Friday, June 27, 2014

Membaca Jambatan Ilmu

Assalamualaikum,


Amboi kusyuknya dia!
Tengah syok tengok TV sempat lagi ibu snap gambar Ariq ya.

Kemain rajin lagi Ariq mengemas rumah. Habis dikeluar semua buku-buku dalam almari.
Tak pe. Ibu tak marah kalau Ariq rajin nak membaca. Macam dalam gambar tue...hehe.

Membacakan jambatan ilmu.
Biar bersepah buku, biar ibu kemas...asalkan Ariq minat nak membaca.

Lagipun pada saya, bukan senang kita nak mendidik dan menanamkan sifat suka membaca dikalangan anak² yang masih kecil. Jadi, dari kecillah kita kena pupuk dan semai kan?

InsShaAllah...

Thursday, June 19, 2014

Kembali ke sekolah??

Assalamualaikum,

Dah 4 hari anak-anak mula bersekolah.
Hari pertama sekolah anak yang ketiga buat hal. Haru biru juga ibu dan ayah dibuatnya.
Kenapa tak nak pergi sekolah? Nak cuti.
Huwaa...sambil menangis lap air mata. Anak nangis...bukan ibu.

Puas ibu cakap macam-macam. Tuela payah bila cuti sekolah lama-lama.
Suami dah mula berang. Aduh!Pening kepala ibu.
Tapi, akhirnya pergi juga bila dah kena ceramah panjang lebar.

Kesian pula tengoknya. Muka ibu dah tukar sedih...risau.
Alhamdulillah balik dari sekolah semua okay.

Hari kedua, buat hal lagi. Dia kata rindu dengan Ayah nanti. Allah!
Oklah...hari nie tak pergi sekolah. Tinggalkan dekat taska sampai petang.
Nasib baru darjah 1. Tapi anak yang 1 dan ke2 tak de pula masalah macam nie.
Yela...lain anak lagi ragamkan.

Memang ibu dan ayah kena banyak bersabar dalam mendidik anak-anak.
Bukan asyik nak pukul anak je. Pukul pun ada tempatnya. Bukan main belasah je.

Hari ketiga, dah bertambah okay. Mood pun dah baik. Bila tanya nak pergi sekolah tak? Nak.
Lega hati ibu bila dengar jawapan cam tue. Hilang sakit kepala ibu.

Apalagi senyum lerr...

Monday, June 2, 2014

Selamat Hari Lahir Ariq, 2 tahun

Assalamualaikum,

31 Mei 2014 yang lalu, genap usia Ariq 2 tahun. Yeayyy...
Ibu dan Ayah doakan Ariq menjadi anak yang soleh dan menghormati orang tua.



HAPPY BIRTHDAY TO YOU....
♥ MUHAMMAD ARIQ AMIN ♥


Friday, May 30, 2014

Majlis Aqiqah

Assalamualaikum,

Yup.
Lama tak update blog.

3 Mei 2014. Diadakan majlis Aqiqah sempena kelahiran Arif. Alhamdulillah rezeki lebih.
Abang dan adik pun nak buat sekali untuk anak mereka. Dalam masa sebulan segala persiapan telah dibuat.

Sofia, Ariq dan Arif sedang tidur nyenyak.

Waktu majlis berjalan semuanya pakat tidur.Yela.Tengaharikan.
Pagi tue kami adakan doa selamat sikit. Lagipun rumah nie belum pernah buat kenduri naik rumah. Sedih...
Alhamdulillah niat dimakbulkan.

Ariq yang suka senyum.
Ariq comel berbaju melayu.Nasib baik Ariq tak meragam atau rimas pakai baju melayu.
31 Mei 2014 genaplah usia Ariq 2 tahun.
Yeay!!
Semoga Ariq membesar dengan sihat dan gembira selalu.
Boleh main bola dengan abang Zharfan nanti.

Sofia the First!
Usia Ariq dan Sofia tak jauh cuma beza setahun je.
Dah besar nanti boleh main sama² dengan Abang Ariq.
23 Mei 2014 hari lahir Sofia yang pertama!
Selamat Hari Lahir Sofia...

Yassin sebagai door gift.

Bakul cantik dari kakak ipar..hehe.

Kambing golek.

Menu pada hari tue,

  • Kambing golek 
  • Kari Daging
  • Daging masak kurma (hitam)
  • Dalca
  • Buah-buahan
  • Air

Menu lain...kuih muih di bawa oleh mak mentua dan sedara mara.

Alhamdulillah semuanya dah selsesai. Niat pun dah terlaksana. Syukur pada Allah.
Terima kasih kepada yang datang memeriahkan majlis.






Wednesday, May 14, 2014

Pengalaman bersalin siri 2

Assalamualaikum,

Sambungan....

Lepas 5 hari di wad, saya dibenarkan pulang. Hari Isnin, 3/2/2014 saya datang bekerja seperti biasa. Tapi pagi tue ada checkup jadinya pergi ke klinik dulu baru masuk pejabat. Checup macam biasa tak de apa² masalah, cuma keletihan sikit sebab asyik ulang alik hospital, rumah dan klinik. Fuhh! (lap peluh...)

Petang tue saya ke tandas nak ambil wuduk.

Tanpa di sangka tanda² nak bersalin dah ada. Darah...

Saya rilek lagi sebab tak sakit lagi. Tapi dalam hati tetap risau. Yela buatnya nak bersalin kan susah jadinya.
Apapun saya dah beritahu suami dulu supaya suami tak kemana².
Pukul 5 terus balik, ambik anak², balik rumah ambil beg baju dan terus ke keramat hantar anak² kat rumah mak.

Dalam hati terus berdoa supaya semuanya selamat dan dipermudahkan.

Lepas maghrib terus ke hospital Selayang.
Pergi dewan bersalin dan check in.

Alhamdulillah doktor yang bertugas ada. Bila semua prosedur dah buat terus saya ditolak ke dewan bedah.
Operate lagi...(dah tau dah).

Syukur alhamdulillah, bayi selamat dilahirkan pada jam 9.49 malam. Lepas baby dibersihkan, nurse pun tunjuk kat saya baby. Boy again...it's ok. Apa yang penting baby dan ibu sihat dan selamat.
Hanya Allah yang tahu sakitnya dan peritnya Ibu yang melahirkan anak.

Arif dan neneknya...

Oleh itu hargailah Ibu selalu...ya!

Sekian...

Friday, April 25, 2014

Pengalaman Bersalin Siri 1

Assalamualaikum,

Saya mula disahkan mengandung pada bulan 6 tahun 2013. Memang tak sangka saya mengandung lagi sebab anak yang kecil baru berusia 1 tahun.

Mula-mula memang susah saya nak terima, tetapi dengan rasa positifnya saya terima dan bersyukur dengan pemberian dariNya.

Okay, sekarang saya cerita pula pengalaman bersalin yang kali ke-7 aka anak yang ke-5.

Seminggu sebelum bersalin saya mengalami demam. Rasa sakit kepala dan sakit satu badan. Waktu nie saya dah 35 minggu. Saya pun pergi klinik kesihatan untuk buat checkup bulanan. Saya pun beritahu saya demam dan tak larat sangat. Bila check urine, nurse beritahu air kencing kotor, -1.

Saya dirujuk ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Lima hari saya di tahan di wad bersalin sebab demam denggi. Pertama kali kena demam denggi memang rasa susah hati. Maklumlah dah dekat nak bersalin boleh demam pula.Hari-hari kena ambil darah. Huh! Letih. Sampai lebam-lebam tangan kena cucuk.

Takut bila platlet darah makin membimbangkan. Air botol dah banyak masuk dalam badan.
Akhirnya sup ketam juga pengubatnya. Platlet darah dah naik. Alhamdulillah. Saya pun dibenarkan keluar wad. Rindu betul dengan anak-anak di rumah. Kesian kat suami kena jaga 4 orang anak di rumah.

Okay.Nak sambung tapi kesuntukan masa.

Tunggu siri 2 pula. ^_^ Selamat membaca!

Thursday, April 17, 2014

Ariq 1 2 3

Assalamualaikum,

Abang Ariq yang suka sayang, cium adik Arif.

Comel je bila ada dua anak yang masih kecil. Dua-dua kena bagi perhatian lebih.
Kesian kat Ariq juga sebab kecil lagi dah dapat adik.

Ibu ayah selalu sayang Ariq. Tiada beza pun. Semua sama.

Sekarang Ariq dah masuk 1 tahun 10 bulan. Banyak yang Ariq dah boleh buat. Ariq boleh ulang apa yang ibu ayah cakap. Contohnya bila sebut satu...dua...tiga...sampai sepuluh. Perkembangan yang bagus.

Mungkin kat nurseri pun dah mula belajar sikit-sikit.

Hah! Nielah dia budak mata sepet. Nampak macam muka korea tak??

Ntah ler. Tapi masa mengandungkan Ariq, saya suka tengok cerita korea. Suka giler.Tapi cerita melayu pun tengok jugak. :-)

Ibu ayah sayang abang Ariq.

With Love,


Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers