Thursday, November 8, 2012

Kenapa dengan Mata?

Assalamualaikum...

9/11 - Hari nie bos m.c. Saya pula mata tiba² rasa semacam. Dari semalam lagi dah rasa tapi buat 'dek' je. Hari nie paling teruk sebab bila tengok orang macam ada something menganggu penglihatan kat mata belah kanan. Mata saya memang rabun jauh. Mungkin kesan dari rabun jauh agaknya. Nampak gaya kena jumpa doktor mata jawabnya.Huhu..


Harap² tak de apa yang teruk berlaku. Harap² doktor cuma bagi ubat makan je. Tapi mesti kena buat spec mata dan kena pakai. Kaca mata dah ada tapi tak pakai setelah sekian lama buat. Selalu pakai kat rumah je. Itupun jarang. Kat opis bila pergi kursus baru bawa sekali. Teruk betullah saya nie. >_<

Hari nie hari jumaat. Esok hari Sabtu. Esok ada 2 agenda bersama keluarga. Pertama, dapat jemputan kenduri doa selamat dari sepupu kat PJ sempena majlis berkhatan anak sulungnya. Kedua, majlis pertunangan sepupu di Ampang lepas Asar. Doa saya semoga semuanya berjalan dengan lancar.

Jam dah pukul 12.15 tengahari.

Waktu untuk rehatkan minda dan mataku.Huhuhu...
Dan waktu makan juga ;-D

Terima kasih kerana sudi membaca blog saya.


Pe@ce Munira ;-)


Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers