Thursday, December 20, 2012

Tip Hilangkan Perut Buncit

Assalamualaikum....


Ramai wanita yang bimbang tentang penampilan mereka, lebih-lebih lagi bagi wanita yang belum berumah tangga. Antara yang paling benci untuk dilihat adalah perut buncit. Ia menyebabkan wanita sukar memilih pakaian yang menarik kerana bahagian perut yang buncit akan lebih menonjol.

Tip yang diambil dari buku The Flat Belly Diet ini ditulis oleh Liz Vaccariello dan Cynthia Sass. Kedua-dua penulis ini menyarankan beberapa langkah di bawah ntuk menghilangkan perut buncit :

  • Perhatikan pengambilan kalori harian. Ia bermaksud, anda perlu membatasi kalori anda sekurang-kurangnya 400 kalori sahaja setiap hari.
  • Pastikan, perut tidak dibiarkan kosong tanpa makanan melebihi dari empat jam. Ini kerana, perut yang dibiarkan tidak terisi dengan makanan cenderung terlalu lapar sehingga menyebabkan anda makan dengan lebih banyak.
  • Utamakan makanan dengan lemak tunggal tak jenuh ke dalam makanan.
  • Ketika sedang dalam keadaan tertekan, biasanya kita akan cenderung makan dengan lebih banyak. Malah, dalam masa yang sama, tubuh akan mengeluarkan hormon kortisol yang mendorong lemak berkumpul di bahagian perut. Jadi, dengan mengawal kadar stress anda, secara automatik lemak di perut akan berkurangan.
  • Cari sokongan dari kawan-kawan atau mereka yang di sekitar anda untuk bersama-sama berdiet dengan anda. Pengaruh orang di sekeliling begitu kuat sehinggan dapat mempengaruhi gagal atau berjayanya program diet anda.
  • Catat apa sahaja makanan yang anda makan setiap hari di dalam sebuah buku kecil. Jangan lupa, catatkan sekali jumlah atau kuantiti yang anda ambil agar ia boleh dijadikan sebagai panduan untuk megukur jumlah pengambilan makanan anda setiap hari.

Sumber

Pe@ce Munira :-)

No comments:

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers