Thursday, November 8, 2012

Kenapa dengan Mata?

Assalamualaikum...

9/11 - Hari nie bos m.c. Saya pula mata tiba² rasa semacam. Dari semalam lagi dah rasa tapi buat 'dek' je. Hari nie paling teruk sebab bila tengok orang macam ada something menganggu penglihatan kat mata belah kanan. Mata saya memang rabun jauh. Mungkin kesan dari rabun jauh agaknya. Nampak gaya kena jumpa doktor mata jawabnya.Huhu..


Harap² tak de apa yang teruk berlaku. Harap² doktor cuma bagi ubat makan je. Tapi mesti kena buat spec mata dan kena pakai. Kaca mata dah ada tapi tak pakai setelah sekian lama buat. Selalu pakai kat rumah je. Itupun jarang. Kat opis bila pergi kursus baru bawa sekali. Teruk betullah saya nie. >_<

Hari nie hari jumaat. Esok hari Sabtu. Esok ada 2 agenda bersama keluarga. Pertama, dapat jemputan kenduri doa selamat dari sepupu kat PJ sempena majlis berkhatan anak sulungnya. Kedua, majlis pertunangan sepupu di Ampang lepas Asar. Doa saya semoga semuanya berjalan dengan lancar.

Jam dah pukul 12.15 tengahari.

Waktu untuk rehatkan minda dan mataku.Huhuhu...
Dan waktu makan juga ;-D

Terima kasih kerana sudi membaca blog saya.


Pe@ce Munira ;-)


Istanbul Aku Datang

Assalamualaikum....


Sinopsis Istanbul Aku Datang :-

Istanbul Aku Datang mengisahkan perjalanan seorang gadis yang penuh kesungguhan dan percaya akan takdir cintanya, Dian lakonan Lisa Surihani yang sanggup terbang ke Istanbul untuk berada dekat kepada kekasih hatinya, Farouk lakonan Tomok yang juga pelajar jurusan kedoktoran di universiti di sana.

Dalam diam, niat Dian yang juga seorang penulis blog mengimpikan sebuah kebahagiaan dan keputusan yang akan mengundang seribu senyuman kepadanya, kononnya Farouk akan nampak kesungguhannya dan mengambil keputusan untuk berkahwin dengannya.

Namun bagai kata pujangga dan pemahaman realistik yang kita tidak mampu mengubah takdir atau meneka apa yang sudah disuratkan kepada kita, segala impian dan objektif Dian itu semuanya tidak mengikut apa yang difikirkan.

Dian bagai merentasi sebuah pengalaman berbeza yang akhirnya menemukannya pula dengan seorang lagi lelaki juga pelukis, Harris lakonan Beto.

Pertemuan mereka yang awalnya memberikan ketegangan dan konflik bagaimanapun akhirnya memberikan satu keserasian. Dian tidak sedar yang kini dirinya berdepan kemelut kekasihnya, Farouk yang cemburu dan Harris yang mula mencerminkan sebuah kebahagiaan.

Dian keliru namun semua yang berlaku hanya mematangkannya dan memberikannya ruang untuk membuat keputusan terbaik untuk dirinya sendiri.

Lakonan : Lisa Surihani, Beto Kushairy, Tomok dan Aizat.

Arahan : Bernard Chauly

Pe@ce Munira ;-)

Fenomena Adam & Hawa

Assalamualaikum...


Hero & Heroin Adam & Hawa bersama keluarga mereka.

Hai semua! Tengok tajuk kat atas mesti semua dah tengok drama Adam & Hawa di channel 134. Mula-mula saya layan juga drama nie tapi sebab cite nie start pukul 10.00malam so banyak episod yang terlepas. Bila nak tengok pula husband kata, tak yahlah tengok...lagipun dah banyak episod dah terlepaskan. Hah! Dengan muka sedih...tukar channel.Huhuhu...sob!sob!

Tapi, sekarang niekan dah canggih so ada kawan yang baik hati dah download cite nie. Apalagi bolehlah tengok nanti. Buat masa sekarang nie tak copy lagi. Banyak kut kena copy. Dah ler external hard disk pun tak de lagi.Hehehe...

Time cuti sekolah nie anak² sibuk nak tengok movie so copy dulu movie yang best untuk budak². Nak suruh baca buku lagi payah...layan game atau tengok movie jelah. Kesian anak² kalau asyik kena belajar je.

Oklah dah tiba masa nak balik nie. Jumpa lagi next entri.


Pe@ce Munira ;-)


Wednesday, November 7, 2012

Cerita Hari Ini

Assalamualaikum....

8/11 - Alhamdulillah, batuk dah berkurang. Hari nie bawa baby pergi cucuk imunisasi 5 bulan. Masa cucuk tue kemain baik je dia. Tak bunyi apa pun, 'erk' pun tidak. Keadaan di opis pun terkawal so minta izin bos keluar kejap pergi klinik.

Menu makan tengahari nie 'Mee Hoon Sup'.Perghh! Memang layan habis sebab pedasnya sampai minum air 2 cawan.Hahaha. Untuk pengetahuan semua, saya nie memang tak tahan pedas sangat. Lepas kahwin baru belajar makan pedas sikit² sebab orang Melaka memang makan pedas²kan. Apalagi kenalah tahan sikit bila makan 'asam pedas' atau 'gulai masak lemak cili api'.Setakat nie dah boleh tahan...tapi kalau pedas sangat memang minum air jugalah sampai mak mertua pun tegur.Hihihi...Sori Mak!

Habis je pergi klinik tadi terus belikan nasi untuk mak dan anak bujangku. Almaklum cuti sekolah dah dekat so malaslah nak pergi sekolah. Lagipun ari nie kat sekolah ada majlis anugerah cemerlang, memang tak pergilah. Periksa akhir tahun nie, haziq dapat no. 19/38. Huhu...tak tahu nak kata apa. Budak lelaki memang malas nak belajar. Bila di tegur baru baca buku. Tahun depan nak masuk darjah 5. Dah pakat dengan husband nak hantar Haziq tuisyen. Kebetulan tempat tuisyen tue pun dekat benor dengan rumah. Boleh jalan kaki je.

Harap-harap tahun depan ada perubahan sikit kat Haziq. Cikgu dia kata, dia kurang tumpuan dalam kelas. Kejap jer dia dengar cikgu cakap, pastue dah hilang kemana ntah. Puas dah bagi nasihat. Nasihat untuk semua anak². Bukan untuk dia sorang tapi sebab dia yang sulung so lebih kena kat dialah. Biar dia jadi contoh yang baik pada adik².

Mee Hoon pun dah habis..so lainkali kita sambung lagi ya!

Sudi-sudilah baca entri saya kali nie.


Pe@ce Munira ;-o (kekenyangan..)

Tuesday, November 6, 2012

3 Hari 2 Malam di Penang (Part 2)

Assalamualaikum...

7/11 - Hari nie masih lagi batuk dan sakit tekak. Rehat pagi tadi singgah kat kedai beli panadol, strepsils dan 100 Plus. Agak-agak boleh baik tak? Yang pasti hari nie kena kerja macam biasa. ^_^

Pagi tadi sempat tengok gambar kat Penang dalam Facebook. So nielah gambarnya...




Last day di pantai, ada game untuk budak-budak. Acara untuk ibu ayah pun ada...nak tahu tak apa dia? Acara makan epal...hahaha. Isteri kena bagi suami makan epal.Kuikuikui...
Itu pun kira oklah kalau tak kakakku nak buat acara suami kena dukung isteri...wakaka. Lagilah tak larat kut.Kikiki ;-)

Oklah selamat membaca ya!Badan tak berapa sihat nie.Jumpa lagi di entri lain.

Pe@ce Munira

Monday, November 5, 2012

3 Hari 2 Malam di Penang

Assalamualaikum...

6/11-Hari yang memenatkan setelah bercuti panjang bersama keluarga. Sakit badan. Sakit tekak. Perasaan hati macam nak m.c aje hari nie tapi disebabkan cuti tak banyak kenalah di abaikan perasaan ini.Jawabnya kena kerja dengan rela hati.Huahuahua.


                            Hotel tempat kami menginap.


                                  Lepak makan tengahari di Khaleel Nasi Kandar.

Malam tadi sampai rumah dari Penang pukul 9.30malam. Cuaca pula hujan lebat sepanjang jalan balik ke Kuala Lumpur. Dengan sejuk dan lapar suami teruskan juga perjalanan. Anak-anak dah lena tidur.Baby di atas riba pun tidur lena tapi kadang-kadang merengek juga sebab tak berapa selesa.

Nasib baik on the way nak balik dah beli buah jambu, jambu air, durian belanda, ciku dan sebagainya kat R & R Bukit Gantang. Rancangan awal nak beli kat Tapah tapi tak jadi sebab tengok cuaca nak hujan. Alang-alang dah berhenti rehat kat situ teruslah beli kat situ. Senang!

Mak sampai rumah dekat pukul 5.00pagi.Huh! Nasib baik tak ikut diorang pergi Bukit Bendera, kalau tak lambatlah sampai rumah. Bukan kami tak nak ikut tapi baby tak berapa sihat, batuk dan selsema. Lagipun saya tak berapa suka sangat naik cable car. Anak-anak bising jugalah sebab tak join diorang sekali tapi atas nasihat ayahnya kenalah patuh.Kalau tak, ada yang menangis tak berhenti nanti. Hehehe.

Penang Island, sebutan zharfan setiap kali nak pergi sini.Omputeh you..ahaks!

Aturcara majlis program semua berjalan dengan lancar cuma nak shopping je tak berapa puas atas sebab cuaca yang tidak menentu. Apa pun anak-anak seronok dapat hadiah dan mandi kolam. Semuanya di uruskan oleh kakak iparku, Kak Yatee. Alhamdulillah apa yang kami rancang menjadi. Setahun sekali katanya.Hehehe.

Insyallah tahun depan rancang nak pergi Cherating pula. Yang penting simpan duit untuk hari keluarga tahun depan.Ok!

Gambar tak de? Saya memang tak ambik gambar tapi gambar kami ada dalam kamera mereka(tumpangkan senang...).Bila dah dapat nanti saya upload gambar,ya!

Sudi-sudilah membaca entri saya kali nie.

Pe@ce Munira;-)

Friday, November 2, 2012

Izu besday!;-)

Assalamualaikum...


25/10/2012 - Genap 30 tahun umurnya...hehe.Happy birthday Izuria Kadzrina. My opis mate tapi di PJ branch. Present nie pun dah ready one week b4 the date. Sama jugak..tak tahu nak bagi apa. Apapun happy birthday Izu....

Pe@ce Munira ;-)

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers