 anak memberontak dan membuat sesuatu yang diluar jangkauan.

Inilah cabaran dalam kehidupan berkeluarga...Bila anak kena marah...Itu adatlah...Adat ke?Marah anak itu perlu utk menegur yang salah..supaya anak tahu apa yang betul & salah.

Bila si abang menangis..si adik pun sama menangis...mungkin ketakutan...Me pun keluar dari bilik dan tgk keadaan dah mulai reda...Si ayah pula suruh anak diam dan seperti tiada apa yang berlaku...Agaknya apa perasaan seorang Ayah waktu itu?Adakah sama seperti apa yang dirasai oleh seorang Ibu.Ntah apa kata jiran agaknya!pagi2 lagi dah memekak!!Hurmm...

Ya Allah!Engkau berilah aku kekuatan & kesabaran dalam mendidik anak2...Dan Engkau terangkanlah hati anak2ku...Jadikan dia anak yang soleh dan menghormati orang tua...Amin Ya Rabbal Alamin!

Doa mengelak daripada sifat malas dan pengecut.

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَالْجُبْنِ وَالْبُخْلِ وَالْهَمِّ وَعَذَابِ الْقَبْرِ اللَّهُمَّ آتِ نَفْسِي تَقْوَاهَا وَزَكِّهَا أَنْتَ خَيْرُ مَنْ زَكَّاهَا أَنْتَ وَلِيُّهَا وَمَوْلاَهَا اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عِلْمٍ لاَ يَنْفَعُ وَمِنْ قَلْبٍ لاَ يَخْشَعُ وَمِنْ نَفْسٍ لاَ تَشْبَعُ وَمِنْ دَعْوَةٍ لاَ يُسْتَجَابُ لَهَا.

Maksudnya: “Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung diri dengan-Mu daripada kelemahan, kemalasan, sikap pengecut kekikiran, kerunsingan serta seksa azab kubur. Ya Allah ya Tuhanku, selubungilah jiwaku dengan ketaqwaan dan sucikanlah ia, sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik yang dapat menyucikannya kerana Engkaulah pentadbir dan penguasaannya. Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung diri dengan-Mu daripada ilmu yang tidak berguna, daripada hati yang tidak khusyuk, daripada jiwa yang tiada kenal kenyang dan daripada doa yang tidak akan diterima-Nya.” (Riwayat Muslim no. 7081)

(Petikan Doa, Zikir & Doa yang Didengari Allah, Ustaz Hj. Zahazan Mohamed, terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd.)

Kehebatan Syurga Berdasarkan Al-Quran | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Kehebatan Syurga Berdasarkan Al-Quran | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers