Monday, November 26, 2012

3 Kesalahan Biasa Dalam Mendidik Anak




Semoga dengan info ini dapat membetulkan kesilapan kita dalam mendidik anak-anak, terutama pada anak yang sedang belajar. Juga panduan untuk saya yang mempunyai 4 orang anak.

Sumber dari Excelqhalif.

Sunday, November 25, 2012

Bahagia Membahagiakan

Assalamualaikum...




Alhamdulillah. Dengan izin Allah, saya dapat mengikuti seminar 'Bahagia Membahagiakan' yang dianjurkan oleh UIAM dan juga As Sohwah bersama Prof. Dr. Muhaya. 


Pertama kali saya berjumpa Prof. Dr. Muhaya. Orangnya memang sangat terbuka. Setiap kata-katanya amat bermakna. Pengisian yang sungguh mendalam dengan ilmu yang cukup didada. 

Seorang doktor mata yang peramah, rendah diri dan yakin pada diri sendiri. Amat besar hati bila dapat berjumpa dengannya. 

Jarang sekali saya mengikuti seminar ilmu seperti ini. Dengan adanya seminar ini, sedikit sebanyak dapat mengubah diri saya menjadi insan yang lebih baik dari segi rohani dan ibadah. In sha Allah.

Saya berharap semoga suatu hari nanti saya dapat pergi seminar seperti ini bersama suami dan anak-anak.

" Menjadi Impian Setiap Insan Untuk Mencapai Kebahagiaan dan Membahagiakan Insan Lain, Lebih Utama Lagi Kebahagiaan Bermula Dengan Diri Sendiri" - Prof. Dr Muhaya.

Pe@ce Munira :-)

Thursday, November 22, 2012

Aktiviti Memancing

Assalamualaikum...

Baru beberapa hari tak update blog rasa macam setahun. Macam-macam yang nak di ceritakan. Seperti tajuk kat atas tue....

Jam 2.00 petang kami pergi Subang Suria, rumah abang. Actually, program nie dah plan lama tapi tak pergi-pergi. So, hari cuti yang sangat lapang nie kami ramai-ramai ke Batu Arang.

Lokasi nie memang tempat memancing. Ramai juga orang datang sini.Salah satu kolam kat sini adalah kepunyaan bapa mertua abangku....kira kakak iparku punya ayah.Hehe...

1st time bawak anak-anak memancing.

Ikan patin yang di pancing oleh anakku, Haziq. Baru 1st time dah dapat ikan...good!;-)



Ariq tidur dengan nyenyaknya walaupun panassss...cian dia.



Ini ikan pacu ( tak tahulah ejaannya macam mana tapi bunyi sama)Haha...

Ikan pacu dah jadi lauk...fresh isinya..manis...sedapp...

Lainkali boleh ajak abang pergi memancing lagi....sambil makan durian. Tapi kenalah tunggu sampai durian gugurrrr....

Oklah rasa letih sikit hari nie....mood tak berapa ok...biasalah sakit orang perempuan. Haha...okies!

Selamat membaca!:-)

Pe@ce Munira ;-)

Sunday, November 18, 2012

Ariq, 5 bulan dah semakin bijak!

Assalamualaikum...

19/11- Hai semua! Hari nie baru mula kerja setelah bercuti panjangkan. Walaupun cuti, tak kemana pun cuma berjalan ke rumah Mak kat Keramat. Mesti seronok bercutikan. Boleh tidur lama-lama, lepak depan TV tengok drama. Tapi itu cuma seronok untuk anak-anak je sebab dah cuti sekolah. Cuti hari minggu, macam biasa...kena siapkan sarapan sebelum melayan baby Ariq yang dah semakin bijak. Rasa macam nak gigit je pipi dia.Hehe...







Inilah aksi-aksi Ariq masa kat rumah abang di Subang Suria. Macam-macam gaya dia buat, Kalau tak di tengok, ntah ke mana dia golek sampai dah keluar dari kawasan.Haha...

Pagi nie masa nak pergi kerja, mulalah dia suruh dukung walaupun tak cakap tapi dari segi bahasa tubuh (amboi..) dah tahu dia suruh kita ambik dia dan keluar pergi jalan².Hehehe...budak sekarang memang bijak. ;-)

Kesian Ariq kena tinggal dengan nenek. Ibu dan ayah kena pergi kerjalah. Lainkali kita jalan² ya, sayang! Setiap saat ibu dan ayah merinduimu...Muahhhh!!!

Oklah jumpa lagi. Selamat membaca ;-)






Monday, November 12, 2012

Jalan² Hari Sabtu

Assalamualaikum...

10/11- Aktiviti hujung minggu yang selalu di tunggu² oleh anak². Sabtu lepas saya dan keluarga pergi PJ, rumah sedara ada kenduri doa selamat anak berkhatan. Kenduri nie lepas zohor, dalam keadaan hujan kami redah jua ke sana. Alhamdulillah selamat sampai. Sampai-sampai je hujan turun dengan lebatnya. Sampai-sampai je tuan rumah terus ajak makan. Husband dan anak-anak makan dulu ya...Ibu kena jaga baby dulu. Nasib baik tak lama lepas tue Kak Liza (sepupu ipar..ish!tul ke sebutannya..haha!)dia tolong tengokkan si Ariq yang dah pandai meniarap dan pusing 90 darjah. Kalau tak tengokkan nanti ntah ke mana dia hala. :-) Thanks kak Liza.

Sedap makanan katering nie. Memang sedap nasi dia, ayam masak tomato (tak pedas so anak² boleh makan), kuah dal dan kuih-muih. Paling best tapaiii...lama benor tak makan tapai.Hihihi...

Dah lebih 2 jam kami lepak kat situ, mak pun ajak beransur sebab ada satu lagi kenduri majlis pertunangan sepupu ku. Nurmie panggilan manja. Kami bertolak dari PJ pukul 4.00ptg, waktu tue jalan jem. Ikut Duke husband ku kata. Kalau tak lagi jem kalau ikut MRR2. Tepat jam 5, kami sampai rumahnya di Ampang. Masa nie majlis dah berlangsung, cincin pun dah sarung.Semuanya berjalan dengan lancar.


Nielah Cik Nurmie yang comel...
Dah selamat jadi tunangan orang dah. Majlis pernikahan di jangka bulan Mei 2013. Semoga hubungan mereka berkekalan hingga ke jinjang pelamin. Amin...


Pe@ce Munira ;-)

Thursday, November 8, 2012

Kenapa dengan Mata?

Assalamualaikum...

9/11 - Hari nie bos m.c. Saya pula mata tiba² rasa semacam. Dari semalam lagi dah rasa tapi buat 'dek' je. Hari nie paling teruk sebab bila tengok orang macam ada something menganggu penglihatan kat mata belah kanan. Mata saya memang rabun jauh. Mungkin kesan dari rabun jauh agaknya. Nampak gaya kena jumpa doktor mata jawabnya.Huhu..


Harap² tak de apa yang teruk berlaku. Harap² doktor cuma bagi ubat makan je. Tapi mesti kena buat spec mata dan kena pakai. Kaca mata dah ada tapi tak pakai setelah sekian lama buat. Selalu pakai kat rumah je. Itupun jarang. Kat opis bila pergi kursus baru bawa sekali. Teruk betullah saya nie. >_<

Hari nie hari jumaat. Esok hari Sabtu. Esok ada 2 agenda bersama keluarga. Pertama, dapat jemputan kenduri doa selamat dari sepupu kat PJ sempena majlis berkhatan anak sulungnya. Kedua, majlis pertunangan sepupu di Ampang lepas Asar. Doa saya semoga semuanya berjalan dengan lancar.

Jam dah pukul 12.15 tengahari.

Waktu untuk rehatkan minda dan mataku.Huhuhu...
Dan waktu makan juga ;-D

Terima kasih kerana sudi membaca blog saya.


Pe@ce Munira ;-)


Istanbul Aku Datang

Assalamualaikum....


Sinopsis Istanbul Aku Datang :-

Istanbul Aku Datang mengisahkan perjalanan seorang gadis yang penuh kesungguhan dan percaya akan takdir cintanya, Dian lakonan Lisa Surihani yang sanggup terbang ke Istanbul untuk berada dekat kepada kekasih hatinya, Farouk lakonan Tomok yang juga pelajar jurusan kedoktoran di universiti di sana.

Dalam diam, niat Dian yang juga seorang penulis blog mengimpikan sebuah kebahagiaan dan keputusan yang akan mengundang seribu senyuman kepadanya, kononnya Farouk akan nampak kesungguhannya dan mengambil keputusan untuk berkahwin dengannya.

Namun bagai kata pujangga dan pemahaman realistik yang kita tidak mampu mengubah takdir atau meneka apa yang sudah disuratkan kepada kita, segala impian dan objektif Dian itu semuanya tidak mengikut apa yang difikirkan.

Dian bagai merentasi sebuah pengalaman berbeza yang akhirnya menemukannya pula dengan seorang lagi lelaki juga pelukis, Harris lakonan Beto.

Pertemuan mereka yang awalnya memberikan ketegangan dan konflik bagaimanapun akhirnya memberikan satu keserasian. Dian tidak sedar yang kini dirinya berdepan kemelut kekasihnya, Farouk yang cemburu dan Harris yang mula mencerminkan sebuah kebahagiaan.

Dian keliru namun semua yang berlaku hanya mematangkannya dan memberikannya ruang untuk membuat keputusan terbaik untuk dirinya sendiri.

Lakonan : Lisa Surihani, Beto Kushairy, Tomok dan Aizat.

Arahan : Bernard Chauly

Pe@ce Munira ;-)

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers