Wednesday, December 19, 2012

Apa itu ' Foot Reflexology '?

Assalamualaikum...



Hari Isnin lepas adalah seorang pakcik datang pejabat, ingatkan nak bincang pasal pelajar sebab dia nak jumpa bos tapi rupa-rupanya pak cik nie buat rawatan kaki (foot reflexology) dan bekam. 

Saya dan kawan² lain cubalah buat urutan tapak kaki tapi dengan staff perempuan, tak tahu nak panggil makcik atau kakak. Yang urut saya tue ada 9 orang anak, macam makcik tapi nampak muda lagi dan masih bertenaga. Dia urut saya pun sampai sekarang masih terasa. Memang sakit tapi sedap sebab lama dah tak urut kaki.Hehe...

Tujuan 'Foot Reflexology' nie ialah untuk mengetahui masalah atau penyakit yang kita hadapi. Memang elok kita buat, sekurang-kurangnya ia dapat mencegah kita dari mendapat penyakit. Bila dah tahu apa kelemahan dalam badan kita so kita boleh mengambil langkah berjaga-jaga dengan melakukan senaman atau mengawal roda pemakanan kita.

Macam saya nie, kakak tue kata saya ada banyak angin dalam badan, kolesterol tinggi, oksigen kurang...ish..ish..memang kena jaga makan. 

Bila dah tahu barulah saya jaga makan sikit, cuma senaman je tak de. Setakat berjalan atau naik tangga memang hari-hari. Tapi itupun masih belum cukup lagi untuk mendapatkan normal BMI.Fuhhh...

Kepada kawan² yang belum buat eloklah buat kalau nak jaga kesihatan. Cuma bekam je yang saya belum buat. In Sha Allah...ada masa saya akan buat bekam tue.

Oklah dah nak balik nie...jumpa lagi di lain entri.

Terima kasih :-)

Pe@cE Munira :-)




No comments:

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers