Sunday, November 18, 2012

Ariq, 5 bulan dah semakin bijak!

Assalamualaikum...

19/11- Hai semua! Hari nie baru mula kerja setelah bercuti panjangkan. Walaupun cuti, tak kemana pun cuma berjalan ke rumah Mak kat Keramat. Mesti seronok bercutikan. Boleh tidur lama-lama, lepak depan TV tengok drama. Tapi itu cuma seronok untuk anak-anak je sebab dah cuti sekolah. Cuti hari minggu, macam biasa...kena siapkan sarapan sebelum melayan baby Ariq yang dah semakin bijak. Rasa macam nak gigit je pipi dia.Hehe...







Inilah aksi-aksi Ariq masa kat rumah abang di Subang Suria. Macam-macam gaya dia buat, Kalau tak di tengok, ntah ke mana dia golek sampai dah keluar dari kawasan.Haha...

Pagi nie masa nak pergi kerja, mulalah dia suruh dukung walaupun tak cakap tapi dari segi bahasa tubuh (amboi..) dah tahu dia suruh kita ambik dia dan keluar pergi jalan².Hehehe...budak sekarang memang bijak. ;-)

Kesian Ariq kena tinggal dengan nenek. Ibu dan ayah kena pergi kerjalah. Lainkali kita jalan² ya, sayang! Setiap saat ibu dan ayah merinduimu...Muahhhh!!!

Oklah jumpa lagi. Selamat membaca ;-)






Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers