Wednesday, May 29, 2013

Alcatel dan DG Prepaid SmartPlan

Assalamualaikum,

Lama menyepi bukan tiada cerita tapi sibuk balik kampung. Maklumlah tengah cuti sekolah...anak-anak pun tinggal kat kampung seminggu. Tinggallah 2 orang yang masih kecil bersama kami. Hihi..

Tujuan nie bukan nak cerita pasal kampung tapi pasal handphone. Hehe..
Baru-baru nie kat UIA ada stall DIGI,promosi untuk rebet RM200 (skmm) + RM50 DG prepaid SmartPlan. Mula-mula tengok macam tak berminat sebab tak layak (umur dah lebih 2 tahun).

Tapi, berkat baik hati seorang kawan, maka dapat saya rembat satu handphone Alcatel nie dengan bayaran cuma RM50.00 sahaja. Murahkan... :-)



Terima kasih tak terhingga kepada kawan saya nie...kira pangkat adiklah. Setakat hari nie tiada lagi masalah besar handphone nie. Bolehlah diguna untuk Whatsapp, Facebook dan Email. Game pun boleh...

Siapa yang masih belum tebus rebet bolehlah pergi ke store DiGi yang terdekat atau layari dulu website DiGi untuk mengetahui store DiGi yang terlibat dalam promosi nie.

Okies!





No comments:

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers