Monday, November 12, 2012

Jalan² Hari Sabtu

Assalamualaikum...

10/11- Aktiviti hujung minggu yang selalu di tunggu² oleh anak². Sabtu lepas saya dan keluarga pergi PJ, rumah sedara ada kenduri doa selamat anak berkhatan. Kenduri nie lepas zohor, dalam keadaan hujan kami redah jua ke sana. Alhamdulillah selamat sampai. Sampai-sampai je hujan turun dengan lebatnya. Sampai-sampai je tuan rumah terus ajak makan. Husband dan anak-anak makan dulu ya...Ibu kena jaga baby dulu. Nasib baik tak lama lepas tue Kak Liza (sepupu ipar..ish!tul ke sebutannya..haha!)dia tolong tengokkan si Ariq yang dah pandai meniarap dan pusing 90 darjah. Kalau tak tengokkan nanti ntah ke mana dia hala. :-) Thanks kak Liza.

Sedap makanan katering nie. Memang sedap nasi dia, ayam masak tomato (tak pedas so anak² boleh makan), kuah dal dan kuih-muih. Paling best tapaiii...lama benor tak makan tapai.Hihihi...

Dah lebih 2 jam kami lepak kat situ, mak pun ajak beransur sebab ada satu lagi kenduri majlis pertunangan sepupu ku. Nurmie panggilan manja. Kami bertolak dari PJ pukul 4.00ptg, waktu tue jalan jem. Ikut Duke husband ku kata. Kalau tak lagi jem kalau ikut MRR2. Tepat jam 5, kami sampai rumahnya di Ampang. Masa nie majlis dah berlangsung, cincin pun dah sarung.Semuanya berjalan dengan lancar.


Nielah Cik Nurmie yang comel...
Dah selamat jadi tunangan orang dah. Majlis pernikahan di jangka bulan Mei 2013. Semoga hubungan mereka berkekalan hingga ke jinjang pelamin. Amin...


Pe@ce Munira ;-)

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers