Wednesday, December 26, 2012

Al Fatihah buat Pak Dek

Assalamualaikum...

Hai semua. Lama bercuti sampai nak update pun tak sempat. Semalam saya baru balik dari kampung di Melaka.Dari hari Sabtu sampailah hari Rabu. Lamakan? Cuti sekolahlah katakan. Aktiviti masa kat kampung cuma duduk rumah. Ada kenduri aqiqah sepupu suami tapi yang pergi suami & anak-anak je sebab baby asyik berak².So takut nanti menyusahkan orang pulak. Jadinya duduklah kat rumah berdua dengan Ariq.Huhu...sedih.

Hari sabtu masa nak balik kampung dapat sms dari sepupu, beritahu ayahnya sakit kuat (dah tenat) kat hospital Ampang. Mula-mula plan memang nak pergi lawat tapi hari Sabtu budak-budak tak boleh naik sekali so tak jadilah. Tetiba hari Isnin pukul 1 lebih (pagi) dapat missed call dari adik. Mesti urgent sebab call waktu orang tengah tidur. Kebetulan masa nielah bateri hp abis. Charger pula tak bawa.Hrmmm...dengan rasa segan silu pinjam telefon rumah mak call suami. Rupanya ayah sepupu ku meninggal dunia pukul 1.05pagi kat hospital. Innalillahi wainna ilaihi rojiun...Sedih :-( sebab tak dapat pergi ziarah.

Hari Isnin tue suami kerja so suruh dia aje yang pergi ziarah sebab saya kat kampung. 

Genap 2 bulan lebih isterinya pergi menemui ilahi, kini giliran Pak Dek pula mengikut jejak. Mugkin kerana rindu dan kasih sayang yang kuat antara mereka sehingga menemui ilahi, Allah yang Maha Mengetahui Segala-galanya.Allahuakbar!

Semoga Allah memberi kekuatan dan ketabahan kepada anak-anak arwah yang telah kehilangan 2 insan tersayang dalam tahun yang sama. Kita yang hidup kena teruskan kehidupan...hanya doa dari anak yang Soleh dapat membantu ibubapanya. Semoga roh mereka tenang di sana. Al-Fatihah.


Munira


Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers