Monday, November 5, 2012

3 Hari 2 Malam di Penang

Assalamualaikum...

6/11-Hari yang memenatkan setelah bercuti panjang bersama keluarga. Sakit badan. Sakit tekak. Perasaan hati macam nak m.c aje hari nie tapi disebabkan cuti tak banyak kenalah di abaikan perasaan ini.Jawabnya kena kerja dengan rela hati.Huahuahua.


                            Hotel tempat kami menginap.


                                  Lepak makan tengahari di Khaleel Nasi Kandar.

Malam tadi sampai rumah dari Penang pukul 9.30malam. Cuaca pula hujan lebat sepanjang jalan balik ke Kuala Lumpur. Dengan sejuk dan lapar suami teruskan juga perjalanan. Anak-anak dah lena tidur.Baby di atas riba pun tidur lena tapi kadang-kadang merengek juga sebab tak berapa selesa.

Nasib baik on the way nak balik dah beli buah jambu, jambu air, durian belanda, ciku dan sebagainya kat R & R Bukit Gantang. Rancangan awal nak beli kat Tapah tapi tak jadi sebab tengok cuaca nak hujan. Alang-alang dah berhenti rehat kat situ teruslah beli kat situ. Senang!

Mak sampai rumah dekat pukul 5.00pagi.Huh! Nasib baik tak ikut diorang pergi Bukit Bendera, kalau tak lambatlah sampai rumah. Bukan kami tak nak ikut tapi baby tak berapa sihat, batuk dan selsema. Lagipun saya tak berapa suka sangat naik cable car. Anak-anak bising jugalah sebab tak join diorang sekali tapi atas nasihat ayahnya kenalah patuh.Kalau tak, ada yang menangis tak berhenti nanti. Hehehe.

Penang Island, sebutan zharfan setiap kali nak pergi sini.Omputeh you..ahaks!

Aturcara majlis program semua berjalan dengan lancar cuma nak shopping je tak berapa puas atas sebab cuaca yang tidak menentu. Apa pun anak-anak seronok dapat hadiah dan mandi kolam. Semuanya di uruskan oleh kakak iparku, Kak Yatee. Alhamdulillah apa yang kami rancang menjadi. Setahun sekali katanya.Hehehe.

Insyallah tahun depan rancang nak pergi Cherating pula. Yang penting simpan duit untuk hari keluarga tahun depan.Ok!

Gambar tak de? Saya memang tak ambik gambar tapi gambar kami ada dalam kamera mereka(tumpangkan senang...).Bila dah dapat nanti saya upload gambar,ya!

Sudi-sudilah membaca entri saya kali nie.

Pe@ce Munira;-)

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers