Tuesday, May 14, 2013

Rindu Abah!

Assalamualaikum,

Al-fatihah buat Abah tersayang. Walaupun dah 16 tahun pemergian abah tersayang tetapi wajah dan jasa abah tetap dikenang hingga hujung nyawa.

Tiba-tiba hari nie teringat kat arwah Abah. Masa kecil, saya dan adik (2 beradik perempuan) selain dari 5 orang abang yang ada manja dengan Abah. Suka peluk Abah. Rindu betul saat ini.

Abah dah berjaya mendidik anak hingga besar. Ingat masa sekolah naik Vespa Abah. Seronok!! Bila bunyi je Vespa Abah terus meluru ke halaman rumah. 

Kenangan tetap kenangan. Itu aje kenangan yang tinggal. Bila saya dah berkahwin dan merasa ada anak, baru tahu macam mana susah dan senang untuk mendidik anak. Bangga dengan Abah sebab tabah dan sabar dengan kerenah kami adik beradik.

Kami hidup tiadalah senang sangat. Tetapi Abah beri didkan yang sempurna serta makan pakai yang cukup.
Bila Abah dah pencen, kami buka gerai jual kuih-muih. Memang seronok dapat berniaga dengan abah.

Bila Abah dah tiada, mak pun tak berniaga lagi dengan alasan tiada pembantu. Mesti Abah suka bila tengok anak cucu sekarang. Ramai dan meriah! 

Semoga Allah mencucuri rahmat dan tempatkan arwah dikalangan orang yang beriman. Amin!

Luahan,




p/s : sayangilah Abah kita selagi masih ada.

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers