Wednesday, May 29, 2013

Alcatel dan DG Prepaid SmartPlan

Assalamualaikum,

Lama menyepi bukan tiada cerita tapi sibuk balik kampung. Maklumlah tengah cuti sekolah...anak-anak pun tinggal kat kampung seminggu. Tinggallah 2 orang yang masih kecil bersama kami. Hihi..

Tujuan nie bukan nak cerita pasal kampung tapi pasal handphone. Hehe..
Baru-baru nie kat UIA ada stall DIGI,promosi untuk rebet RM200 (skmm) + RM50 DG prepaid SmartPlan. Mula-mula tengok macam tak berminat sebab tak layak (umur dah lebih 2 tahun).

Tapi, berkat baik hati seorang kawan, maka dapat saya rembat satu handphone Alcatel nie dengan bayaran cuma RM50.00 sahaja. Murahkan... :-)



Terima kasih tak terhingga kepada kawan saya nie...kira pangkat adiklah. Setakat hari nie tiada lagi masalah besar handphone nie. Bolehlah diguna untuk Whatsapp, Facebook dan Email. Game pun boleh...

Siapa yang masih belum tebus rebet bolehlah pergi ke store DiGi yang terdekat atau layari dulu website DiGi untuk mengetahui store DiGi yang terlibat dalam promosi nie.

Okies!





Wednesday, May 22, 2013

Demam 'Candy Crush Saga'

Assalamualaikum,


Demam 'Candy Crush Saga' telah bermula. Dulu, sibuk menanam bagai, ternak lembu laa...hahaha. Kelakar.
Tapi itu semua dah lepas, sekarang nie musim 'Candy Crush Saga' pula. Mula-mula nak main tue sebab tengok kawan-kawan main macam best je!Jadinya saya pun dah terjebak laa.


Permainan 'Candy Crush Saga' nie seronok tapi kena banyak bersabar ek!Nyawa pula ada lima je! Siapa rajin bolehlah minta nyawa pada kawan. Huhu. Dalam game bolehlah minta nyawa.Kann!Hihi.

Sekarang nie pun nak lepas level 65 pun susah. Asyik minta nyawa jela.kikiki..(tenkiu..)



Ulangtahun Perkahwinan ke - 12

Assalamualaikum,

Lupa nak update hari istimewa iaitu 20 Mei 2013. Hari ulangtahun perkahwinan kami yang ke -12. Alhamdulillah. Kejap dah 12 tahun kami hidup bersama. Susah senang bersama.

Dalam masa 12 tahun nie banyak kenangan manis dan pahit tapi semuanya ujian dari Allah dan saya percaya ada hikmah disebaliknya. Dan kita kena percaya pada Qada' dan QadarNya.


Dari anak berusia 1 tahun hingga 11 tahun, bermacam-macam kerenah anak telah kami harungi bersama. Anak-anaklah kurniaan dan rezeki dari Allah yang tiada nilainya. Walaupun tiada si gadis, si jejaka pun kami terima. 4 jejaka atau hero kami yang amat disayangi.

Semoga Allah memberi kebahagiaan kepada kami sekeluarga. Amin!




Tuesday, May 21, 2013

Segmen Jom Kenali Blogger Baru

Assalamualaikum,


Hai..mari kita bersegmen lagi. Kali nie segmen dari Huda, 'Segmen Jom Kenali Blogger Baru'. Semua blogger boleh sertai....apalagi jom kita serbu! ^_^



Monday, May 20, 2013

Customer Service Excellence : Serve it Right!

Assalamualaikum,

Baca tajuk kat atas...omputeh jap! Nie nak cerita pasal kursus yang saya hadiri selama 2 hari di UIA. Nie ler kursus pertama saya dalam tahun 2013 nie. Target point 42 tapi saya baru 12. Tak pe-tak pe masa banyak lagi sehingga akhir tahun.

Kursus nie lebih kepada tatacara kita berhadapan dengan pelanggan. Cara bercakap dengan betul, cara tunjuk arah yang betul, bukan main redahhh je!Hehe...

Bila kursus mesti ada makan minum kann. Jimat duit sementara tunggu gaji. Kikiki...
Dan wajib bila kursus mesti ada kumpulan dan ketua kumpulan. Jadinya nama kumpulan saya 'Sunshine' fuhh..susah nak cari nie. Tagline kami 'Beat the rest!Be the best!'. Ok tak?

Ok..nie ada pesanan sikit dari 'Douglas Adams'....

' to give real service, you must add something which cannot be bought or measured with the money,and that is sincerely and integrity...'

~ Douglas Adams (American Poet)




Tuesday, May 14, 2013

Rindu Abah!

Assalamualaikum,

Al-fatihah buat Abah tersayang. Walaupun dah 16 tahun pemergian abah tersayang tetapi wajah dan jasa abah tetap dikenang hingga hujung nyawa.

Tiba-tiba hari nie teringat kat arwah Abah. Masa kecil, saya dan adik (2 beradik perempuan) selain dari 5 orang abang yang ada manja dengan Abah. Suka peluk Abah. Rindu betul saat ini.

Abah dah berjaya mendidik anak hingga besar. Ingat masa sekolah naik Vespa Abah. Seronok!! Bila bunyi je Vespa Abah terus meluru ke halaman rumah. 

Kenangan tetap kenangan. Itu aje kenangan yang tinggal. Bila saya dah berkahwin dan merasa ada anak, baru tahu macam mana susah dan senang untuk mendidik anak. Bangga dengan Abah sebab tabah dan sabar dengan kerenah kami adik beradik.

Kami hidup tiadalah senang sangat. Tetapi Abah beri didkan yang sempurna serta makan pakai yang cukup.
Bila Abah dah pencen, kami buka gerai jual kuih-muih. Memang seronok dapat berniaga dengan abah.

Bila Abah dah tiada, mak pun tak berniaga lagi dengan alasan tiada pembantu. Mesti Abah suka bila tengok anak cucu sekarang. Ramai dan meriah! 

Semoga Allah mencucuri rahmat dan tempatkan arwah dikalangan orang yang beriman. Amin!

Luahan,




p/s : sayangilah Abah kita selagi masih ada.

Monday, May 13, 2013

{Masterchef Selebriti Malaysia 2} Pak Nil tarik diri

Assalamualaikum,

Orang lain dah lama update cerita nie tapi saya baru nak tulis kisah Pak Nil yang tiba-tiba menarik diri. Ini sebab saya suka tengok Masterchef. Rancangan yang memaparkan kehebatan selebriti Malaysia dalam bidang masakan.


Sob..sob...sedih bila Pak Nil mengumumkan untuk tarik diri dalam rancangan Masterchef Selebriti Malaysia 2 pada hari Ahad yang lalu. Pada ujian sajian pantas, Michael Ang telah mendapat pujian terendah dan tersingkir, tetapi nasib baik menyebelahi Michael Ang kerana dengan keputusan Pak Nil itu Michael Ang dapat meneruskan perjuangannya dalam Masterchef ini.

Pak Nil atau Datuk Aznil Hj Nawawi telah mengambil keputusan untuk mengundur diri kerana ingin menjaga ibunya yang sedang sakit. Terharu rasanya. Semoga ibu Pak Nil cepat sembuh dan sihat.





Tangan Ariq terseliuh

Assalamualaikum,

Hari Rabu lepas masa ambil Ariq dari nursery, nampak Ariq macam ok je tapi sebenarnya tangan kiri Ariq sakit. Bila saya pegang dan angkat sikit dia dah menangis. Kesian Ariq...

So, on the way nak balik rumah singgah klinik kejap. Doktor kata cuma terseliuh aje dan tidak patah. Cuma saya risau sebab tangan Ariq tak bergerak sangat masa tue. Mungkin sakit agaknya jadi dia tak nak bergerak sangat. Hurmm...kesian my baby.

Hari Khamis pergi buat x-ray pulak. Check takut ada kesan sampingan lain selain terseliuh. Alhamdulillah tiada retak atau patah. Cuma sapu dengan ubat yang doktor berikan. Fuhhh....lega rasanya bila dapat pengesahan dari doktor.

Lepas nie Ariq kena di beri perhatian yang lebih sikit supaya tiada perkara yang serius berlaku di nurseri. Nak kata Ariq jatuh...mungkin sebab Ariq sekarang sedang lasak. Suka memanjat sana sini. Nasib ada walker. Bila di tanya jatuh kat nurseri...cikgu cakap tak jatuh. This time oklah. Jangan pulak jadi lagi.

Apa-apapun Ariq dah kembali sihat. Hari nie dah mula hantar Ariq ke nurseri. Dah lama ibu cuti...hehe. Seronok juga bila cuti lama-lama. ^_^ Tapi cuti saya bersebab tau.

Ok. Happy reading! ^_^



Segmen Blogwalking Kita - Kita

Assalamualaikum,

Hai...

Jom kita bersegmen bersama 'Segmen Blogwalking Kita-Kita'. Hadiah seperti tertera di atas.
Selain dari menambah kenalan ia juga boleh mengeratkan hubungan silaturahim sesama kita. Untuk menyertai boleh klik di SINI.

Terima kasih!

Happy Blogwalking! ^_^

Wednesday, May 8, 2013

Ibu Terharu

Assalamualaikum,


Kejadian nie berlaku semalam...

Danish : Ibu, ibu nak hadiah apa?
Ibu : Kenapa? Sempena hari ibu ke?
Danish : Kat sekolah ada jual bunga, teddy bear, pin tudung...ibu nak yang mana?
Ibu : senyap....(dalam hati rasa happy dan terharu)
Danish : nanti Danish belikan hadiah special untuk Ibu dengan Ayah...

Ibu terus tersenyum simpul dengan rasa gembira...

Walaupun Hari Ibu di sambut setiap tahun tapi setiap hari adalah hari ibu untuk anak-anak.

May Allah bless my family here and after. In Sha Allah!




Tuesday, May 7, 2013

SEGMEN KATHY MENCARI BLOGLIST MEI-OGOS

Assalamualaikum,



Apalagi ditunggu jom serbu blog di Kathy. Selain dari menambah kenalan kita boleh merapatkan lagi ukhwah sesama kita,okay!

Jom Support Segmen Blogger Kathy!

Terima kasih ^_^




Selepas PRU-13 ~ 5 Mei 2013

Assalamualaikum,

Alhamdulillah....


Selesai sudah tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia. I Love MALAYSIA.
Walaupun dah tahu parti mana yang menang tapi kehangatan dan ketidak puasan hati masih lagi ada di kalangan mereka. Kenapa? Waallahualam....

PRU-13 kali nie kali ke-3 saya mengundi. Yeay!!
Seronok dapat mengundi tahun nie. Pagi lagi dah bersiap pergi rumah mak. Almaklum daftar undi ikut alamat rumah mak. Rugi ke tak siapa yang tidak mengundi? Wallahualam...

Keadaan sekitar kawasan memang happening....dengan bendera dan suara sorakan serta semangat parti itu yang seronok dilihat. Jangan ada yang gaduh sudah....
Dengan bunyi hon sebagai tanda sokongan...dengan kain rentang dan sepanduknya.....fuhh!!Waktu nielah nak tengok kannn....

Undi adalah rahsia...tapi masih ada yang tanya 'undi apa?'erk...rahsialahhh..

Semoga negara MALAYSIA Aman dan Harmoni!!


Friday, May 3, 2013

Thursday, May 2, 2013

Hari Sukan Staff UIA 2013

Assalamualaikum,

Majlis penyampaian hadiah kepada peserta/athletic yang terlibat telah selamat berlangsung tadi.

Saya dengan sukanya turut hadir memeriahkan suasana...hehe. Lama tak ambil medalkannn.

Sukannya dah lama tapi hari nie baru majlisnya. Tahun depan kita jumpa lagi ya!

Dari kiri Kak Zura, Saya, Kak Nini, Nurul dan Farid





Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers